Dalam sebuah organisasi pasti terdiri daripada ahli kumpulan dalam mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan untuk mencapai apa yang telah ditetapkan pasti banyak aktiviti yang akan dibuat bersama.
Sentiasa membantu di antara satu sama lain. Satu aktiviti yang pasti akan dilakukan dalam setiap organisasi ialah mesyuarat dan perbincangan. Di waktu ini lah segala hujah dan segala permasalahan akan dibincangkan. Ada 3 jenis golongan dalam setiap perbincangan.
3 Golongan
Offensive
Offensive adalah golongan yang suka melontarkan pendapat dan sentiasa cuba menambah baik segala idea yang ada.
Defensive
Defensive adalah golongan yang tidak melontarkan pendapat tapi lebih kepada membangkang segala idea yang dilontarkan.
Passive
Passive adalah golongan yang sentiasa mengambil jalan selamat dengan menerima apa sahaja idea, bantahan atau penambahbaikan dari ahli kumpulan.
Ya, Offensive dan defensive yang paling banyak bersuara dan bertelagah dalam menyuarakan pendapat. Keadaan ini kita nampak seperti tidak sihat. Tapi untuk kebaikan organisasi sebenarnya ini adalah yang kita perlukan dalam mencapai satu keputusan untuk menuju ke arah matlamat yang ditetapkan.
Dalam mana-mana kumpulan atau organisasi pasti ada 3 jenis golongan ini. Kita harus pastikan golongan passive adalah paling sedikit. Ini adalah kerana, golongan passive yang akan memanjangkan masa dalam mencapai satu-satu matlamat yang telah ditetapkan.
Hak bersuara adalah hak semua
Kebanyakan orang mengambil jalan selamat dengan hanya berdiam diri dan terima apa jua pendapat dan hujahan yang dilontarkan walaupun sebenarnya tidak setuju. Kalian mungkin tidak perasan tapi kalian secara tidak langsung telah melemahkan kekuatan organisasi kerana tidak menyuarakan pendapat kalian.
Dalam diam, secara perlahan, kalian mula akan berfikiran negatif. Kalian sendiri akan menyebabkan aura negatif muncul dalam diri. Ada yang mengatakan ketika dalam perbincangan kalian tidak dibenarkan bersuara. Kalian berhak bersuara kerana kalian ada dalam perbincangan tersebut. Jadi bersuaralah dengan cara yang baik.
Semoga bermanfaat!
Kalian berada dalam golongon yang mana?
Leave a Reply