• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Dimanakah kalian wahai sahabat?

Dimanakah kalian wahai sahabat?

9 June 2019 by ybbaby Leave a Comment

Sahabat. Kalian adalah orang yang pernah hadir dalam hidup ini. Pernah berkongsi masalah, pernah lalui masa tawa dan sedih bersama. Di aidilfitri, aku teringat akan kalian. Apa yang sedang kalian lakukan. Bagaimana keadaan kalian semuanya?

Harap semua bahagia hendaknya. Ada yang dah bersuami, ada yang dah beristeri. Ada yang dah mempunyai anak. Kenangan yang pernah lalui bersama sentiasa segar diingatan. Ada yang takut lipas. Ada yang takut dengan anjing.

Ada yang hebat, ada yang kacak, ada yang bijak. Dimanakah kalian? Aku berharap kalian bahagia dengan keluarga masing-masing. Telah lama aku tidak mendengar berita kalian. Telah lama tidak bersua.

Masih serupa?

Adakah masih serupa? Makin kacak? Makin kurus? Makin comel? Harapnya masih kenal jika terserempak di mana-mana. Dahulunya, pantang ada masa terluang pasti hubungi antara satu sama lain.

Sentiasa mencari ruang dan masa untuk bertemu. Mencari tempat untuk dijadikan habitat sementara. Tak kisah kalian di hujung kota, aku di tengah kota atau sebaliknya, tetap berkumpul walau apa jua keadaan.

Bersembang sehingga ke lewat pagi. Apa yang disembang pun tidak tahu. Langit dan bumi tiada beza lagi. Begitulah punya asyik kalau bersembang. Pokok yang rendang pun tumbang. Itu belum main game bersama lagi. Ada yang pecah keyboard.

Berbeza

Ya, sekarang sudah berbeza. Kita masing-masing punyai tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing. Ingin bersua jarang sekali. Nasib baik ada teknologi media seperti aplikasi whatsapp seperti harini. Itu pun ada yang jarang muncul dalam kumpulan yang dicipta. Mungkin sibuk dengan urusan harian.

Aku tak dapat bayang andai masa dahulu sudah ada aplikasi ini. Apa saja aktiviti ketika itu. Tidak mengapa. Lupakan. Sempena Aidilfitri 2019 aku tiba-tiba terkenang akan kalian semua.

Adakalanya kalian dapat berkumpul dan aku tak dapat sertai, bukan aku sengaja, bukan aku tidak mahu tapi aku punyai tanggungjawab yang harus diselesaikan atau perkara yang tidak dapat aku elakkan.

Tidak lupa

Walaupun aku sudah punyai keluarga, sudah punyai tanggungjawab, punyai masalah sendiri yang harus diselesaikan, tapi aku tidak lupa. Mungkin lupa sikit lah, kalau tegur-tegur, mesti ingat balik. Hehe. Jangan marah sahabat.

Tidak ada yang spesifik. Dari bangku sekolah, ke universiti sehingga ke alam pekerjaan. Aku teringat akan semua sahabat yang pernah aku kenali. Harap kalian semua sihat.

Aku bersyukur dapat mengenali insan-insan hebat seperti kalian semua. Semoga kita dapat bersua kembali suatu hari nanti. Salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin wahai sahabat.

Artikel menarik untuk anda:

Tips meninggalkan kediaman ketika pulang ke kampung

Tips meninggalkan kediaman ketika pulang ke kampung

Hari Yb nak kongsikan tentang tips meninggalkan kediaman sepanjang pulang ke kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. Kita nak balik kampung…... Baca selanjutnya »

Indahnya Aidilfitri

Indahnya Aidilfitri

Bergema takbir raya di kaca tv, masjid berdekatan, terpancar keceriaan dan kebahagiaan dari raut wajah masing-masing. Walau jauh di sudut hati masing-masing…... Baca selanjutnya »

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Avengers Endgame, kalian dah ready?

Tak sabar rasanya nak tunggu 24hb April. Filem Avengers Endgame akan ditayangkan di panggung wayang. Bagi peminat Marvel, kalian juga…... Baca selanjutnya »

“Mak, abang nak kahwin!”

“Mak, abang nak kahwin!”

“Mak, abang nak kahwin” kata Saiful pada ibunya. “Hah? Nak kahwin? Kau biar betul Saiful. Dah bersedia ke?…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: aidilfitri, aidilfitri 2019, anak isteri, hari raya aidilfitri, Kahwin, kawan-kawan, Keindahan aidilfitri, kenangan bersama sahabat, kisah kehidupan, sahabat, Sambutan aidilfitri, suami

Previous Post: « “Mak, abang nak kahwin!”
Next Post: Ombak datang! Lari! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme