• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Makanan / Kari punya pasal

Kari punya pasal

27 March 2019 by ybbaby Leave a Comment

Aku berasal dari Seberang Jaya, Pulau Pinang. Setelah umur 4 tahun, aku berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahku ditukarkan ke ibu pejabat Utusan Melayu. Sepanjang aku di Pulau Pinang, aku di jaga oleh nenekku. Mak aku seorang guru manakala ayahku seorang wartawan.

Jadi waktu tengahari memang aku tidak berpeluang untuk makan bersama mak dan ayahku. Aku selalu makan tengahari dengan Atuk. Atuk dah tiada. Al-fatihah pada Atuk, semoga roh ditempatkan bersama orang beriman. Tepat jam 12 bermula umurku 3 tahun, arwah Atuk pasti menyuap makan. Nasi dan kari. Hari-hari sehingga aku pindah ke kuala lumpur.

Punca

Yang peliknya, aku makan apa saja yang disuapkan oleh arwah Atukku. Tak pernah menolak walaupun suap kari hari-hari. Darah Penang kot. Sehinggakan pada hari ini aku boleh makan kari hari-hari tanpa jemu. Sehingga pernah satu ketika aku ke luar negara, German kalau tak salah, di satu bandar diberi nama Kiel atas urusan kerja. Aku teringatkan kari, memamg lidah tak boleh terima makanan lain waktu tu.

Masalah

Aku berjalan seorang diri, mencari kari, hampir sejam tak jumpa. Aku tahu memang kemungkinan besar takkan ada kari kerana kebanyakkan hanyalah kedai Turki. Sampai aku terfikir lagi 10 minit berjalan takda juga, aku nak pergi pasaraya cari bahan masak kari.

Pelbagai jenis rempah

Tapi minit ke 9 aku jalan, ternampak kedai Thai. Ada satu menu, White rice with prawn curry. Harga 15 euro. Aku tanpa fikir panjang. Yang aku fikir, nasi putih, udang, sayur. Takda yang haram, menu lain takda pork. Jalan. Aku order 2 set. Masa makan, menitik air mata sebab terlalu gelojoh, kuah kari terpercik ke mata. Pedih oi!

Kari ni ada macam-macam cara makan dia, meh aku kongsikan cara makan kari yang best!

  • Kari dengan nasi
  • Kari dengan roti gardenia@roti benggali
  • Kari dengan roti canai
  • Kari dengan capati
  • Kari dengan telur
  • Kari dengan burger (ni version aku haha)
  • Kari dengan french fries (cubalah!)
  • Kari dengan beef steak@chicken chop
  • Kari hirup macam tu je
  • Kari dengan roti jala
  • Kari dengan keropok lekor (belum cuba belum tahu!)
  • Kari cicah ayam goreng

Ini semua antara apa yang aku suka makan dengan kari. Kari pulak ada banyak jenis, tapi yang utama yang aku suka ialah kari asam. Kari tanpa santan. Contohnya seperti :

  • Kari ikan
  • Kari ayam (orang kata kena ada santan ngn kerisik tapi ku suka tanpa santan.
  • Kari ketam
  • Kari udang
  • Kari telur
  • Kari itik (yang ni jarang sikit makan)
  • Kari daging
  • Kari telur
  • Kari ikan sembilang
  • Kari kepala ikan
  • Kari udang lipan

Ada banyak rempah yang sedap untuk buat kari. Kalau belah utara yang popular ialah rempah Pak Ali kalau tak salah. Belah pantai timur pun ada, tapi tak berapa ingat apa nama dia, ada jual kat Pasar Siti Khadijah. Tapi yang paling mudah nak dapat rempah kari ialah kat pasar raya lah. Dalam banyak-banyak brand kat pasaraya tu. Yang menjadi minat utama ialah Rempah kari Baba’s.

Rempah kari ikan baba’s

Penyelesaian

Masak sendiri! Ya, aku masak sendiri tau, paling kerap kari ikan tanpa santan. Bahan-bahan dia:

  • Rempah kari baba’s 1 paket
  • Daun kari setangkai
  • Bawang putih 5 ulas tumbuk lumat
  • Air asam jawa secawan
  • Halba campur dalam satu sudu teh
  • Tomato 1 biji sederhana potong 2
  • Bendi 5 biji (ikut suka nak berapa banyak)
  • Ikan seekor dua atau sepotong dua.
Daun kari
Halba Campur

Cara masak.

  1. Tumis halba campur sampai naik bau.
  2. Masuk daun kari dengan tangkai sekali sampai naik bau.
  3. Masuk rempah kari dengan air masak sikit dalam setengah cawan dan gaul.
  4. Dah nampak pekat dan sebati masuk bawang putih tadi.
  5. Masuk bendi, gaul lepas itu masuk ikan. Gaul rata.
  6. Masuk air asam jawa tadi.
  7. Adjust rasa ikut sendiri garam gula.
  8. Siap!

Fuh, macam-macam cerita pasal kari keluar. Ada banyak lagi. Baru sikit je ni, Ini semua kari punya pasal. Ada sahabat tunjuk gambar kari. Habis teringat semua pasal kari. Lapar terus.

Ybbaby

Nak makan kari!

Artikel menarik untuk anda:

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Sebuah Perjalanan – Ep 4 – Hidup Baru

Pelbagai cabaran dan dugaan dalam perhubungan jarak jauh. Apabila aku dan dia masuk ke alam pekerjaan, cabaran dan dugaan jauh skali berbeza…... Baca selanjutnya »

Bukan Mamak Biasa

Bukan Mamak Biasa

Mamak memang tidak asing lagi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap kali aku pergi ke mamak, pasti aku dapat berbilang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Makanan Tagged With: Bahan bahan buat kari, Buat kari, Cara asas buat kari, Daun kari, Gila kari, Hantu kari, Kari, Kari asam, Kari daging, Kari ikan, Kari padu, Makan kari, Masak kari, Rempah kari, Resipi kari mudah

Previous Post: « Hati Sama Hijau
Next Post: Alam Baru »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme