• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Balik kampung ikut atas

Balik kampung ikut atas

19 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku balik dari Kota Bharu ke Cyberjaya yang memakan masa 2 jam 15 minit sahaja. Aku terasa sangat mudah dan bajet juga lebih kurang seperti bawak kereta balik.

Normal aku bawak kereta balik dan bawa dam 90 ke 100 kilometer sejam mengambil masa lebih kurang 8 jam ke 10 jam. Kalau keadaan trafik sesak bersiap sedia lajak sehingga ke 15 jam. Kali ini aku dan isteriku berubah angin dengan balik ke Kota Bharu mengikut lalu udara.

Book tiket berbulan awal

Cuma kami dapat book tiket penerbangan 4 bulan lebih awal. Jadi untuk dapat tiket yang murah, kalian kena rancang perjalanan berbulan awal dan beli tiket berbulan lebih awal. Ini kerana Syarikat penerbangan juga membuat promosi contoh book tiket penerbangan untuk bulan Oktober dalam masa 3 hari bermula 19 Mei ke 21 Mei. Contoh.

Isteriku dapat book tiket pada bulan Januari dengan harga Rm350 pergi balik untuk aku, anakku berumur 4 tahun dan isteriku. Alhamdulillah. Jadi bermula perjalanan kami dari Cyberjaya, panggil khidmat grab berharga RM11 dari Cyberjaya ke Putrajaya Sentral.

Perjalanan bermula

Sampai di Putrajaya Sentral aku ambil pula ERL ke KLIA 2. Menelan belanja lebih kurang RM24 kalau tak salah. Perjalanan mengambil masa lebih 20 minit untuk sampai ke KLIA 2. Penerbangan pula mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Balqis dalam ERL
Balqis dalam ERL

Balqis punya seronok dapat naik “chuchu train”(erl) dan eroplen (kapal terbang). Aku risau dia takut waktu terbang dan waktu mendarat. Namun sangkaan aku salah, waktu berlepas, Balqis asyik tengok luar sahaja, dan waktu mendarat Balqis tido! Tak sedar apa pulak tu haha!

Balqis tidur waktu mendarat. Haha!
Balqis tidur waktu mendarat. Haha!

Best!

Sama seperti waktu pulang ke Cyberjaya, cuma harga grab sedikit berbeza. Lebih kurang RM15. Grab ikut masa. Bila waktu puncak harga sedikit tinggi. Apa pun aku sangat gembira kerana, balik hari masih cerah, sampai Cyberjaya juga hari masih cerah. Namun jika nak balik ikut udara kena buat perancangan awal ya.

Semoga membantu!

Artikel menarik untuk anda:

Hari pertama puasa 2019

Hari pertama puasa 2019

Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Tidak ada apa perubahan, perasaan seperti biasa gembira kerana dalam bulan puasa dapat peluang…... Baca selanjutnya »

Hari Kedua Bersahur

Hari Kedua Bersahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini merupakan hari kedua bersahur dalam bulan Ramadhan, kepada yang tidak tahu, bersahur adalah waktu untuk…... Baca selanjutnya »

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Bertolak ansur di atas jalan raya

Bertolak ansur di atas jalan raya

Aku sedang memandu bersama anak, isteri, adik ipar dan ibu mertua menuju ke sebuah pasaraya di Kota Bharu. Aku keluar…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: Air asia, cyberjaya, ERL, kapal terbang, Tiket kapal terbang, tiket kapal terbang murah

Previous Post: « Bertolak ansur di atas jalan raya
Next Post: Apa perbezaan AF-C, AF-S, AF-A dan MF »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme