• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Emosi Balqis

Emosi Balqis

17 July 2019 by ybbaby Leave a Comment

Buka saja pintu, anakku Balqis dah berdiri tegak di pintu tapi dengan muka mengantuk. Aku membawa pulang roti di tangan. Dengan tiada sepatah dua kata, Balqis terus mengambil plastik roti dari tanganku terus berlalu pergi.

Isteriku muncul dari belakang pintu. Menyorok rupanya. Dengan senyuman manis isteriku menghulur tangan dan mencium tanganku. Kedua-duanya tersenyum. Yelah. Keluar awal pagi. Lepas maghrib hampir ke isyak baru bertemu mata kembali.

Alkali

Isteriku sudah menyediakan makanan untuk perutku yang sedang keroncong. Tapi aku berwaspada. Oleh kerana takut makan berlebihan (maklumlah tengah diet), aku meneguk dua cawan air alkali (sebab badan berasid jadi minumlah air alkali). Betul sangkaan ku, selang 5 ke 10 minit. Aku rasa penuh perut.

Sambil menghirup air, aku berbual dengan isteriku. Yelah, dari pagi tak jumpa, banyak perkara nak dikongsikan bersama. Ketawa kecil bersama, ketawa besar bersama, menangis pun bersama. Tiba-tiba…

“Tenok pony”

“Ayah, bisinglah shhhhh!” tegas balqis sambil jari dimulut.

Aku dan isteri berpandangan antara satu sama lain. Isteri ku mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Ala Balqis tengok tv, biarlah ayah ibu sembang kejap.” kataku lembut.

Balqis bangun, berjalan ke meja dengan patung beruangnya, datang ke meja makan.

“Aya! Shhhh, Balqis nak tenok pony!” jelas Balqis dengan mata berkerut dan menepuk-nepuk lenganku.

“Ok2, ayah minta maaf ya” balasku.

Isteriku bersuara. “Anak abang tu tadi senyap je, abang balik terus bersuara. Kalau tidak, tak dengar langsung suara.”

” Balqis… ” panggilku lembut.

” haa?” respon Balqis seperti agak keliru kenapa ayah panggil.

“Jom tulis, Balqis ambil buku. Kita tulis-tulis.” aku memberi cadangan.

“Yeay!” balas Balqis. Lupa dah pada Pony kat tv tadi. Terpancar wajah gembira ikhlas. Baru ajak menulis, tapi Balqis seperti sesorang mendapat bonus tahunan yang kebanyakkan orang tunggu. Gembira bukan main!

Sabar nak, ayah ajar menulis je pun ni. Haha!

Jaga emosi

Ya begitulah anak-anak kecil. Hanya dengan melayan mereka dalam melakukan apa-apa aktiviti sudah cukup buat emosi anak-anak membesar dengan baik!

Andai kata kita pulang ke rumah, dalam keadaan tertekan, elakkan bermain dengan mereka. Tenangkan diri dulu, kalau tidak pasti kita akan marah atau tidak layan mereka. Emosi mereka pasti terganggu.

Aku layan dia menulis, Balqis sangat-sangat gembira. Keterujaan memudahkan proses untuk dia memahami apa yang aku tunjukkan. Menulis je pun. Walau tak dapat tulis dengan sempurna. Kurang-kurang ada bentuk.

Kalau hari-hari buat macam ni pasti lama-lama boleh tulis dengan cantik. Janji kita luangkan sedikit masa bersamanya setiap hari. Kuncinya biar anak gembira. Jangan risau kalau anak kita tak boleh nak tulis, lukis. Tengok apa yang dia suka. Layan apa dia suka.

Bila emosi dah happy, baru tarik perhatian ke arah menulis dan melukis. Buat hari-hari. Kita pun gembira. Jangan buat waktu tertekan. Buat waktu tertekan. Gelap masa depan. Haha!

Layan ni dengan isteri sekali. Dia pun gembira. Bila isteri gembira, anak gembira, satu rumah gembira. Baru lah mood kita gembira. Suasana positif. Baru senang nak buat kerja. Rezeki insyaAllah mudah!

Semoga bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Sowi aya..sowi ibu

Sowi aya..sowi ibu

Satu persatu bentuk dalam buku Balqis warnakan dengan pensel. Bukan main seronok lagi bila dapat menulis dan mewarna. Dah tak…... Baca selanjutnya »

Doa Balqis

Doa Balqis

Hari ini, aku duduk seharian bersama anakku. Melayan segala aktivitinya dari pagi sampailah ke petang. Balqis bermain tanpa henti, tapi sentiasa mengajak…... Baca selanjutnya »

Anakku Balqis

Anakku Balqis

Aku lihat isteriku sedang menyapu lantai, bahagian demi bahagian disapunya. Terkumpul habuk-habuk di satu tempat. Anak aku pula sedang bermain…... Baca selanjutnya »

Masa Yang Berkualiti

Masa Yang Berkualiti

Mataku tepat menuju ke skrin tv. Skrin tv sedang mainkan filem seram yang dibuka oleh isteriku. Mataku memang tepat ke…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: anak, anak baik, anak berumur 4 tahun, anak harta ibu, anak isteri, anak kecil, anak lambat bercakap, anak lapar, anak main, anak nyawa untuk ibu, anak perempuan, anak yang comel, anak-anak, anakku, ayah, bagi anak belajar, balqis, jaga emosi, kebahagiaan, Kelebihan, keluarga, keluarga sumber rezeki, keluargaku, kualiti masa bersama keluarga, mak ayah, masa, masa bersama anak, masa bersama keluarga, Melayu, melukis, menulis, pentingnya emosi, Perubahan, Sekolah, utamakan keluarga

Previous Post: « Aku nak gaji tinggi!
Next Post: Jangan call boss! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme