• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Berkarya adalah subjektif

Berkarya adalah subjektif

20 April 2019 by ybbaby Leave a Comment

Berkarya adalah subjektif. Ia tiada garisan panduan, ia datang dari hati. Ramai yang keliru bila nak berkarya kena ada idea, tak kira berkarya dari segi musik, lukisan, media digital, penulisan, mahupun animasi, mood kena tenang. Segala hasil karya boleh nampak mood penghasilannya.

Aku sendiri pernah mengalaminya dan aku percaya kalian juga pasti pernah mengalaminya. Pernah sekali satu ketika aku ambil gambar di majlis kahwin dan pada masa itu aku sedang bergaduh dengan seseorang. Apa terjadi, aku tidak fokus dan aku hanya ambil saja gambar.

Pengalaman Sendiri

Semasa majlis sendiri cara aku melayan orang sekeliling juga terganggu, sebelum ini aku dapat berjenaka dengan orang keliling aku sendiri dapat rasa perbualan kadang-kadang tak sampai. Rakan sekerja pada masa itu juga bertanya, “Piz, ko ok ka?”. Bila ada yang dah tanya maka aku tahu ada yang tidak kena.

Selepas selesai majlis, aku balik untuk edit gambar. Seperti aku kata tadi, edit gambar juga aku tak dapat nak fikir. Warna apa, terang mana, gelap mana dan lagi buat aku sakit hati, gambar yang aku ambil komposisi semua lari. Ahhh….semakin tekanan aku, semakin banyak kerja kena buat. Tapi aku teruskan saja.

Setelah selesai print album, tiba masa aku nak hantar pada pengantin. Pada masa itu ada dua album yang belum di hantar. Menjadi kebiasaan aku sebelum aku hantar aku akan cek dulu sebelum hantar untuk pastikan kualiti tak terjejas. Sebab aku tak suka bila hantar pada client, ada rungutan.

Perbezaan

Aku baru perasan ada dua perbezaan antara dua album tu. Design yang sama, tapi aku sendiri tengok nampak perbezaanya, tema warna satu agak cool, dan satu lagi warm ke merah. yang warm tu album yang aku edit waktu mood tak menentu, lebih tepat lagi masa tengah bergaduh tu. Tapi alhamdulillah pengantin suka pulak time tu. Haha!

Jadi dalam berkarya tidak la susah, idea akan datang waktu mood kita tengah happy, semangat dan tenang. Melainkan kalian memang bertujuan untuk berkarya untuk mendapatkan mood marah, kecewa dan sebagainya. Kalian harus menjiwai setiap karya yang karya hasilkan. Baru la hasilnya padu.

Sebab itu karya itu subjektif. Tiada garis panduan, semuanya akan datang dari hati kita, emosi kita.

Selamat Berkarya!

Artikel menarik untuk anda:

Jiwa Yang Besar

Jiwa Yang Besar

Dari mata turun ke hati. Tak kenal maka tak cinta. Macam itu juga dunia photography. Dengan photography kita boleh…... Baca selanjutnya »

Duit gaji asyik tak cukup je!

Duit gaji asyik tak cukup je!

Seringkali kita dengar masalah ini di kalangan rakan – rakan atau teman sepejabat. Malah aku juga tidak terkecuali dari masalah…... Baca selanjutnya »

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Masa Yang Berkualiti

Masa Yang Berkualiti

Mataku tepat menuju ke skrin tv. Skrin tv sedang mainkan filem seram yang dibuka oleh isteriku. Mataku memang tepat ke…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: bekarya adalah subjektif, berkarya, emosi, hasil yang cantik, hasil yang mantap, hasil yang menawan, idea, jaga emosi, karya, melukis, mood, nilai bekarya, subjektif

Previous Post: « Keselamatan bermula daripada kita
Next Post: Masa Yang Berkualiti »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme