• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Cara Screenshot Windows 10

Cara Screenshot Windows 10

13 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera, pasti ada antara kita yang selalu bermasalah bila nak simpan info yang kita dapat semasa tengah layari internet. Kita boleh catit dalam buku atau nota, tapi kadang-kadang tak sempat. Apa cara lain yang lebih mudah untuk simpan info-info ini?

Hari ini aku nak kongsikan bagaimana nak screenshot apa yang kita nak ketika sedang layari internet atau apa sahaja yang kita tengah buat di komputer. Cara yang aku akan kongsikan adalah di platform windows 10. Di platform MAC maaf aku tak pasti.

Cara 1 : Butang Screenshot

Cara ini mudah sahaja. Tekan butang “Print Screen” , “PRT SCRN” , ” PRT SC” atau lebih kurang seperti itu. Setiap keyboard berbeza tapi lebih kurang saja. Kedudukan butang print screen ini terletak antar butang “F12” dan butang Scroll Lock atau “SCR LK”.

Butang Print Screen
Butang Print Screen

Apabila terdapat info yang nak disimpan, tekan butang print screen, image yang kita nak dah disimpan dalam Clipboard. Kemudian kita boleh buka software editing seperti photoshop atau Paint sebagai contoh. Tekan “Ctrl + V” atau klik pada paste dan pilih paste.

Guna paint paling mudah jika kalian tak nak pening - pening. Tekan paste dan paste seperti dalam gambar.
Guna paint paling mudah jika kalian tak nak pening – pening. Tekan paste dan paste seperti dalam gambar.

Cara 2 : Windows Logo + Print Screen

Cara kedua berfungsi dengan gabungan dua butang di keyboard, iaitu butang Logo windows (selalunya terletak di antara butang Ctrl dan Alt) dan butang print screen. Apabila kombinasi butang ini ditekan skrin akan menjadi sedikit gelap dalam sesaat. Jika tiada efek tersebut kalian cuba semak di setting windows kalian. Control Panel -> System -> Advance System Settings -> Advance Tab -> Performance Settings. Rujuk gambar di bawah.

Pastikan Animate windows ditanda untuk efek skrin gelap sesaat untuk tanda screenshot kita berjaya.
Pastikan Animate windows ditanda untuk efek skrin gelap sesaat untuk tanda screenshot kita berjaya.

Setiap gambar yang dah di screenshot akan disimpan dalam folder screenshot dalam bentuk png. Label file juga akan dilabel mengikut nombor. Lokasi simpanan adalah Pictures -> Screenshots. Rujuk gambar dibawah untuk contoh.

Ini adalah lokasi file screenshot yang disimpan.
Ini adalah lokasi file screenshot yang disimpan.

Cara 3 : Alt + Print Screen

Ini adalah cara yang digunakan untuk ambil gambar window yang spesifik contoh seperti gambar dibawah. Aku hanya mahukan window This PC sahaja. Jadi tekan butang Alt + Print Screen dan pastekan dalam mana editing software yang jadi pilihan hati. Paling mudah aku gunakan paint je.

Ini adalah hasil screenshot window yang kita nak sahaja.
Ini adalah hasil screenshot window yang kita nak sahaja.

Cara 4 : Windows Logo + Shift + S

Ini adalah cara yang mudah untuk kita pilih bahagian mana kita nak secara manual. Apabila kombinasi butang ditekan, skrin akan menjadi kelabu dan kita boleh pilih area yang kita nak dengan mouse. Sama seperti Cara 1 dan cara 3, gambar terus disimpan di Clipboard. Jadi terpulang pada kita untuk buka dengan software editing lain. Seperti di atas, aku gunakan Paint je.

Kita boleh pilih bahagian yang kita nak sahaja.
Kita boleh pilih bahagian yang kita nak sahaja.

Ada cara lain yang lebih mudah seperti guna third party software atau Snipping tool. Aku akan kongsikan berkenaan Snipping tool pada entry akan datang. Jika ada soalan, boleh tinggal di ruang komen ya.

Semoga Bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Software Editing yang aku gunakan

Software Editing yang aku gunakan

Ramai orang selalu bertanyakan apa software yang aku gunakan untuk editing gambar dan video. Ada software yang banyak yang boleh…... Baca selanjutnya »

Rule of Third

Rule of Third

Kebanyakan orang sekarang dan mempunyai kamera di tangan. Kalau bukan DSLR, kamera telefon. Kebanyakan kamera telefon juga telah banyak …... Baca selanjutnya »

Kenali Dalam Komputer Anda

Kenali Dalam Komputer Anda

Komputer atau komputer riba tidak asing lagi dalam dunia hari ini. Walaupun kebanyakan orang sudah beralih ke telefon pintar, komputer masih lagi…... Baca selanjutnya »

Berkarya adalah subjektif

Berkarya adalah subjektif

Berkarya adalah subjektif. Ia tiada garisan panduan, ia datang dari hati. Ramai yang keliru bila nak berkarya kena ada idea,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Komputer Tagged With: bagaimana nak print screen satu window sahaja, bagaimana nak screenshot satu window sahaja, bagaimana print screen di windows 10, bagaimana screenshot di windows 10, cara mudah screenshot windows 10, dimana folder screenshot, dimana lokasi file screenshot, dimana lokasi folder printscreen, kat mana folder print screen?, kat mana folder screenshot?, macam mana nak screenshot di windows 10, print screen, print screen window sahaja, screenshot, windows10

Previous Post: « Sowi aya..sowi ibu
Next Post: Snipping Tool Windows 10 »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme