• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Komputer / Asas Game Design

Asas Game Design

23 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Bercerita tentang permainan video atau games, kebanyakan orang akan memandang serong. Ini semua disebabkan pemain yang muda menjadi leka. Tapi adakah kalian tahu bagaimana proses untuk buat game? Tidak kira platform, komputer, console seperi PS4, xbox, dan yang terbaru menjadi trend adalah game di telefon bimbit.

Perkara Asas

Bukan senang untuk buat game yang akan menjadi minat ramai orang untuk main. Proses buat game tidak mudah walaupun kita dapat lihat sesetengah game macam senang je. Yb pernah berada dalam proses untuk buat game ini dan bukanlah mudah.

Untuk buat game, kalian kena tahu apa yang kalian nak sampaikan. Proses ini adalah proses utama yang perlu kalian lalui. Kalian harus fikir apa isi dalam game tersebut. Disinilah design board, storyline dan concept art diperlukan.

Design Board, Storyline dan Concept Art

Design board adalah tentang detail dalam game yang kita nak hasilkan. Storyline pula adalah jalan cerita dalam sesuatu game tersebut dan concept art adalah lukisan atau bayangan asal dalam bentuk 2D yang akan dihasilkan dalam game nanti. Lebih kurang seperti penghasilan filem, cuma game lebih terperinci kerana akan melibatkan programming dalam bidang IT.

Contoh struktur jalan cerita yang biasa digunakan.
Contoh struktur jalan cerita yang biasa digunakan.

Apa idea yang terlintas dalam fikiran akan diterjemahkan ke dalam design board. Proses ini nampak mudah tapi percayalah akan mengambil masa sedikit. Ia lebih kepada, game jenis apa, cabaran apa, selepas itu storyline atau jalan cerita akan dibuat berdasarkan design board tadi. Terpulang pada cara masing-masing. Ada kala, storyline dahulu baru design board.

Setelah selesai design board dan storyline baru akan pergi kepada concept art. Concept art ini lebih kepada suasana yang akan digunakan dalam game nanti. Watak, pakaian watak, keadaan suasana, warna yang akan digunakan dan banyak lagi.

Contoh Concept art untuk Star Wars Battlefront dari Dice.
Contoh Concept art untuk Star Wars Battlefront dari Dice.

Proses ini adalah proses brainstorming idea asal atau perkara asas yang harus dibuat supaya penghasilan game tidak akan lari dari idea asal. Idea akan bercambah dari semasa ke semasa. Selepas selesai proses utama ini baru boleh pergi ke seterusnya iaitu bagaimana nak corakkan idea tersebut.

Contoh concept art untuk watak utama dalam game HALO.
Contoh concept art untuk watak utama dalam game HALO.

3D Design

Proses seterusnya akan melibatkan banyak perkara teknikal. Bina semula idea environment asal ke dalam bentuk 2D atau 3D. Kebanyakkan game harini adalah dalam bentuk 3D. Maka, environment dan watak akan dibina dalam bentuk 3D.

Menghasilkan environment adalah satu cabaran yang sangat tinggi. Ini kerana environment yang dihasilkan harus lah terperinci. Contoh nak hasilkan environment di kampung. Segala sudut harus di ambil kira seperti, kedudukan tiang lampu, jalan tar atau jalan tanah, bentuk rumah, kedudukan pokok, kawasan kedai-kedai, dan banyak lagi yang akan buat orang yang main game akan rasa seperti di kampung.

Contoh 3D Design menggunakan 3Ds Max. Boleh lihat detailing yang dibuat pada permukaan warna coklat dalam gambar.
Contoh 3D Design menggunakan 3Ds Max. Boleh lihat detailing yang dibuat pada permukaan warna coklat dalam gambar.

Watak juga harus dibuat dengan terperinci. Jenis pakaian, pergerakan badan, cara berjalan, bercakap, warna kulit, jenis rambut dan macam-macam lagi. Tidak lupa juga keadaan cahaya yang digunakam. Waktu siang, sudut matahari waktu pagi tengahari dan petang. Malam pula keadaan lampu rumah, lampu jalan, cahaya dari kenderaan dan sebagainya.

Game Engine

Selepas semua proses utama ini selesai, baru akan pergi ke level design. Level design akan melibatkan cabaran yang bakal di hadapi oleh pemain. Di sini akan masuk bahagian teknikal programming. Waktu proses ini kita dah kena tetapkan perisian apa yang nak digunakan? Perisian ini biasa kita panggil game engine. Antara perisian yang popular dalam penghasilan game adalah :

  • Unity3d
  • Blender
  • Unreal Engine
  • Cry Engine
  • Frostbite
  • Godot
  • Urho3D
  • RPG Maker
Contoh model 3D dan environment design yang telah dimasukkan ke dalam game engine Unity3D.
Contoh model 3D dan environment design yang telah dimasukkan ke dalam game engine Unity3D.

Ini adalah contoh game engine, Unity3D, Unreal Engine dan Cry Engine adalah game engine yang Yb pernah gunakan. Setiap game engine ini boleh hasilkan environment yang realistik. Untuk perisian 3D pula YB gunakan Autodesk 3Ds Max.

Selepas proses ini akan masuk kepada proses bunyi, suara dan musik pula. Ini juga bukan satu proses yang mudah, setiap percakapan, setiap pergerakan, kenderaan, angin, ranting patah, orang berjalan mesti ada bunyi yang tersendiri. Proses ini juga haruslah dibuat dengan teliti kerana setiap bunyi akan menjadi antara faktor penting kepada game yang baik.

Biasanya untuk menghasilkan game, kalian pasti perlukan satu pasukan yang mantap. Itu sebab Yb ada beritahu dalam post sebelum ini, kalian mungkin perlu rujuk pada golongan professional bergantung pada isi kandungan kalian. Jika game tentang medik. Kalian harus rujuk pada individu bahagian perubatan. Jika game tentang perang, kalian harus rujuk individu bahagian pertahanan.

Kita akan banyak gunakan masa pada perisian game engine dalam proses buat game. Ini adalah contoh evironment 3D yang telah siap dimodelkan dengan latar cahaya sekali.
Kita akan banyak gunakan masa pada perisian game engine dalam proses buat game. Ini adalah contoh evironment 3D yang telah siap dimodelkan dengan latar cahaya sekali.

Proses penghasilan game merupakan satu proses yang sangat menarik kerana kalian tidak akan sangka apa yang kalian akan hadapi. Proses buat game juga akan menguji kalian dari segi kerjasama, perbincangan, pemikiran secara drastik dan berfikir di luar kotak.

Jika ada soalan boleh tinggalkan diruang komen ya.

Semoga Bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Permainan E-games Merosakan!

Permainan E-games Merosakan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini nak tukar panggilan aku kepada Yb, nama pun ybmalaya kan. Baiklah, bercakap tentang permainan e-games atau…... Baca selanjutnya »

Kenali Dalam Komputer Anda

Kenali Dalam Komputer Anda

Komputer atau komputer riba tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Walaupun kebanyakan orang sudah beralih ke telefon pintar, komputer masih lagi…... Baca selanjutnya »

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Tak sabar rasanya nak tunggu 24hb April. Filem Avengers Endgame akan ditayangkan di panggung wayang. Bagi peminat Marvel, kalian juga…... Baca selanjutnya »

Software Editing yang aku gunakan

Software Editing yang aku gunakan

Ramai orang selalu bertanyakan apa software yang aku gunakan untuk editing gambar dan video. Ada software yang banyak yang boleh…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Komputer Tagged With: 3d modelling, 3ds max, asas game design, environment design, game design, game engine, storyline, storyline dalam game, unity3d

Previous Post: « Permainan E-games Merosakan!
Next Post: Geran Kereta hilang. Apa nak buat? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme