• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Air Terjun Lepoh Hulu Langat

Air Terjun Lepoh Hulu Langat

24 April 2019 by ybbaby Leave a Comment

Seawal jam pagi berkumpul di Petron dalam perjalanan ke Hulu Langat. Aku dah tak berapa ingat detail sebab hiking dalam pertengahan 2018. Baru nak kongsikan hari ini. Hihi. Air Terjun Lepoh ni tak jauh dari Kg. Pangsun, lebih kurang 15 km jarak dia.

Kepada siapa yang nak pergi, boleh search dalam google map atau waze, Lepoh Waterfall atau pun Asli Adventure Base Camp. Bunyi air terjun macam best, tapi apa yang buat aku sangat suka sebab kena hiking lebih kurang sejam setengah ke dua jam untuk sampai ke Air terjun Lepoh.

Di sini kita dapat uji kemampuan diri sebab perjalanan nak sampai ke air terjun pada mulanya agak mudah, kemudian ada sedikit pendakian sehingga, mendaki tahap yang susah. Yang indahnya, lepas dah letih gila mendaki, kita akan sampai ke satu air terjun yang sangat cantik.

Keindahan Alam

Bukan saja cantik tapi air yang sejuk, nyaman, dan air terjun ni umpama gelonsong semula jadi yang boleh kita duduk dan biar saja badan di bawa air dan jatuh dalam kolam yang nyaman. Jalan menuju ke air terjun sudah bertanda, tapi aku terlupa untuk ambil semua gambar jalan. Sambil hiking dan bawa kamera DSLR, seksa jiwa dan raga oi! Haha!

Ini adalah permulaan perjalanan ke Lepoh Waterfall. Asli Adventure Base Camp.
Ini adalah permulaan perjalanan. Asli Adventure Base Camp.
Bawak beg camera dengan camera, memang menguji mental dan fizikal. Mula-mula tak rasa berat. Lepas mendaki dalam 20min. Haa siap!
Bawak beg camera dengan camera, memang menguji mental dan fizikal. Mula-mula tak rasa berat. Lepas mendaki dalam 20min. Haa siap!
Sebelum mula masuk mendaki dalam jalan hutan, kita akan lalu satu kawasan pokok getah. Masa aku lalu ni ada penoreh sedang menoreh.
Sebelum mula masuk mendaki dalam jalan hutan, kita akan lalu satu kawasan pokok getah. Masa aku lalu ni ada penoreh sedang menoreh.
Lepas kawasan getah tadi, maka bermula lah jalan mendaki. Bersiap sedia. Haha!
Lepas kawasan getah tadi, maka bermula lah jalan mendaki. Bersiap sedia. Haha!
Haa, semput dah sikit. Sikit je, Kamera dah minta tolong member pegang sekejap. Haha!
Haa, semput dah sikit. Sikit je, Kamera dah minta tolong member pegang sekejap. Haha!
Jalan ni mendatar sekejap, sebelum mula ada rintangan dan mendaki lagi tinggi.
Jalan ni mendatar sekejap, sebelum mula ada rintangan dan mendaki lagi tinggi.
Aku tak tau nak kata, hampir terpijak ulot gonggok gergasi ni. Takut tengok!
Aku tak tau nak kata, hampir terpijak ulot gonggok gergasi ni. Takut tengok!
Ini antara rintangan nak kena hadap.
Ini antara rintangan nak kena hadap.

Pendakian Berbaloi

Lepas penat mendaki, termengah-mengah, berpeluh-peluh, ada yang kejung kaki, penantian sejam setengah ke dua jam, kalian akan dihidangkan dengan pandangan yang sangat nyaman. Bunyi air yang sangat tenang. Anda boleh rehatkan minda dan bawa jauh dari kota.

Setelah 2 jam pendakian, bergantung pada individu, kalau fit boleh je sejam setengah. Tapi kalau macam aku ni amik masa 2 jam juga lah.  2 jam pun 2 jam lah, bila nampak je air terjun ni, hilang rasa penat! Inilah Air Terjun Lepoh!
Setelah 2 jam pendakian, bergantung pada individu, kalau fit boleh je sejam setengah. Tapi kalau macam aku ni amik masa 2 jam juga lah. 2 jam pun 2 jam lah, bila nampak je air terjun ni, hilang rasa penat! Inilah Air Terjun Lepoh!
Sebahagian air terjun yang sejuk!
Sebahagian air terjun yang sejuk!
Ni ada tali air yang mengalir dekat batu ni. Aku tengok agak unik. Apa lagi. Shoot!
Ni ada tali air yang mengalir dekat batu ni. Aku tengok agak unik. Apa lagi. Shoot!
Bahagian besar air terjun yang mengalir. sejuk mata memandang!
Bahagian besar air terjun yang mengalir. sejuk mata memandang!
Satu lagi sudut air terjun Lepoh.  Boleh main gelongsor dari atas tu!
Satu lagi sudut air terjun Lepoh. Boleh main gelongsor dari atas tu!
Haa sahabat dah mula main gelongsor air terjun! Sangat Best!
Haa sahabat dah mula main gelongsor air terjun! Sangat Best!

Kalau kalian nak pergi, dinasihatkan pergi seawal pagi, sebab nak hiking pun makan masa sejam setengah ke dua jam. Tak nak orang ramai, pergi lah awal pagi. Kalau pergi petang tak disarankan sebab nanti hari mula nak gelap.

Berhati-hati ketika mendaki dan mandi di air terjun, jagalah alam sekitar.

Semoga Bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Sky Diving

Sky Diving

Pernah satu ketika aku ditugaskan untuk mengambil gambar Sky dive iaitu terjunan payung terjun dari udara. Aku mengikut kumpulan ni…... Baca selanjutnya »

Kebangkitan Di Lembah Pangsun Ulu Langat

Kebangkitan Di Lembah Pangsun Ulu Langat

Bernasib baik Aku tak nak kata nasib baik sebab aku sangat bersyukur dapat sertai boot camp…... Baca selanjutnya »

Anakku Balqis

Anakku Balqis

Aku lihat isteriku sedang menyapu lantai, bahagian demi bahagian disapunya. Terkumpul habuk-habuk di satu tempat. Anak aku pula sedang bermain…... Baca selanjutnya »

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Aku terjaga dari tidur, dikejutkan oleh rakanku. Rupanya telah sampai ke destinasi. Aku pun bangun mengelap muka dengan tisu basah…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: air terjun cantik, air terjun dekat dengan KL, Air terjun dekat dengan Selangor, air terjun gelongsor, air terjun lepoh, air terjun yang cantik, alam, alam sekitar, gambar air terjun, gambar alam, hiking best, hulu langat, hutan belantara, keindahan alam, Lepoh waterfall, pendakian, rimba, slow shutter

Previous Post: « Anakku Balqis
Next Post: Satay Willy Kajang »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme