Kita dah tau asas untuk game design, mari kita pergi ke salah satu proses secara terperinci iaitu environment design. Environment design adalah bahagian keadaan suasana dalam sesuatu tahap dalam game yang kita nak. Environment menjadi sangat penting andai game yang kita nak adalah dalam bentuk 3D.
Bergantung pada jalan cerita atau konsep yang telah kita tetapkan pada proses permulaan, environment, watak, suara, musik dan macam-macam lagi haruslah berdasarkan idea asal.
Jadi environment yg nak dihasilkan mestilah tidak lari dari idea asal. Dan bila bercakap tentang environment design, kalian harus buat secara terperinci. Segala sudut yang kalian buat haruslah secara terperinci.
Buat secara terperinci
Contoh kalian buat environment pasar malam. Jangan tinggalkan benda-benda kecil seperti batu ditepi longkang, pelekat dia tiang lampu, rumput-rumput liar di tepi jalan dan sebagainya. Benda-benda ni yang akan menghidupkan environment kalian.
Pastikan juga environment yang kalian design mengikut aliran masa yang kalian pilih. Contoh kalian nak buat game zaman berkuda. Takkan ada orang pakai jam tangan atau ada jalan raya. Tak logik dan tak kena dengan aliran masa kalian.
Penyataan cahaya
Yang paling penting dalam environment design sebenarnya adalah penyataan cahaya kalian. Kalian harus mencari jenis lighting yang kena dengan environment kalian.
Hanya dengan tukar lighting, boleh mengubah 360 darjah keadaan environment kalian. Apabila kalian membina semula environment, cuba sedaya upaya untuk menyerupai realiti. Untuk latih buat environment desgin, banykkan ambil gambar street photo.
Untuk environment modelling Yb akan gunakan 3Ds Max untuk model dan texturing. Normal map pula dibuat menggunakan pixplant. Selepas model dan texturing selesai. Ia akan diimport masuk ke dalam game engine.
Setelah import selesai, di sini environment akan di finalize dengan masukkan lighting. Masa nak uji lighting ni pun mencabar juga. Tapi hasil dia kita sendiri akan puas hati. Fuh! Itu lah environment design.
Artikel seterusnya Yb akan kongsikan tentang level design pula.
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply