• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Photography / Apa perbezaan AF-C, AF-S, AF-A dan MF

Apa perbezaan AF-C, AF-S, AF-A dan MF

20 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Pada pengguna kamera Nikon kalian pasti akan terjumpa perkataan AF-C, AF-S, Af-A atau MF. Apakah maksud singkatan huruf ini? Singkatan ini AF bermaksud Autofocus. C bermaksud Continous, S bermaksud Single, A bermaksud auto dan MF bermaksud Manual Focus. Aku jelaskan sedikit apa fungsi focus mode ini.

AF-C (Continous)

AF-C atau autofocus continous ini digunakan apabila kita mengambil gambar subjek yang bergerak seperti, gambar sukan, orang bermain bola, gambar haiwan, kucing sedang bergerak atau gambar kanak-kanak bermain. Selagi kita menekan separuh butang shutter, kamera akan fokus pada subjek kita walaupun subjek kita bergerak ke depan atau ke belakang.

Ini bermaksud kamera akan sentiasa cuba fokus pada subject selagi kita menekan separuh butang shutter.

AF-S (Single)

AF-S atau Autofocus single pula digunakan apabila kita mengambil gambar subjek yang tidak bergerak. Contohnya kita ambil gambar bunga atau potrait. Kamera akan kunci fokus pada subjek dan kita boleh ubah komposisi subjek dan ambil gambar subjek dengan komposisi lain.

AF-A (Auto)

AF-A atau Autofocus Auto pula ialah kita menyerahkan kepada kamera untuk buat keputusan yang mana yang terbaik. Contohnya kamera akan teka andai kalian ambil gambar tidak bergerak, ia akan pilih AF-S, jika kamera mengesan kalian bergerak sambil ambil gambar, ia akan secara sendiri memilih AF-C.

MF (Manual Focus)

MF pula adalah Manual Focus. Manual focus digunakan apabila kalian lebih suka untuk fokus mengikut mata kalian sendiri. Selalunya jikalau kalian ingin bermain dengan manual fokus, kalian pastikan sudah biasa dengan mode MF ini. Aku guna MF ni semasa ambil video sahaja.

Tapi kebanyakan lense sekarang dah boleh ubah dari Auto ke manual. Mungkin tidak perlu untuk ubah mode di badan kamera ke mode MF.

Pendapat peribadi

Pada pendapat aku sendiri, aku tidak akan gunakan mode AF-A kerana aku tidak mahu ikut kamera. Aku mahu kamera ikut aku. Jadi aku sendiri akan guna AF-C bila aku ambil gambar bergerak dan AF-S untuk gambar yang tidak bergerak.

Semoga bermanfaat dan semoga jelas pada kalian yang keliru. Sebarang soalan boleh tinggalkan di ruangan komen ya!

Artikel menarik untuk anda:

Rule of Third

Rule of Third

Kebanyakan orang sekarang dan mempunyai kamera di tangan. Kalau bukan DSLR, kamera telefon. Kebanyakan kamera telefon juga telah banyak …... Baca selanjutnya »

Dari surat khabar mana ni?

Dari surat khabar mana ni?

Aku selalu dapat soalan ni hanya kerana aku pegang kamera dslr di bahuku. “Bukan dari mana-mana pakcik, seronok ambil gambar…... Baca selanjutnya »

Waktu yang sesuai untuk outdoor shooting.

Waktu yang sesuai untuk outdoor shooting.

Ramai antara kita semua suka mengambil gambar. Tidak kira lah gambar jenis apa sekali pun, kamera apa yang digunakan, tapi…... Baca selanjutnya »

Apa perbezaan full frame dan crop sensor camera?

Apa perbezaan full frame dan crop sensor camera?

Apabila bercakap tentang saiz sensor kamera, terma yang digunakan adalah full frame atau crop frame camera. Jadi apakah perbezaan kedua…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Photography Tagged With: apa itu af-c, apa itu afc, autofocus, jurugambar, kamera fokus, masa bila nak pilih af-c

Previous Post: « Balik kampung ikut atas
Next Post: US vs Huawei »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme