Bermain bola memang sudah menjadi minat sejak kecil. Bagi la sukan apa pun, bola sepak tetap dalam jiwa ni. Dalam bola sepak pulak ada banyak posisi yang boleh kita main. Selalunya posisi penyerang, sayap kiri atau kanan pasti jadi rebutan semua pemain.
Kebiasaannya memang posisi tersebut sangat penting dalam pasukan. Tapi jangan lupa ya, permainan bola sepak memerlukan kerjasama antara pasukan untuk menang. Bukan “One Man Show”. Tapi aku tak nafikan jentera serangan pasti akan jadi tumpuan.
Berbeza dengan aku, aku sangat meminati posisi penjaga gol. Kawan-kawan aku selalu berkata, ah kau pilih jalan senang, tak payah lari dan kerja senang. Senang? Haa, kalian sabar, meh sini aku terangkan serba sedikit bagaimana nak jadi seorang yang bergelar Penjaga gol.
Kelajuan tindak balas
Pertama, kalian mesti ada tindak balas yang mantap. Ini kerana kita tidak akan tahu bagaimana bola dari pihak lawan yang akan datang. Atas, tengah, bawah, leret, laju atau perlahan. Teknik tangkapan bola mesti lah betul. Teknik tepis bola juga harus betul. Bukan main hantam saja.
Kekuatan Badan
Untuk keadaan fizikal pula, posisi lain kebanyakannya menumpukan pada pinggang dan kebawah sahaja, untuk mendapatkan kaki yang kuat dan peha yang kuat untuk melakukan sepakan padu atau pecutan padu. Bagi penjaga gol pula, bukan hanya kaki, malah badan dan tangan juga perlu di ambil kira.
Ini kerana sepanjang permainan, penjaga gol akan berlari, melompat, terbang dan rebah ke rumput, bangun dan jatuh tanpa sedar. Jika badan tak kuat, kecederaan sangat senang berlaku. Dari segi latihan juga berbeza. Rujuk Latihan Penjaga Goal Asas
Jiwa Penjaga Gol
Kalau kalian ada jiwa sebagai untuk penjaga gol, lakukan latihan di atas selama 6 bulan setiap hari tanpa henti. Aku dulu buat latihan 2 jam pagi, 2 jam petang dan 2 jam malam. Sabtu Ahad rehat. Bergantung pada badan masing-masing, rehat bila anda rasa perlu. Kalau ada perlawanan, sehari sebelum perlawanan buat yang ringan bagi elakkan kecederaan.
Jika kalian konsisten selama 6 bulan dengan latihan seperti video di atas, pasti kalian akan pergi lebih jauh. Aku dari main seperti biasa, dapat terpilih sehingga wakil universiti. Tapi kerana ingin mengejar jurusan, aku berhenti.
Jadi Mantap!
Jika latihan seperti link di atas kalian dah sebati dengan jiwa, maka boleh lah kalian mula tonton dan contohi latihan seperti di link Latihan Lebih Padu. Latihan seperti ini lebih berat dan menguji mental dan fizikal anda. Tiada jalan pintas. Dengan latihan ini semua sahaja yang boleh buat kalian jadi penjaga gol mantap!
Selamat Berlatih!
Siapa kata jadi penjaga gol mudah?
boleh la ajak frenly tuan
meso recently posted…Ada anak laki? jom hantar main bola.
Boleh takda masalah tuan. Padang MPS Cyberjaya. On x on?
YbBaby recently posted…Duit gaji asyik tak cukup je!