Bergema takbir raya di kaca tv, masjid berdekatan, terpancar keceriaan dan kebahagiaan dari raut wajah masing-masing. Walau jauh di sudut hati masing-masing mempunyai kesulitan dan kekangan yang seperti tiada penghujung, biarlah ia jauh disudut hati.
Janganlah difikirkan lagi buat sementara waktu. Hari ini adalah hari kemenangan yang Allah swt kurniakan bagi mereka yang berpuasa di Ramadhan. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua lapisan umur.
Hari Kemenangan
Hari kemenangan ini bukanlah hari kemenangan yang biasa buat seluruh umat Islam kerana ini adalah kemenangan dengan membesarkan Allah swt dengan alunan takbir yang indah bagi setiap insan yang mendengarnya.
Ya, kita hafal dengan berulang kali menyebut dan mendengar berulang kali di malam terakhir Ramadhan sehingga Syawal. Tapi adakah kita faham akan maksudnya? Yb akan kongsikan maksud takbir di pagi hari raya.
Tafsir Takbir Raya
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallahu wallahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
********* 3 kali ********
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ
Allahu akbar
Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا
Allahu akbar kabiiraa
Allah Maha Besar sebesar-besarnya
وَالْحَمْدُ للهِ كَثِيْرًا
Walhamdulillaahi katsiiraa
Dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya
وَسُبْحَانَ اللهُ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً
Wasubhaanallaahi bukrataw wa asiillaa
Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ
Laa ilaaha illallallahu
Tidak ada Tuhan melainkan Allah
وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ
walaa na’budu illaa iyyaahu
kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya
مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنُ
mukhlishiina lahuddiin
dengan ikhlas untuk agama (Islam)
وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ
Walau karihal kaafiruun
walaupun dibenci oleh golongan kafir
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ
Laa ilaaha illallallahu wahdah
Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa
صَدَقَ وَعْدَهُ
sadaqa wa’dah
yang benar janji-Nya
وَنَصَرَ عَبْدَهُ
wanashara ‘abdah
dan yang menolong hamba-Nya
وَأَعَزَّ جُنْدَهُ
wa a’azza jundahu
dan yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin)
وَهَزَمَ الأَحْزَابَ وَحْدَهُ
wahazamal ahzaaba wahdah
dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya
لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ
Laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar
Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar
اللهُ أَكْبَرُ وَللهِ الْحَمْدُ
Allaahu akbar walillaahil hamd’
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian
Semoga bermanfaat pada kita semua.
Hari Raya Aidilfitri
Pada pagi hari raya Aidilfitri, selepas takbir, akan dikerjakan Solat Aidilfitri dua rakaat dan khutbah hari raya. Mintalah ampun dengan yang Esa terlebih dahulu. Pohonlah dengan sepenuh hati. Moga kita semua mendapat keampunan dari-Nya.
Selesai ibadah, dengan ketenangan hati, kesucian jiwa kita, adalah saat yang dinanti oleh kita semua iaitu memohon ampun dan maaf sesama kita, ibu bapa, keluarga dan rakan kenalan.
Ampun dan maaf
Disini, Yb ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf dan ampun kepada semua yang mengenali diri Yb. Yb memohon ampun andai kata-kata, tindakan dan gurauan mengguris hati dan perasaan sesiapa.
Kepada keluarga kecil, keluarga besar, keluar betul-besar, jiran-jiran di Taman Sri Gombak, Saujana Utama, Cyberjaya, rakan sekolah, rakan universiti, rakan kerja di Marcom Lumut, rakan kerja di Coway, para pembaca ybmalaya.com, dan setiap insan yang pernah Yb jumpa sepanjang umur ini.
Niat di hati hanyalah ingin bergurau dan ingin menceriakan suasana. Hati gembira andai orang keliling Yb ketawa dan gembira. Mungkin ada satu masa Yb keterlaluan tanpa Yb sedar.
Sekali lagi. Yb minta maaf dari hujung kaki sehingga hujung rambut. Setiap kata-kata dan penulisan walau ada yang pahit, manis, keras dan sebagainya adalah dari diri Yb sendiri. Segala perkongsian yang Yb kongsikan adalah untuk tauladan semua.
Untuk memberi inspirasi, memberi kebaikan kepada mereka yang memerlukan.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas dari,
Hafiz Hamid, Haniffa Husnaa dan Adlina Balqis.
ybmalaya.com
Leave a Reply