Kita dah lihat senarai filem marvel sebelum Endgame, mari aku senaraikan pulak filem selepas Endgame. Kemungkinan ada spoiler kat sini, tapi aku tak nak cakap lebih. Cuma fokus kat filem yang akan datang ni. hehe.
- Spider-Man : Far from Home. (July 2019)
- Guardian of the Galaxy Vol.3
- Black Widow
- The Eternals
- Doctor Strange 2
- Black Panther 2
- Shang-Chi
Tarikh ditayangkan tak dikeluar lagi, tapi kemungkinan besar 2020, 2021 dan 2022. Filem senarai di atas kita biasa dengar tapi nombor 4 dan 7 tak pernah dengar lagi. The Eternal adalah watak yang sama kuat dengan Celestial, bapa Peter Quill dalam Guardian of the Galaxy Vol. 2, ini berdasarkan komik la.
Shang-Chi pula adalah watak hero yang sangat pandai dalam seni mempertahankan diri. Tapi masih belum ada gambaran yang jelas lagi, kita sama-sama tunggu untuk trailer dari filem ini. Untuk 2 filem ni tak tau Marvel nak buat macam mana gabung atau standalone seperti Venom.
Black Widow
Apa yang menarik perhatian aku adalah filem Black widow. Kita semua tahu black widow hanya berbekal kehandalan berlawan dan tidak ada kuasa seperti wira-wira yang lain. Tapi marvel berjaya membawa watak manusia biasa antara yang penting dalam semua hero.
Uniknya Black widow adalah kemahiran dalam manipulasi dalam perbualan untuk dapatkan rahsia dari seseorang. Seperti yang dia buat dalam The Avengers (2012), pada Loki. Black widow berjaya rungkai rancangan Loki dengan teknik bermain emosi dengan Loki. Boleh tengok di klip Black Widow trick Loki.
Kemahiran Black Widow
Kemahiran bercakap dan bermain emosi untuk mendapatkan sesuatu dari seseorang sememangnya unik. Kemahiran ini memang terdapat di dunia realiti dimana kebanyakan perisik di latih untuk menguasai kemahiran ini. Anggota keselematan juga di latih apabila menyoal siasat suspek atau orang yang bersalah.
Jadi berbalik pada filem Black Widow nanti, pasti kemahiran ini akan banyak ditunjukkan. Kalian ingin tahu apa kisah sebenar Black Widow? Mari sama-sama tunggu tahun depan atau 2021.
Leave a Reply