• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Hari Kedua Bersahur

Hari Kedua Bersahur

7 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini merupakan hari kedua bersahur dalam bulan Ramadhan, kepada yang tidak tahu, bersahur adalah waktu untuk yang berpuasa bangun sebelum waktu subuh, makan dan minum untuk berpuasa bermula selepas waktu subuh iaitu lebih kurang 545 pagi. Berpuasa sehingga waktu maghrib atau jam 7.20 petang lebih kurang.

Seperti biasa hari pertama bersahur, aku tak tahu orang lain macam mana, tapi aku terlajak sehingga pukul 510 pagi. Niat asal 430 pagi. Alarm pada jam dah di kunci, tapi entah kenapa tak sedar dan terlajak juga. Terlalu selesa mungkin. Haha.

Niat waktu sahur nak makan macam ni. Tapi belum kesampaian lagi.
Niat waktu sahur nak makan macam ni. Tapi belum kesampaian lagi.

Apabila terlajak

Dah lah terlambat bangun, kepala berpinar, blur, tengok nasi pun tak lalu, tapi bedal juga apa yang ada. Jadi hari pertama sahur lauk adalah nasi dan ayam kicap. Adik ipar ada sekali jadi makan lah bertiga. Tengah-tengah makan tiba-tiba Balqis pun bangun juga. Bangun tak berkata apa-apa, terus datang duduk sekali dengan kami tengah makan.

Tanya nak makan ke minum ke semua tak nak. Yang dia tanya, “Aya…poniii?”. Pagi-pagi nak tengok Little Pony. Ok takpa, tengok lah dulu, sebab lepas solat subuh Balqis kena siap-siap untuk pergi sekolah dah. Cuma itulah hari pertama bersahur, terkejut sikit, jadi semuanya berterabur.

Belajar dari terlajak

Bersahur pada hari ini, lebih teratur lagi. Tepat jam 430 pagi, aku bangun siap-siap untuk sahur. Tapi hari ini aku cuma makan oat dan minum air kosong. Pada mula diri sendiri tak yakin boleh ke tahan dengan oat saja. Tapi percayalah, sampai ke waktu bukak tak rasa lapar. Cuma bila dah makanan depan mata masa nak buka jadi lapar lah.

Ini lah oat yang aku makan waktu sahur. Cuma blueberry takda lah..hehe.
Ini lah oat yang aku makan waktu sahur. Cuma blueberry takda lah..hehe.

Jadi kepada yang nak kurangkan makan, bulan puasa adalah waktu yang terbaik. Bersahur dengan oat dan air suam. Kalau ada kurma makan kurma. Berbuka dengan air suam dan kurma, lepas itu solat maghrib terus. Percayalah perut rasa penuh, makan makanan lain sikit dah rasa kenyang.

Selamat Mencuba!

Artikel menarik untuk anda:

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Hari pertama puasa 2019

Hari pertama puasa 2019

Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Tidak ada apa perubahan, perasaan seperti biasa gembira kerana dalam bulan puasa dapat peluang…... Baca selanjutnya »

Kisah Ramadhan waktu aku kecil

Kisah Ramadhan waktu aku kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku ingin kongsi satu kisah pada waktu aku kecil dahulu. Kalian semua pasti ada…... Baca selanjutnya »

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Selesai mengenakan pakaian, Zakwan (bukan nama sebenar) keluar dari bilik tidurnya disapa oleh isterinya Sofea (bukan nama sebenar). “Abang minum…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: banyak minum air, berpuasa pada bulan ramadhan, bulan ramadhan, makan waktu sahur, minum air suam, oat, tahan lapar ketika berpuasa, terlajak bangun tidur

Previous Post: « Hari pertama puasa 2019
Next Post: Apabila mata mengatasi akalmu »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme