Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini Yb nak kongsi apa nak buat bila geran kereta kita hilang. Yb kemalangan minggu lepas, alhamdulillah takda apa-apa. Cuma kereta nak kena cover insuran lah. Bila nak cover insuran, dokumen yang diperlukan adalah kad pengenalan, Cover note insuran dan geran kereta.
Cerita dia masa itu, Yb dah agak mengagau sebab dah tak ingat mana letak geran dengan cover note. Baru pindah rumah, itu yang berterabur semua tak tahu letak mana. Dua hari mencari tak jumpa-jumpa. Siapa lalu situasi ni kita geng! Haha! Akhirnya terus ke JPJ. Yb pergi ke JPJ Permaisuri sebab pejabat tak jauh.
Kiosk JPJ
Sampai je tengok orang dah beratur panjang. Kita pun beratur sekali untuk ambil nombor giliran. Sampai giliran Yb, pegawai yang jaga tu kata tak perlu ambil nombor. Terus saja ke kiosk itu sambil menunjuk dengan ibu jari. Ok, Yb pun terus la pergi ke kiosk tu.
Terkejut dan teruja, proses dia sangat mudah :
- Masukkan kad pengenalan.
- Imbas cap jari kanan sehingga bunyi “Tit”
- Pilih Sijil Pemilikan Kenderaan.
- Kena bayar RM50 untuk dapatkan geran tu.
- Masukkan kad debit dan masukkan pin.
- Pilih Salinan.
- Jika kalian perlu resit, tekan cetak resit.
Itu sahaja, proses ni ambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Selesai.
Sangat mudah. Syabas JPJ dengan kemudahan yang disediakan kepada pengguna.
Alhamdulillah dah senang dah sekarang ni. Jadi kalian yang hilang geran kereta jangan panik ya. hihi.
Semoga bermanfaat!
assalam,,,thanks for the info… dekat UTC ada ke?
Waalaikumsalam, tak pasti ada kat UTC ke tak, sebab saya buat ni dekat JPJ. Dekat semua JPJ dah ada rasanya.
Salam bang.
Yany note insurans tu camna ek? Boleh dapat salinan baru dari mana?
Waalaikumsalam,
Note insuran tu boleh minta balik pada insuran. Call diorang minta email copy cover note.
kalau geran kereta bukan nama kita, nama owner dahulu blh ambik tak?
Rasanya perlukan IC owner dulu sebab nak kena masuk IC tu.
Thanks for sharing brother… really helping… 😎👌
Ur welcome brother.
Kalau boleh tukar nama kat geran semudah ini kan bagus. Senang nak jual kereta, tak payah pergi puspakom.
Kerja Sendiri recently posted…18/19 Jadi Parody Netizen
Tukar nama tak sure plak. Kalau hilang boleh la dapat balik.
Kalau kereta tu belum habis bayar dengan bank tapi pemilik kenderaan sendiri pergi mintak geran ori dekat jpj boleh ka? Sebab dah ambil geran kt bank tapi hilang pulak.
Boleh cik, masa saya buat ni, geran tak tau mana letak haha!
asslmkum cik tu gran ori yg bru ke?sbb sye puyer pon hlg jgk..blh bg no fon cik byk nk tyer lgi.
Email saya no telefon, mhafizhamid@gmail.com. ya. yg ori tu.
Assalamualaikum, kiosk jpj nie dlm office jpj atau luar office yea (contoh mcm tempat mesin atm dkt bank), sy tanya sbb kalau urgent nk buat masa cuti umum 😅
Waalaikumsalam. Kiosk ni kat dalam JPJ. Yang saya pegi kat permaisuri tu kat dalam JPJ. tak tau la pulak kalau tempat lain.
ASSALAMUALAIKUM…JIKA GERAN YANG HILANG ITU MILIK SYARIKAT
Waalaikumsalam Ida, maaf untuk syarikat saya tak pasti, sebab kat kiosk tu boleh masuk IC, tak explore@tanya kat kaunter JPJ plak. Boleh rujuk JPJ terdekat untuk info lanjut. Maaf tak dapat membantu.
Tkasih yb. Pekongsian yg sgt2 berguna.
Terima kasih Lyn, semoga membantu!
Salam yb.. Sy nk tanya.. Kereta yg sy ada skrg adalah hak milik bekas bf sy yg telah pulang kenegaranya, masalah sy skrg geran kereta hilang, tp sy masih mempunyai maklumat tentang bekas bf sy tu laksudnya no passports, dn segala maklumat tentang kereta cula sy x tau macam mana caranya nk daoat kan geran kereta baru
Wsalam Nora, Maaf saya tak pasti plak kes macam ni. Sebab yang saya pegi buat tu masukkan IC kita sendiri. Kalau nama orang lain mungkin boleh rujuk pada JPJ. Maaf yang ni saya tak pasti. Mungkin kawan2 lain yang ada info boleh share kat disini.
Kereta dah lama habis bayar tapi belum ambil geran pun ,boleh pergi kiosk juga ke
Boleh. Saya buat ni pun, kereta tak habis bayar lagi. janji nama kita sendiri.
Assalamualaikum.. klau geran tu atas nama arwah ayah saya, dan geran tu x tau mana pergi nya.. and boleh ke buat terus dkt jpj? atau kena pegi puspakom semua?
yang ni saya kurang pasti tuan, sebab yang saya buat tu berdasarkan IC sendiri. Kalau nama orang lain maaf kurang pasti. boleh rujuk pada JPJ.
Salam.. Kalau geran hilang.. Kita dah buat geran baru.. jumpa balik geran lama.. Kalau nk renew geran nanti boleh guna geran lama n baru ke? Atau sistem mmg dh lupus terus geran lama..
Yang saya tahu kalau dah ada geran baru dah boleh guna yang baru ja.
Geran yg lama tu automatic batal ke mcm mana ye. Sbb risau kalau org lain jumpa
Kalau untuk ni saya kurang pasti. tapi apa2 Cik Atiqah boleh buat cover report polis yang mengatakan geran lama dah hilang dan dah buat baru. Jadi geran lama tak valid.
Ni geran yg hilang kereta yg dah habis bayar atau belum?
Masa saya buat ni, tak habis bayar lagi.
kalau geran motor rm50 juga ke ?
Tak pasti pulak untuk geran motor. Kena cuba tanya pada JPJ, Sebab yb buat geran kereta.