• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Alam Baru

Alam Baru

28 March 2019 by ybbaby Leave a Comment

Orang selalu cakap, dah sedia ke nak melangkah ke alam rumah tangga? Kena sedia mental fizikal kewangan dan segala aspek kehidupan yang lain. Ya betul, akan tetapi bila kita tengok balik sebenarnya dampai bila pun kita tak sedia. Bila niat nak mendirikan rumahtangga dah terlintas maka jalankan lah.

Cerita pasal sedia atau tidak, itu kita akan lalu selepas nanti. Sebab pasangan masing-masing berbeza, terpulang pada individu untuk menyesuaikan diri kemudian hari. Bukan sekadar dengan pasangan sahaja tetapi dengan keluarga pasangan kita juga kena ambil kira.

Yang menjadi isu sebenarnya pada pasangan adalah persediaan majlis dari pendaftaran hingga selesai majlis sanding. Itu semua hanya 10%. Lagi 90% adalah kehidupan selepas mendirikan rumahtangga.

Gambar Hiasan

Hari ini aku cuma nak kongsikan yang 10% dahulu. Apa persediaan yang nak dibuat. Antaranya seperti dibawah :

  • Merisik dan bertunang
  • Kursus perkahwinan
  • Kadi dan tempat nikah
  • Wang hantaran dan hantaran
  • Tempat bersanding dewan dan cathering
  • Photographer dan videographer
  • Door gift
  • Tempat penginapan tetamu terdekat (jika ada)

Merisik dan bertunang

Ini adalah peringkat terawal di mana pihak lelaki datang merisik pihak perempuan. Orang kata macam nak sunting bunga di taman. Ada sesetengah digabungkan sekali merisik dan bertunang. Ada yang nak asing.

Risik dahulu kemudian tunang. Pemilihan tarikh juga selalunya dibincangkan waktu ini. Bergantung pada kedua dua belah pihak juga. Jika tidak cerewet tetap terus tarikh majlis. Selalunya pihak. Lelaki akan bawa cincin atau sedikit hantaran sebagai pemberian pada pihak perempuan.

Gambar Hiasan

Kursus perkahwinan

Setelah bertunang dan ada tarikh nikah, sanding, pasangannperlu terlebih dahulu menghadiri kursus perkahwinan. Di mana? Ikut pada tempat dimana individu berada.

Wajib, nanti naib kadi akan tanya masa nak minta tandatangan dia. Ini pun ikut kat mana pengantin lelaki nak buat dan pengantin perempuan lebih mudah buat dekat dengan tempat nikah.

Kadi dan tempat nikah

Gambar Hiasan

Selalunya jika dah tetap nak nikah di masjid, kadi untuk masjid tu dah ada, jadi boleh berurusan dengan kawasan tu saja. Sama jika buat di rumah, boleh berurusan dengan kadi di kawasan itu. Orang tua kita lebih arif tentang perkara ni. Rujuk dengan orang tua kita.

Wang hantaran dan hantaran

Ini bergantung pada perbincangan kedua belah pihak. Apa yang diminta oleh pihak perempuan. Pihak lelaki kena tunaikan. Jika tak boleh tunaikan, berbincanglah dengan cara elok. Paling senang bila pihak keluarga menyerahkan pada pihak pasangan bakal pengantin untuk tentukan. Sekali lagi. Rujuk lah nasihat orang tua kita.

Gambar Hiasan

Dewan sanding dan katering

Contoh Dewan

Bergantung pada kemampuan masing-masing. Jika mampu, sewalah dewan siap dengan katering pelamin dan baju, All in. Lebih mudah. Jika nak murah dan bajet, boleh cari satu persatu, dewan, katering, pelamin dan juga juru mekap. Cuma pakej all in ni hassle free la.

Contoh Pelamin
Meja Makan Pengantin

Ada yang nak buat di rumah, tidak ada masalah, sekali lagi, walaupun kita ada bajet dalam tangan, rujuklah orang tua kita. Sebenarnya hari perkahwinan kita untuk orang tua kita juga, mereka pasti gembira seronok terima tetamu dan menyambut menantu.

Gambar Hiasan

Photographer dan videographer

Bergantung pada bajet masing juga, ada yang dah masuk dalam pakej dewan. Jadi boleh survey dahulu. Jika ada bajet lebih dan ingin memori ada di lukis dan semat dalam keadaan yang unik untuk tatapan masa akan datang bolehlah survey pakej-pakej dari yang professional.

Gambar Hiasan

Ada pakej yang menawarkan belah lelaki sahaja, belah lelaki dan perempuan, nikah dan sanding. Ikut citarasa masing-masing. Tengok hasil kerja mereka yang sebelum ni. Kita cuma nak mengelakkan kejadian tak diingini masa majlis kita.

Gambar Hiasan

Cuma nasihat aku, bakal pengantin pastikan dengar dan faham sejelas jelasnya pakej yang ditawarkan oleh photographer dan videographer sebelum bayar booking. Jangan salah faham pula dengan pakej yang ditawarkan. Buat pilihan yang kena dengan citarasa kita.

Door gift

Bahagian ini juga penting, sekali lagi rujuk dengan orang tua kita, ingat majlis mereka juga. Jika area lembah kelang boleh pergi ke Nilai 3 atau GM Klang, banyak jenis gift yang boleh dipilih ikut citarasa masing-masing.

Contoh Door Gift

Tempat penginapan tetamu (jika ada)

Jika ada saudara mara yang datang dari jauh, sebaiknya kita sediakan tempat penginapan untuk mereka, bukan apa, kita nak elakkan bunyi-bunyi tak sedap semasa dan selepas majlis nanti. Ini realiti yang banyak terjadi. Sampai dah beranak 2 pun masih ada yang ungkit isu ini.

Tetapi ikut lah kemampuan kita, jika tak mampu, katakan saja tak mampu.

Gambar Hiasan

Ada macam macam cara jika ingin berjimat. Sebagai contoh satukan majlis pihak lelaki dan perempuan. Akan tetapi ini memerlukan sifat toleransi yang tinggi antara kedua belah pihak. Tengok bajet dan kemampuan kita.

Cabaran sebenar akan bermula ialah kehidupan selepas perkahwinan. Jangan takut. Niat ada, insyaAllah semua akan dipermudahkan. Bincang elok elok dengan bakal pasangan dan orang tua kita.

Gambar Hiasan

Aku cakap ni berdasarkan apa aku lalui dulu. Andai ada soalan, penambahbaikan atau komen, boleh tinggalkan diruang komen dibawah.

Semoga bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Duit gaji asyik tak cukup je!

Duit gaji asyik tak cukup je!

Seringkali kita dengar masalah ini di kalangan rakan – rakan atau teman sepejabat. Malah aku juga tidak terkecuali dari masalah…... Baca selanjutnya »

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Pelbagai cabaran dan dugaan dalam perhubungan jarak jauh. Apabila aku dan dia masuk ke alam pekerjaan, cabaran dan dugaan jauh skali berbeza…... Baca selanjutnya »

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi seorang jurugambar perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Kalian haruslah mengikut apa yang dikehendaki oleh pasangan pengantin….... Baca selanjutnya »

BUKA BUKU BARU

BUKA BUKU BARU

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Apa khabar korang semua? Selamat tahun baru! Dah masuk 2021 dah. Lama tak menulis, mari…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: Cara nak urus majlis perkahwinan, Dewan kahwin, Hantaran, Kadi, Kahwin, Kahwin dan sanding, Kawin, Kawin dan sanding, Pengantin, Pengantin lelaki, Penganting perempuan., Perkahwinan, Sanding, Senarai untuk kahwin, Tips nak kahwin

Previous Post: « Kari punya pasal
Next Post: Kedai Buku Unik »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme