• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Ada apa dengan Coway Mattress?

Ada apa dengan Coway Mattress?

24 January 2020 by ybbaby 6 Comments

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua. Apa khabar? Harap sihat sejahtera hendaknya.

Haa, ni yang nak share dengan kalian semua!

Coway dah lancarkan produk baru, bukan penapis air, bukan penapis udara, tapi Tilam siap dengan bedframe! Waduh-waduh….sebelum tu. Jom kita tengok kenapa penting tilam dalam hidup kita.

Berapa jam sehari kita tidur?

  • Gambar Hiasan

Dalam sehari kita waktu kita bekerja, rata-rata 8 jam sehari. Ada yang lebih, InsyaAllah dimurahkan rezki buat yang bekerja lebih masa. Itu waktu bekerja, bagaimana pula waktu berehat? Berehat yang memang diperlukan untuk setiap manusia adalah waktu tidur.

Berapa lama pula kita tidur dalam sehari? Puratanya 6 ke 8 jam sehari. Bila nak tidur kita pasti perlukan tempat yang selesa untuk merebahkan badan yang dah penat seharian bekerja. Jadi tilam yang bagus untuk badan sangat penting sebenarnya.

Tilam yang menjaga struktur tulang belakang badan kita, supaya bila kita bangun, badan segar kerana dapat tidur dengan selesa. Bila dah setiap hari kita tidur atas tilam atau katil kita, bila pula masa kita bersihkan tilam kita? Bila pula kita terbalikkan tilam kita?

Bila kali terakhir kita cuci tilam?

  • Kalau boleh masukkan tilam kat dalam washing machine tu, Yb lah orang paling bahagia! Haha!

Biasanya dengan jadual kerja yang agak padat, kita hanya sempat tukar cadar tilam kita, nak jemur tilam kat panas lagi kadang-kadang tak sempat. Nak terbalikkan tilam pun tak sempat. Bila lama tak jemur, cuci atau terbalikkan, haaa…mula lah badan rasa gatal-gatal.

Kita pun pelik kenapa gatal, betul? Itu disebabkan hama atau pepijat yang dah mula bersarang kat tilam kita yang tebal tu. Yang kulit sensitif lagi akan terasa. Hama atau pepijat ni susah nak nampak dengan mata kasar. Nak bunuh memang mencabar, kena panggil orang datang cuci tilam dan sebagainya.

Mula lah nak jadi singa. Lepas tu bila mula gatal-gatal kulit, cari itu ini, dah ganggu tugas harian. Argh! Stress! Silap-silap boleh bergaduh rumah tangga, anak pun kena marah tak pasal-pasal. Semoga tidak berlaku dalam keluarga kita semua. Aminn.

TILAM ! TILAM ! TILAM LAMA TUKAR BARU! Siapa biasa dengar ni masa dulu-dulu angkat tangan! Haha! Jom kita tengok apa bestnya tilam coway dengan bebelan Yb tadi.

Kelebihan Mattress Coway!

Haaa, kat sini lah kelebihan Coway Mattress ni. Nak tahu apa kelebihan dia? Jom Yb bebel lagi. Bukan bebel, nak share dengan kalian semua. hihi.

Coway Mattress ni ada dua size.

  • SAIZ RAJA
  • SAIZ PERMAISURI

Keliru? Okay-okay kita tukar. Yb pun keliru Hik! Hik!

  • KING SIZE
  • QUEEN SIZE

Boleh tempah dengan bedframe dan juga tanpa bedframe. Pilihan masing-masing. Kalau nak separuh, jangan tanya. Yb tak tau, kena tanya coway. Haha! Saiz Single takdop! Pun jangan tanya Yb kenapa Coway tak keluarkan.

Coway Mattress ni ada dua jenis:

  • FIRM
  • SOFT

Apa pulak firm dan soft ni. Firm keras, soft lembut? AH PENING AH! Sabar, Yb terangkan lagi kat bawah ni.

FIRM macam dalam gambar di atas, untuk orang yang jenis tidur terlentang, baik untuk menjaga tulang belakang. Sesuai untuk semua lapisan umur. Dia agak keras tapi lembut. Lembut untuk ikut bentuk badan tapi mengekalkan bentuk tulang belakang kita.

SOFT untuk orang yang suka tidur mengiring. Menjaga postur badan kita. Selesa woiihhh! Sebab Yb dah baring atas tilam tu. Layannnn…. Apa? Bahan apa pakai? Haa kat bawah ni Yb cerita pasal material.

Material yang digunakan

Material yang digunakan dalam Coway Mattress ni pula ialah, Memory foam, Latex, coconut fibre dan 5 zone pocket spring. Apa tu? Takpa, Yb terangkan :

MEMORY FOAM berfungsi untuk support setiap bentuk badan kita sambil mengekal posisi badan dalam keadaan mendatar.

LATEX berfungsi untuk support badan dan ada ruang pengudaraan untuk material dalam tilam.

COCONUT FIBRE berfungsi untuk menampung dan mengekalkan bentuk badan dan tulang belakang dalam keadaan mendatar di samping menyerap kelembapan dalam material tilam.

5 ZONE POCKET SPRING pula akan bertindak mengikut bentuk badan kita bila kita baring, mengiring atau telentang. Ia juga akan menyerap dan mengurangkan pergerakan atas tilam. Jadi andai kata kalian sedang tidur, pasangan atau anak kalian naik atas katil. Tidur kalian tidak terganggu! Tak bergerakkk! Best kan?

Material topper mattress pula adalah diperbuat dari Anti static fabric. Segala static energy yang tak seimbang dari badan akan diserap dan akan membuatkan kalian lebih segar apabila bangun dari tidur nanti! Tak paham?

Ala tenaga elektrostatik yang tetiba kita nak sentuh apa-apa, kena eletrik! Zass! Tekejut. Tak paham juga? Takpa, meh tengok video ni!

7 Langkah nak jaga tilam!

Pengguna Coway Mattress juga akan dapat sekali pakej premium cucian tilam setiap 4 bulan sekali! Haa tak perlu risau pasal nak cuci tilam dan boleh cakap bye bye pada pepijat atau hama! Pakej servis tilam Coway mempunyai 7 langkah untuk memastikan bersih dan setiasa selesa untuk badan kita.

Langkah 1 : Tahap habuk dan kotoran akan diperiksa terlebih dahulu dengan menggunakan kertas filter dan mikroskop digital.

Langkah 2 : Habuk akan divakum menggunakan vakum khas.

Langkah 3 : Bedframe akan dicuci dengan kain lembap kering khas.

Langkah 4 : Habuk ditepi tilam akan divakum dengan berus khas.

Langkah 5 : Segala kotoran akan disedut dan dicuci dengan vakum khas yang mempunyai tahap sedutan yang kuat dengan tapisan HEPA filter.

Langkah 6 : Semburan khas untuk mengelakkan pembiakan hama, pepijat dan bakteria dalam tilam.

Langkah 7 : Sinar UV akan dipancarkan ke seluruh permukaan atas tilam bagi menghalang pembiakan bacteria dan kuman.

Pendek kata, Coway Mattress ni selesa dia macam tilam hotel 5 bintang! Apa kalian buat bila pergi hotel, benda pertama? Lompat atas tilam! haha! Sebab Yb pun macam tu. Hik hik! Selesa wooiiihh! Dah la selesa, tambah pulak topper dia yang lembut! Fuh!!!

Harga

Menarik bukan? Haa apa dia? Mesti kalian nak tahu pasal harga bukan? Mahal? Ni lagi satu yang menarik. Coway menawarkan dua jenis pembelian. Pembelian Cash@outright dannn Rental! Boleh ikut cita rasa masing-masing.

Harga dan spesifikasi pulak adalah seperti di bawah ni:

Rental :

  • Saiz Queen (Mattress Sahaja) : RM 139
  • Saiz Queen + Bedframe : RM 169
  • Saiz King (Mattress Sahaja) : RM 159
  • Saiz King + Bedframe : RM189

Outright

  • Saiz Queen (Mattress Sahaja) : RM 5,780
  • Saiz Queen + Bedframe : RM 6,380
  • Saiz King (Mattress Sahaja) : RM 7,480
  • Saiz King + Bedframe : RM 8,700

Untuk pakej rental dah termasuk servis setiap 4 bulan untuk 5 tahun. Memang tilam sentiasa bersih lah. Masuk tahun ke 3 penggunaan. Coway akan tukar topper secara percuma pulak tu. Alahai…

Untuk Cash@Outright pula, servis percuma hanya setahun sahaja. Tahun berikutnya perlu membayar sebanyak RM594 setahun untuk saiz Queen manakala RM648 setahun untuk saiz King. Untuk coway datang servis setiap 4 bulan sekali.

Tak perlu rungsing, tak perlu risau, tak perlu buat apa dah, kalian cuma rehatkan badan dan tidur dengan selesa untuk menjadi lebih produktif pada keesokan harinya. Bangun terus jadi Superman! Haha, takdalah superman kan. Serius sangat tu. Gurau lah!

Jika kalian berminat, dan ingin tahu maklumat lanjut, boleh terus hubungi Yb di talian 0174444877 atau klik https://SayaNakTilamCoway.wasap.my untuk terus wasap yb.

Semoga bermanfaat dan membantu kalian yang nak jadi lebih padu dan produktif pada esok harinya!

Artikel menarik untuk anda:

Tak nak sudah!

Tak nak sudah!

Dah la kalau tak nak! Tangan duk raba-raba atas tilam. Uihh lembutnya tilam…... Baca selanjutnya »

Tetap teguh berdiri

Tetap teguh berdiri

“Keluar! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Bawak anak ni sekali” Kata-kata yang selalu melintas di fikiran Azmil….... Baca selanjutnya »

Layak ke kau cakap dengan aku?

Layak ke kau cakap dengan aku?

Layak ke? Kau tanya soalan ni kat aku? Kau asyik gagal ja, lepas tu kau putus asa. Kau tu siapa…... Baca selanjutnya »

AKU DENGKI DENGAN KAU!!

AKU DENGKI DENGAN KAU!!

Ya, aku iri hati dengan orang lain. Nampak seperti tiada masalah dari semua segi. Ya aku akui aku iri…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Perniagaan Tagged With: bilik tidur, coway, coway 2020, coway mattress, hama, harga tilam coway, katil siap servis, pakej tilam coway, pepijat, perabot rumah kualiti, perabot terkini, produk baru coway, servis tilam, tilam, tilam baru, tilam coway

Previous Post: « Dah buat. GAGAL. Tak nak buat dah la.
Next Post: Salam Maal Hijrah »

Reader Interactions

Comments

  1. AffiliateLabz

    16 February 2020 at 8:13 am

    Great content! Super high-quality! Keep it up! 🙂

    Reply
    • ybbaby

      27 June 2020 at 12:31 pm

      Thank you! Hope it helps!

      Reply
  2. FH

    23 April 2020 at 1:18 am

    Kalau yg jenis tdo kejap terlentang kejap mengiring cmne lak? Yg mne the best?

    Reply
    • ybbaby

      27 June 2020 at 12:27 pm

      Yang ni better amik soft. sebab soft boleh utk kedua2 jenis. jenis yang Firm khas kepada yang ada masalah tulang belakang. Apa2 lagi detail tuan boleh wasap saya di no 0174444877. InsyaAllah saya bantu tuan sebaik mungkin.

      Reply
  3. MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD

    24 November 2020 at 4:13 pm

    Soft punya tak sesuai ya dengan org ada masalah tulang belakang/slip disk? firm lebih sesuai ya? kalau firm nak tido mengereng dia keras sgt ke untk berbadan besar?

    Reply
    • ybbaby

      21 December 2020 at 12:36 am

      Soft tak berapa sesuai tuan, sebab tilam agak lembut, jadi nanti tulang belakang tak lurus. lebih baik firm sbb tak lembut macam soft. Kalau badan besar better guna firm walaupun tido mengereng. Tuan ada masalah slip disk ka tuan?

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme