Apabila bercakap tentang saiz sensor kamera, terma yang digunakan adalah full frame atau crop frame camera. Jadi apakah perbezaan kedua jenis kamera ini? Penggunaan asal masih sama, iaitu mengambil gambar. Apa yang membezakan adalah size sensor kedua kamera ini.
Sensor kamera terletak di dalam body camera, sensor inilah yang akan menangkap segala cahaya yang masuk. Size full frame adalah mengikut standard filem dahulu iaitu size 35mm. Dengan menggunakan full frame camera, gambar kalian akan lebih wide dan lebih detail.
Best ke full frame?
Dari segi depth pula, efek blur lebih jelas dengan menggunakan full frame camera disebabkan sensor yang besar. Apa kelemahan kamera full frame adalah harga agak tinggi berbanding crop sensor. Ada yang boleh mencecah sehingga 27 ribu ringgit harga body sahaja!
Beza gambar yang diambil dengan full frame dan crop sensor.
Ada full frame kamera boleh dapat dengan harga 5 ribu kebawah. Andai kalian ingin ke full frame camera, harus diingatkan sekali lagi. Lihat balik gambar apa kalian nak ambil. Cadangan aku, kalian mula dengan crop sensor dahulu supaya kalian akan lebih arif tentang camera sebelum ke full frame.
Memang tak dapat dinafikan gambar full frame sangat cantik berbanding crop sensor. Tapi ini tidak menyebabkan kalian tak boleh ambil gambar yang cantik ya. Sebab itu aku mencadangkan pada kalian andai nak terus ke full frame tidak digalakkan. Tapi kalau kalian mempunyai bajet yang cukup tak salah untuk beli full frame camera.
Pengalaman kamera aku
Aku kongsikan sedikit pengalaman aku mula berjinak dengan dunia photography. Aku bermula dengan compact camera, Sony, kemudian beralih ke Nikon DSLR D40x, kemudian Nikon D80, upgrade ke nikon D300. Kemudian D90. Kenapa D90? Sebab ada video. Selepas puas dengan D90 dan dah mula rasa ada limitation. Aku beralih ke Nikon D750.
Aku mula guna DSLR dengan nikon, jadi aku memang teruskan dengan nikon. Setakat ni, Nikon tidak pernah mengecewakan aku. Alhamdulillah Nikon D750 adalah yang terbaik yang pernah aku gunakan. Tapi dah ada rasa limitation sedikit. So mungkin D850 lepas ni?
Sekian saja perkongsian hari ini!
Leave a Reply