• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Bertolak ansur di atas jalan raya

Bertolak ansur di atas jalan raya

18 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Aku sedang memandu bersama anak, isteri, adik ipar dan ibu mertua menuju ke sebuah pasaraya di Kota Bharu. Aku keluar pada pukul 1030 pagi. Keadaan lalu lintas masih lengang, tapi kereta dah mula banyak. Tengok status kebanyakan kawan-kawan dah mula balik ke kampung.

Ada yang dah sampai semalam lagi, mungkin ini salah satu sebab kereta semakin banyak hari ini. Kebetulan Isnin cuti jadi orang ambil kesempatan ini untuk pulang ke kampung dalam bulan Ramadhan ini. Sampai di pusat beli belah tiada apa-apa masalah, tempat letak kereta juga mudah. Alhamdulillah.

Lebih kurang jam 1230 aku sudah selesai dan keluar dari pusat beli belah tersebut. Keadaan lalu lintas semakin sesak. Dah sama macam di Kuala Lumpur. Tidak mengapa, aku layankan saja, sedang aku melalui kesesakan tersebut, ada kereta nak masuk ke lorong kiri tanpa bagi lampu isyarat. Mungkin kerana puasa pemandu tersebut terlupa agaknya.

Bersabarlah ketika memandu
Bersabarlah ketika memandu

Drama di tengah kesesakan

Tapi agak mustahil terlupa, rosak mungkin? Tak juga, nampak kereta seperti kereta baru mungkin kerana puasa jari tak larat nak tekan lampu isyarat untuk tukar lorong. Sudahlah beliau tidak bagi lampu isyarat, beliau terus masuk saja, kereta sebelah beliau terkejut dan memberikan hon, tapi pemandu yang terlupa tadi yang hon berkali-kali nak menunjukkan yang beliau tersangat lah marah.

Kereta yang sudah sedia di lorong, tidak mahu mengalah dan tidak memberi ruang, mereka berlawan, yang sorang cuba kekalkan posisi seolah-olah diserang dan akan kalah perlawanan piala dunia. Yang sorang lagi nak juga masuk umpama akan dihukum gantung jika tak berbuat demikian.

Contoh gambar kesesakan jalan raya
Contoh gambar kesesakan jalan raya

Bertolak ansur

Aku pernah ke bandar Perth di Australia. Waktu pagi banyak kereta dan masing-masing nak pergi kerja. Ya keadaan sesak, tapi apa yang buat aku sangat kagum ialah, masing-masing memberi ruang bergilir-gilir. Satu kereta keluar, satu kereta jalan, kereta seterusnya berhenti memberi laluan pada kereta yang sebelum kereta pertama tadi keluar.

Akibatnya, hanya 10 minit, jalan menjadi lengang kembali. Kenapa kita mesti berebut-rebut untuk jalan dulu ketika lalu lintas sesak? Ada yang potong barisan dengan mencipta lorong ketiga. Ketahuilah, dengan ada lorong ketiga, kesesakan akan menjadi lebih teruk lagi.

Itu ketika kesesakan jalan raya, belum di atas lebuhraya yang tercabar apabila ada kereta lebih laju di belakang kita. Tidak perlulah nak berlawan kononnya nak memberi ajaran kepada orang yang tak betul itu. Ya, kadang-kadang jiwa kita panas je bukan. Bulan puasa ini lah nak bina jiwa kita ke arah lebih sabar.

Gambar Hiasan Kesesakan semakin lancar
Gambar Hiasan Kesesakan semakin lancar

Kesimpulan

Atas jalan raya kena bertolak ansur juga, janganlah nak berlawan siapa kuat, siapa dapat dulu atau siapa lebih hebat. Semua bermain dengan nyawa, bukan nyawa kita saja tapi nyawa sekeliling, silap sedikit sahaja dah boleh buat nyawa melayang.

Berhati-hati lah di jalan raya, lampu isyarat jangan lupa bila nak tukar lorong ya. Kalau boleh jangan lah kena apa-apa kemalangan walau kecil sekali pun. Berhati-hati lah memandu dan menunggang, semuanya bermula daripada kita. Sayangilah orang keliling dan nyawa kita sendiri.

Berhati-hati di jalan raya!

Artikel menarik untuk anda:

Keselamatan bermula daripada kita

Keselamatan bermula daripada kita

Seorang rakan sekerja bertanya padaku “Piz, makan jom?”. Aku lihat jam di telefon, jam menunjukkan pukul 12 tengahari. terus…... Baca selanjutnya »

Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Setelah selesai kerja aku di Booth Giant Pandan Indah semalam. Aku mengemas peralatan aku lalu aku terus berjalan ke kereta….... Baca selanjutnya »

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Selesai mengenakan pakaian, Zakwan (bukan nama sebenar) keluar dari bilik tidurnya disapa oleh isterinya Sofea (bukan nama sebenar). “Abang minum…... Baca selanjutnya »

Balik kampung ikut atas

Balik kampung ikut atas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku nak berkongsi tentang pengalaman aku balik dari Kota Bharu ke Cyberjaya yang memakan masa…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: bagi la signal!, berhemah ketika memandu, jangan lupa bagi signal, kemalangan jalan raya, kereta, kesesakan lalu lintas, memandu, pentingnya bagi lampu isyarat untuk tuka lorong, signal

Previous Post: « Minum banyak air setiap hari
Next Post: Balik kampung ikut atas »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme