• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / “Back to me”

“Back to me”

21 June 2019 by ybbaby Leave a Comment

Amaran keras kepada kalian yang masih belum menonton Avengers Endgame. Ada spoiler yang besar pada artikel ini. Ada kata-kata dari Thanos yang menarik perhatian aku. Ini kerana ia sangat berkait rapat dengan cabaran hidup kita.

Thanos merupakan watak jahat yang sangat digeruni dalam Avengers. Ini kerana dengan kekuatan bala tentera yang ramai dan luar biasa, menakluk dan memusnahkan separuh kehidupan di sebuah planet bukanlah musuh yang boleh dipandang remeh.

Misi Utama

Hanya dengan satu misi, ingin mengimbangi kehidupan dalam alam semesta dengan menghapuskan separuh kehidupan supaya mencapai kesimbangan dalam kehidupan. Tapi pihak Avengers menganggap Thanos gila kerana ingin membunuh hidupan yang tidak bersalah.

Bagi Avengers, Thanos adalah masalah besar yang mengancam keselamatan hidupan alam semesta. Dijadikan cerita Thanos berjaya menghilangkan separuh dari hidupan dalam alam semesta setelah memiliki semua enam batu elemen alam semesta yang diberi nama Infinity Stone.

Dengan menggunakan sarung tangan Infinity Gauntlet dan gabungan Enam Infinity Stone, Thanos berjaya menghilangkan dengan satu petikan jari sahaja. Bagi Thanos itu adalah belas kasihan.

Hilangkan separuh hidupan alam semesta

Setelah kehilangan separuh hidupan alam semesta termasuk sebahagian besar ahli pasukan Avengers, Avengers yang tinggal memburu Thanos dan berjaya membunuh Thanos. Cuma malangnya, Thanos telah memusnahkan Infinity Stone sebelum Avengers membunuhnya.

Avengers kecewa dan hilang semangat setelah menyedari yang mereka gagal mempertahankan alam semesta dari kejahatan Thanos. Sehingga satu masa, Avenger telah jumpa satu cara dengan kembali ke masa dahulu untuk kumpulkan semua Infinity Stone dan mengembalikan semua hidupan seperti sedia kala.

Avengers berjaya mengumpulkan semua Infinity Stone, tapi satu kejadian yang tidak diduga, Thanos dari masa lepas telah berjaya mengekori mereka dengan bala tenteranya melalui mesin masa yang dicipta oleh Iron Man.

Thanos kembali

Disaat ini Avengers sekali lagi menghadapi Thanos tanpa kekuatan sepenuhnya. Di babak ini, Captain America, Thor dan Iron Man berjalan dan berhadapan dengan Thanos yang sedang duduk menanti kedatangan mereka. Thanos berkata,

You cannot live your own failure, where does that bring you? Back to me. “

Bermaksud “Kalian tidak boleh hidup dengan kegagalan kalian, ke mana yang dapat kalian dapat pergi? Kembali kepadaku.”

Thanos merupakan kegagalan Avengers. Jelas maksud ayat ini menunjukkan gagal sekali tidak semestinya gagal selamanya. Ia tidak akan buat kita lemah malah dengan kegagalan akan buat kita bangkit lebih kuat dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Gunakan kegagalan sebagai kekuatan cabaran akan datang

Dengan kegagalan kita akan pelajari sesuatu untuk cabaran akan datang. Jadi sentiasa positif dan anggap setiap cabaran yang kita hadapi aalau gagal adalah untuk membuatkan kita menjadi lebih kuat dari sebelumnya.

Dengan kegagalan juga akan membentuk diri kita ke arah yang lebih baik dan menjadi kita lebih kuat untuk cabaran seterusnya. Salah satu rahsia kejayaan adalah gagal kemudian bangkit lebih kuat pada setiap cabaran yang datang. Hadapi satu persatu.

Semoga memberi inspirasi kepada kalian dan memberi manfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Tak sabar rasanya nak tunggu 24hb April. Filem Avengers Endgame akan ditayangkan di panggung wayang. Bagi peminat Marvel, kalian juga…... Baca selanjutnya »

Disebalik Avengers Endgame.

Disebalik Avengers Endgame.

Berakhirnya satu kisah dengan persembahan yang sangat mantap. Susunan cerita yang telah dirancang dari 2008. Itulah Marvel Universe, Avengers Endgame….... Baca selanjutnya »

Pencemaran cahaya dalam photography

Pencemaran cahaya dalam photography

Assalamualaikum dan sejahtera. Harini aku nak berkongsi tentang pencemaran cahaya atau light polution dalam photography. Bukan alam sekitar je yang…... Baca selanjutnya »

Apa perbezaan AF-C, AF-S, AF-A dan MF

Apa perbezaan AF-C, AF-S, AF-A dan MF

Pada pengguna kamera Nikon kalian pasti akan terjumpa perkataan AF-C, AF-S, Af-A atau MF. Apakah maksud singkatan huruf ini? Singkatan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: avengers, avengers endgame, Captain america, Cerita disebalik avengers endgame, Gagal, Kegagalan, Selamanya, the avengers

Previous Post: « Kisah Inspirasi
Next Post: “Abang ni dah kenapa?” »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme