Ya, aku iri hati dengan orang lain. Nampak seperti tiada masalah dari semua segi. Ya aku akui aku iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Punyai rumah sendiri, punyai kereta sendiri. Boleh makan apa sahaja yang diingini tanpa fikir tentang kewangan.
Saban hari aku fikir, kenapa aku tidak dapat menikmati hidup seperti orang lain. Semakin hari aku semakin tertekan, dengan keadaan wang tidak mencukupi, kereta sentiasa masalah, apa yang si kecil minta tidak dapat nak tunaikan.
Aku semakin tertekan apabila melihat kawan-kawan seangkatanku hampir kesemuanya sudah mencapai kestabilan hidup. Sedangkan aku? Masih menjawab panggilan bank tanpa henti. Sampai ketika aku merasa putus asa.
Hilang Pedoman
Tidak berdoa lagi, kerana merasakan di mana Dia? Aku pernah persoalkan sendiri. Sehingga tahap tu aku rasa. Astaga, jauh sangat aku ni. Aku tidak tahu untuk buat apa lagi. Cuba mencari apa yang tidak kena, apa yang menjadi kesilapan, cuba mencari diri sendiri.
Aku dapat rasa aku tidak seperti dulu, keceriaan semakin berkurang, sehingga ada sahabat menegur. “piz, ko tak macam dulu, mana diri ko yang dulu?”. Aku semakin keliru. Aku tidak tahu. Aku tidak dapat berfikir. Apa sahaja aktiviti yang aku cuba buat mesti tak jadi. Tak sampai.
Isteriku juga pernah menegur, “abang asyik marah je sekarang, pantang silap sikit”. Maafkan abang sayang, abang sendiri pun tak tau kenapa. Ya, aku sendiri dapat rasakan, pantang ada isu sikit, aku sangat cepat untuk melenting.
Aku kecewa, setelah hampir 7 tahun bekerja, tapi kehidupan tidak ubah seperti budak baru nak mula kerja tapi sudah penuh dengan komitmen keluarga. Macam-macam aku usahakan tapi masih tidak jadi. Bekerja setiap hari tidak membawa apa perubahan langsung.
Nikmat yang kita ada
Sehingga satu hari aku terfikir, aku terlalu mencari perkara yang tidak sepatutnya. Apa dia? Aku melihat pada nikmat yang aku takda. Aku tidak melihat pada nikmat yang aku ada. Allahuakhbar besar sungguh kuasamu. Aku memohon keampunan kepadaMu Ya Allah. Aku adalah seorang hambaMu yg lemah.
Aku melihat pada nikmat yang aku ada, rupanya aku punyai satu keluarga kecil yang bahagia, anak yang sempurna fizikal, sangat ceria dan jarang sakit. Seorang isteri yang penyayang dan tidak pernah bersungut walau keadaan hanya tinggal duit syiling cukup untuk beli aiskrim McD saja.
Terima kasih isteriku yang disayangi. Anis Husnaa dan anakku Adlina Balqis. Aku berjuang saban hari demi kalian. Maafkan aku andai aku melukakan hati dan perasaan kalian tanpa aku sedari.
Alhamdulillah
Aku punyai rumah sewa yang tidak cukup perabot tapi luas dan selesa, mempunyai kerja yang fleksibel dari segi masa dan tempat. Kerja yang tidak mempunyai tekanan dari segi membodek orang atasan dan tiada penyelewengan. Aku hanya perlu terus buat dan buat.
Rakan-rakan yang banyak memberi sokongan yang padu. Keluarga besar yang sangat penyayang. Tidak pernah jemu memberi sokongan dan nasihat. Kesihatan yang baik, makanan yang cukup dan pakaian yang cukup. Allahuakhbar. Banyak nikmat yang Allah bagi tapi aku tak nampak. Hanya kerana melihat nikmat yang aku takda. Aku bersyukur ya Allah.
Sebenarnya kita semua punyai nikmat masing-masing. Jika ada kalian di luar sana yang mengalami keadaan seperti aku. Janganlah lihat pada nikmat orang lain. Lihat pada nikmat yang kita ada dan perbetulkan sikap kita terhadap segala nikmat yang kita ada.
InsyaAllah kita akan lebih berlapang dada dan lebih tenang dalam menghadapi cabaran yang mendatang.
Usaha dan Tawakal
Kini aku perlu usaha lebih keras untuk mengubah kehidupan aku. Mengubah kehidupan anak dan isteriku. Mengubah kehidupan keluargaku. Aku tidak mahu lagi melihat apa yang aku takda. Allahuakhbar aku bersyukur dengan apa yang aku ada, aku berdoa, memohon dan merayu kepadaMu janganlah Kau tarik nikmat yang aku ada ini.
Tambahlah dan limpahkan lagi nikmatMu rezekiMu kepadaku, anak isteriku, keluargaku, rakan-rakanku dan seluruh umat Islam di BumiMu. Sesungguhnya Engkau maha Pemurah, maha Mengasihani, maha Pengampun, maha Penyayang dan maha Esa.
Salam 21 Ramadhan. Semoga kita semua dapat bertemukan malam Lailatul Qadar dalam 10 malam terakhir ini.
Yb Malaya
Pelukis Memori
Semoga dipermudahkan segalanya insyaAllah aminn ya rabb
Tuhan itu tidak kejam, cuma dia akan berikan pabila tepat masanya
Mysutori recently posted…Jika anda fikir anda telah ketinggalan, baca ini…
Terima kasih tuan, InsyaAllah. Semoga semua dipermudahkan untuk tuan juga. Aminn ya rabb.
Terus dan terus jangan berhenti. Percaya dengan mendalam kejayaan hanya di depan mata.
Yakin dan terus yakin kau akan sampai akhirnya.
Terima kasih tuan atas kata semangat. InsyaAllah tuan.
Aku pernah alami situasi dimana aku sendiri tak tahu apa yang aku dah buat. Macam-macam benda dah jumpa tapi tetap tiada penyelesaian. Sahabat aku nama Hayyad pernah bagitahu waktu ini paling penting jaga hubungan dengan isteri, anak dan ibu bapa. Minta maaf dengan mereka kerana kadang tak sedar ada perkara yang kita lakukan mengguris hati.
Sabrijati recently posted…CARA PELIK MAKAN SNACK PLATE KFC
Betul tuan, itu yang aku temui satu kesilapan dalam diri ini, kita melihat apa yang kita takda. Semoga kita akan dipermudahkan dalam menjalani urusan harian. Amin ya rabb.
Aku baca entri ko sampai habis YB. Aku dah cakap kita sama. Aku betul2 feel cerita kau sebab aku tengah hadap benda sama. Bila2 jom lepak bro.
Terima kasih kerana membaca. Mari sama-sama berjuang. Boleh, jom,bila?