Anak merupakan harta yang tidak ternilai buat ibu bapa. Tidak ada siapa pun yang menyangkal kebenaran ini. Ada ibu bapa yang teringin untuk mendapat anak, tapi masih belum ada rezki. Ada yang tidak inginkan lagi tapi kerana rezki yang murah, Tuhan mengurniakan anak kepada pasangan.
Ramai yang tidak sedar disebalik harta yang tidak ternilai ini wujudnya tanggungjawab buat ibu bapa yang tidak ternilai buat anak-anak. Masing-masing ada cerita tersendiri. Perjalanan yang berbeza. Situasi yang berbeza. Jangan kita lihat dari segi luaran sahaja.
Lain orang lain perjalanannya
Ada yang mempunyai anak tapi jodoh tidak panjang, tetapi anak merupakan seorang anak yang cukup baik. Ada yang punyai anak, tapi kesihatan ibu bapa pula yang tidak mengizikan. Ada yang mempunyai segalanya, tapi anak pula tidak sempurna dari segi kesihatan.
Pelbagai cerita kita dengar saban hari mengenai anak. Yb sendiri alhamdulillah dikurniakan seorang anak yang sangat aktif dan sedang membesar dengan sihat. Ramai orang akan bertanyakan tentang anak yang kedua.
“Adik Balqis takda ke?”
“Bila yang keduanya?”
“Balqis nak adik dah tu, kesian dia sorang-sorang.”
Ya, ada sesetengah tu untuk memulakan perbualan, Yb takda masalah. Soalan yang sebegini sememangnya tidak ada masalah pada Yb, tapi pernah kalian terfikir soalan ini buat seorang ibu? Tidak semua orang boleh menerima soalan ini dengan hati yang terbuka. Sifat manusia bukannya semua sempurna.
Ada orang sehingga terpaksa merancang kerana rezki yang murah, anak yang dikurniakan setahun seorang. Ada yang menunggu bertahun-tahun baru dapat cahaya mata yang pertama. Ada yang menggunakan teknologi hari ini untuk mendapatkan zuriat.
Bersediakah kita?
Bagi Yb, jika masih belum dapat zuriat, pasti ada sesuatu dalam hidup kita yang masih belum bersedia untuk peroleh cahaya mata. Jika belum mempunyai cahaya mata yang kedua, pasti pasangan itu masih belum bersedia untuk yang kedua. Kita usaha, tapi Dia yang menentukan.
Itu belum lagi yang kita dengar di kaca televisyen dan berita tentang kes buang anak, dera anak, kecuaian sehingga menyebabkan anak-anak hilang nyawa. Minta dijauhkan perkara-perkara begini berlaku pada anak-anak kita.
Ada yang teringinkan zuriat. tapi bila dah dapat, dibiarkan, dimarahi seolah-olah anak itu menyusahkan. Emosi anak yang sedang membesar sangat rapuh. Jika salah cara, boleh menyebabkan anak itu tidak membesar dengan baik.
Bersyukurlah
Jika belum dapat anak, bersyukurlah, boleh pegi tengok wayang. Anak ramai susah nak tengok wayang. Jika dah dapat anak yang pertama, bersyukurlah, boleh menjadi penghibur dalam hidup seharian. Jika dah dapat anak yang ramai, bersyukurlah, kalian mempunyai keluarga yang meriah.
Jika ada yang berpisah dengan pasangan, kalian utamakanlah anak-anak, ketepikan segala sengketa, tidak adil jika pertelingkahan kalian dilepaskan pada anak-anak. Anak-anak lah harta kalian. Janganlah berlumba untuk menunjukkan siapa yang lebih baik. Macam mana pun, kalian tetap ibu bapa kepada anak kalian walaupun telah berpisah.
Janganlah bersedih, kita usaha dan tawakal banyak-banyak kepada maha Pencipta. Mungkin kita masih belum bersedia untuk mempunyai cahaya mata. Apa yang belum sedia itu, Yb tak dapat nak jawab. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk kita.
Leave a Reply