• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Hari Raya Aidil Adha 2019

Hari Raya Aidil Adha 2019

12 August 2019 by ybbaby Leave a Comment

Bangun pagi seperti biasa, bersiap dengan mengenakan baju melayu. Pakai butang, siap songkok. Aku berjalan ke masjid di hadapan rumah. Ibu mertuaku baru pindah rumah. Eumah tak jauh dari masjid. Alhamdulillah mudah nak ke masjid.

Solat sunat raya 2 rakaat. Matahari baru nak naik. Suasana pagi raya begitu nyaman. Angin sejuk bertiup, biasalah, suasana kampung begitulah. Jauh dari hutan batu, sangat menenangkan. Kanak-kanak berlari sana-sini. Lama tak tengok suasana ni.

Ayah cepat!

Selesai solat aku berjalan kembali ke rumah, dari jaih dah kedengaran.

“AYAH… AYAH…. AYAHHHH… CEPATLAHHH! Nak keluar ni!” jerit anakku Balqis dari pintu rumah. Punya seronok Balqis. Kejap masuk kejap keluar.

Aku naik ke rumah, terus tukar baju biasa, nak korban lembu sebentar lagi. Begitulah kebiasaannya apabila pulang ke Kelantan ketika raya Haji. Raya kali ini agak istimewa sedikit kerana ada pembaharuan dalam perhubungan setelah 6 tahun aku berkahwin. InsyaAllah akan bertambah baik lagi selepas ni.

Di lain hari aku akan ceritakan bila keadaan sesuai. Berbalik pada korban tadi. Selesai bersiap, baldi dan pisau juga dibawa bersama. Aku memandu ke rumah arwah Tok Ayah isteriku. Sampai sahaja, seekor lembu sudah ada untuk dikorbankan.

Niat

Niat untuk korban di Hari Raya Aidiladha

Sebelum korban, masing-masing yang berniat untuk ambil bahagian lembu bersedia dengan bayaran dan berniat untuk korban. Ada 7 bahagian semuanya. Setelah selesai niat. Semua bersedia untuk menjalankan ibadah korban.

Balqis kelihatan sangat teruja, tak senang duduk, sekajp berlari ketepi, berlari ke depan, datang kepadaku.

“Ayah… Cow.. Kena ikat… Tali” kata Balqis sambil mata duk tumpu pada lembu tersebut.

“Ayah, cow…cow tali..” kata Balqis sambil menunjuk ke arah lembu. Kelihatan seronok dan sifat ingin tahu, mata Balqis tak lepas memerhatikan I 99 a u Kaki lembu telah diikat sebelah kiri bagi merebahkan lembu tersebut ke tanah.

Ibadah Qurban

Rebah, dengan lafaz Bismillah dan niat qurban.

Setelah rebah, beramai-ramai memegang dan menenangkan lembu tersebut. Dengan niat dan lafaz Bismillah, leher lembu di potong dengan pisau dan dibiarkan darah habis mengalir. Setelah habis mengalir, kulit mula dilapah bagi memudahkan pemotong setiap bahagian lembu.

Kulit disiat, daging dilapah.
Daging dilapah.
Dipotong kecil, supaya senang dibahagikan nanti.

Setelah selesai melapah daging, daging dan tulang dibahagikan mengikut 7 bahagian. Setelah selesai pembahagian, masing-masing mengambil sedikit dari bahgian masing-masing untuk disedekahkan pada orang lain.

Dibahagi sama rata.
Daging goreng kunyit! Nyum nyum!

Setelah pembahagian tersebut selesai, sedikit lagi bahagian diasingkan untuk dimasak terus. Selebihnya terpulang pada masing-masing. Adik beradik dan keluarga berkumpul menikmati juadah bersama. Begitulah setiap kali hari raya korban.

Syukur

Syukur Alhamdulillah aku masih dapat merasa suasana meriah ini. Aku berharap kalian juga dapat merasa suasana yang sama, pada yang tidak dapat merasa, aku doakan kalian juga akan dapat merasa kemeriahan ini.

Semoga kita semua diberkati dan dipermudahkan urusan. Bagi yang mengenali diri ini. Aku memohon ampun dan maaf zahir dan batin andai aku ada menyakiti perasaan dengan kata-kata tindakan aku tanpa sedar. Aku suka bergurau. Tiada niat untuk menyakiti hati siapa-siapa.

Andai ada yang terasa. Maafkan lah aku. Assalamualaikum.

-Muhammad Hafiz Hamid

Artikel menarik untuk anda:

Hari pertama puasa 2019

Hari pertama puasa 2019

Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Tidak ada apa perubahan, perasaan seperti biasa gembira kerana dalam bulan puasa dapat peluang…... Baca selanjutnya »

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Selesai mengenakan pakaian, Zakwan (bukan nama sebenar) keluar dari bilik tidurnya disapa oleh isterinya Sofea (bukan nama sebenar). “Abang minum…... Baca selanjutnya »

Hari Kedua Bersahur

Hari Kedua Bersahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini merupakan hari kedua bersahur dalam bulan Ramadhan, kepada yang tidak tahu, bersahur adalah waktu untuk…... Baca selanjutnya »

Bertolak ansur di atas jalan raya

Bertolak ansur di atas jalan raya

Aku sedang memandu bersama anak, isteri, adik ipar dan ibu mertua menuju ke sebuah pasaraya di Kota Bharu. Aku keluar…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: 2019, Adik beradik, balik kampung, balik raya, Haji, hari cuti, hari perayaan, hari raya, Hari raya aidiladha, Hari raya qurban, jalan jem, jalan mana jem, kehidupan, Lembu, Raya haji, Sanak saudara, Saudara, Sembelih lembu

Previous Post: « AKU MALU!
Next Post: Tips untuk hilangkan sakit gout »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme