Berakhirnya satu kisah dengan persembahan yang sangat mantap. Susunan cerita yang telah dirancang dari 2008. Itulah Marvel Universe, Avengers Endgame. Permulaan dengan Iron Man 2008 sehingga Avengers Endgame merupakan satu penceritaan yang dirancang dan disusun rapi.
Jika kita lihat keseluruhan cerita, ia adalah berkenaan Iron Man. Kenapa Iron Man? Iron Man merupakan titik perubahan besar buat Marvel Studios. Sebelum 2008, Marvel telah buat banyak percubaan untuk menjadikan watak-watak komik ke dalam filem tapi gagal.
Cabaran
Marvel mencadangkan watak Iron Man dengan komputer grafik kepada banyak funder, namun ditolak mentah-mentah. Semua beranggapan tidak akan berjaya. Sehingga Marvel terpaksa melepaskan hak cipta beberapa watak seperti Spiderman kepada Sony.
Satu perjudian
Kerana kekangan bajet, Marvel hampir bankrap dan jalan terakhir adalah membuat pinjaman bank sebanyak 585 juta USD (lebih kurang) untuk mejayakan Iron Man. Mereka dah bersiap sedia, andai gagal, bungkuslah Marvel Studio.
Tapi, dengan bajet yang ada, mereka berjaya menghasilkan filem Iron Man sehingga mendapat sambutan luar biasa dan bukan hanya dapat membayar pinjaman bank, tapi dapat keuntungan untuk menghasilkan kesinambungan cerita seterusnya.
Nilai Sentimental
Inilah sebab, hampir kesemua cerita Marvel, Tony Stark atau Iron Man sentiasa ada. Ia adalah satu nilai sentimental yang sangat berharga buat Marvel Studio. Dengan kerjasama dari Disney Studio, kesan visual yang dihasilkan merupakan di satu tahap yang baru dan mencipta identiti yang tersendiri.
Misi mereka berjaya apabila, sebut saja Iron Man, hampir semua lapisan masyarakat mengenali watak tersebut. Rujuk artikel Avengers Endgame untuk senarai filem Marvel yang patut kalian tonton sebelum menonton Avengers Endgame.
Leave a Reply