Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Tidak ada apa perubahan, perasaan seperti biasa gembira kerana dalam bulan puasa dapat peluang untuk kawal diri dari makan terlalu banyak dan kurangkan benda-benda berasap. Tapi ada satu benda baru puasa pada kali ini.
Anakku telah berumur 4 tahun dan sudah mula makan segala macam jenis makanan. Yang paling jelas perubahan ialah Balqis dah mula makan nasi. Alhamdulillah. Apa dugaan dia ialah, baru duduk bertenang, Balqis datang dan berkata ” Aya, nak cokolet, cokolet, nak roti..roti…”
Roti dan milo di bulan puasa
Milo dia panggil cokolet. Haha. Maka aku pun bangun dan buat apa yang diminta oleh anakku, selama tengah buat roti dengan milo tu, nampak air panas kelua dari mesin penapis air, sapu jem cokolat pada roti nampak sangat-sangat menarik. Hurm, semalam masa tak puasa lagi, takda la menarik macam ni. Haha!
Sempat pergi bazar ramadhan sebelum berbuka tadi. Balqis nampak air milo terus nak. Ibu dia belikan air milo, tanpa sedar berjalan, waktu berbuka semakin hampir, aku dan isteri ambil keputusan buka je kat kedai mamak berhampiran. Tengok masih ada kosong lagi, boleh lah. Order air suam dan nasi lemak dan nasi goreng sebab tak tahu nak makan apa. Haha!
Berbuka dengan Balqis
Azan berkumandang. Tapi makanan tak sampai lagi. Minta lah air milo Balqis. Balqis menjawab “Balqis puye! Balqis Puye! Balqis Puye!”. Humph! Tadi suh ayah buat itu ini, minta air milo sikit tak boleh! Baik! Sampai air suam ayah jap lagi jangan minta setitik pun! Humph!
Bila fikir balik, dengan anak kecil ni pun nak terasa, apa lah. Hahaha! Tapi tak kisah lah! Lepas tu air suam sampai, tetap di minta oleh Balqis. Bagi juga. Siap sedia lah untuk hari-hari mendatang ni. Makanan mudah pun akan nampak sedap di bulan puasa. Kuatkan iman kalian!
Begitu lah lumrah kita, sebelum puasa sesuatu jenis makan yang simple kita tak kisah pun, tapi bila dah puasa, baru kita nak perasan betapa menariknya sejenis makanan itu. Contoh paling dekat air milo cicah roti tadi lah. Kalau sebelum puasa, tak kisah langsung pasal roti dan air milo tu.
Leave a Reply