• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / “Abang ni dah kenapa?”

“Abang ni dah kenapa?”

22 June 2019 by ybbaby Leave a Comment

Aku masuk kereta bersama anak dan isteri. Isteriku sedang berbual denganku. Tapi aku seperti dengar tak dengar. Fikiran aku melayang ke mana aku pun tidak tahu. Dah 10 minit memandu baru aku terperasan.

“Err, kita nak gi mana ni sayang?” tanyaku takut-takut. Bukan apa, sedar salah diri tak dengar. Dah ready nak kena marah. Haha.

Isteriku pandang dengan mata kecik, habis lah, habis lah kena bebel, “pergi tesco sayangku, rasa dah banyak kali cakap dah, kenapa dengan sayangku ni?” balas isteriku dengan nada paling lembut!

Parkir kereta

Aku hanya sengih seperti kerang busuk. Tapi tak busuk macam kerang lah. Perumpamaan je tu!. Sampai tesco, aku pun parkir kereta. Kereta disebelahku nampak cantik sekali. Buatan Jerman barangkali. Pasti pemiliknya sangat bijak dan pandai.

Pemiliknya juga pasti sangat kacak atau cantik, tapi mungkin nak cepat untuk ke tandas, parkir kereta tak masuk dalam kotak. Senget dan sangat menyenangkan orang nak lain nak parkir. Tidak mengapa, aku positif. Datang tesco, nak cepat dan nak ke tandas adalah lesen besar untuk parkir kereta ikut suka hati.

Takpalah. Aku pun masuk dalam tesco, ambil troli seperti biasa. Pilih barang, tapi ambil letak balik, ambil letak balik. Isteriku hanya perhati je gelagat ku. Kalau ambil tak letak balik, kena tegur salah barang. Asyik tak kena je. Aku pun tak paham. Mana tak salah. Nak ambil tisu dapur. Pergi ambil makanan kucing. Naya!

Fokus!

“Bang, kenapa bang? Abang tulis la artikel tu dulu. Selagi tak tulis. Apa pun tak jadi.” kata isteriku sambil senyum ambil makanan kucing tadi. “Sebelum, abang makan makanan kucing ni, baiklah abang tulis dulu.” sambungnya lagi sambil buat-buat senyum seribu kemanisan harapan.

Hihi. Macam tu lah terjadi bila nak buat sesuatu tapi fokus benda lain. Kalian juga pasti pernah alami keadaan yang samakan? Fokus macam burung nak tangkap mangsanya. Macam gambar bawah ni.

Jadi pastikan kita sentiasa fokus dengan perkara yang sedang dilakukan. Terutama dengan isteri. Cuba selindung. Takdanya dapat selindung. Mesti kena punya. Kerja harian juga sama. Fokus seratus peratus. Barulah hasil memberansangkan.

Semoga bermanfaat pada kalian semua! Fokus jangan tak fokus. Fokus antara rahsia kejayaan juga!

Artikel menarik untuk anda:

Balik kampung ikut atas

Balik kampung ikut atas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku balik dari Kota Bharu ke Cyberjaya yang memakan masa…... Baca selanjutnya »

“Mak, abang nak kahwin!”

“Mak, abang nak kahwin!”

“Mak, abang nak kahwin” kata Saiful pada ibunya. “Hah? Nak kahwin? Kau biar betul Saiful. Dah bersedia ke?…... Baca selanjutnya »

Kisah Penjual Kerepek

Kisah Penjual Kerepek

Hari ini agak berbeza dari hari sebelum ini. Aku ke pejabat dengan isteriku, tapi bukan di Kuala Lumpur, di Kota…... Baca selanjutnya »

Satay Willy Kajang

Satay Willy Kajang

Selepas selesai temu janji, aku pun terus masuk kereta. Anak dan isteriku dah memang tunggu dalam kereta. Akunmula kan perjalanan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: isteri, kereta, kisah isteri, kisah kehidupan, kisah suami, kisah suami dan isteri, park kereta

Previous Post: « “Back to me”
Next Post: Kau pandai cakap boleh la! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme