Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap sihat. Kalau tak sihat, cepat-cepatlah pegi jumpa doktor, jangan biar sampai dah teruk tegolek baru nak pergi. Menyesal tak sudah nanti. Tak kira lah, anak kecil dewasa atau orang tua kita. Sekarang ni ada macam-macam penyakit yang kita tak boleh nak jangka.
Macam bidang sales pun tak boleh nak jangka, kadang-kadang kau cuma tolong orang. Tapi secara tak langsung masuk juga sales. Takpa jangan khuatir. Dalam entri aku sebelum ni Kau Kenal Aku, aku dah cerita mengenai KLT. Boleh rujuk balik kalau kau belum baca lagi.
Online
Baik, basic kau dah dapat tahu, proses jualan juga dah tahu. Hah? Tak tahu, Ni artikel dia, Proses Sale boleh baca dulu kalau belum baca lagi. Ok, sambung balik, kau pun dah tau proses jualan, kau dah tahu apa kau nak, ada pasukan dan sebagainya. Baru kau boleh decide nak guna cara Online atau offline.
Online tu atas talian, melibatkan dunia digital. Kau kena biasa guna media sosial, guna handphone ke komputer ke. Janji yang melibatkan dunia digital. Dunia digital ni pulak sangat luas, antara yang boleh guna untuk dapatkan leads dan sale adalah:
- Bing
- Blogging
- Website
- Shoppee
- Lazada
Dan banyak lagi. Ikut produk dan servis kau, kau tengok balik yang mana yang relevan dan yang mana yang tak. Dan dalam dunia online ni juga kau boleh pilih antara :
- Paid Marketing
- Free Marketing
Offline
Tak kisah pun yang mana satu, dua-dua cara boleh digunakan ikut keselesaan dan kemampuan masing-masing. Kalau paid marketing memang kena keluar modal result dapat masa yang singkat. Free marketing pulak ambil masa sikit tapi akan jadi lebih lumayan andai kau susun dengan rapi.
Haa tadi pasal online, ni cara offline pulak. Cara offline ni yang tak libatkan dunia digital. Libatkan dunia realiti. Haha! So relax..jangan stress sangat nak pilih mana satu dan jangan ghairah sangat tengok online nampak mudah.
Dua-dua ada cabaran masing-masing. Offline ni buat aktiviti macam ni :
- Buka booth
- Pergi door to door (rumah, kedai)
- Edar flyers
- Direct approach
- Table to table
- Join event
- Rembo (pacak@bukak boot kereta)
Cabaran
Dan macam-macam lagi. Cabaran kat offline ni pulak kau kena kental. Kena kuat, tahan panas, tahan hujan. Kalau kau takda hal kat sini, kau memang sesuai pergi buat offline. Makan masa dan tenaga yang banyak bila kat offline ni.
Tapi sekali kau dapat prospek, lebih mudah untuk kau terangkan dan kau follow up semula. Sebab kau dah bina hubungan yang lebih kuat dengan berjumpa depan-depan.
Online pulak, cabaran dia, kau banyak kena menghadap skrin handphone atau komputer kau. Sentiasa kena buat gambar, fikir ayat dan tengok balik apa yang tak kena dengan iklan atau posting yang kau buat.
Tujuan
Baik online atau offline, dua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Kau lebih kuat bila buat berkumpulan. Asas tetap sama. Kalau kau nak jalan dua-dua cara pun boleh takda masalah. Jangan lupa cara hot market kau. Dekat situ pun boleh datangkan sales juga.
Leads akan mendatangkan sales.
Tapi ingat, mana-mana cara yang kau pilih pun, kau kena jelas dengan matlamat dan tujuan kau.
- Kau nak leads atau kau nak sales?
- Berapa kau nak untuk bulan tu?
- Kenapa kau nak banyak tu?
Lepas kau jelas dengan tujuan kau, percayalah cakap aku, kau akan rasa semua mudah sebab kau nampak ke mana arah tuju kau.
Jadi mana satu pilihan kau? Offline? Online? atau kedua-duanya?
Semoga bermanfaat.
Leave a Reply