• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Kau pandai cakap boleh la!

Kau pandai cakap boleh la!

23 June 2019 by ybbaby Leave a Comment

Zaman hari ini tidak sama seperti zaman 80an dan 90an. Yang paling jelas aadalah keadaan ekonomi. Ya ekonomi hari ini lebih tinggi daripada dahulu. Nilai wang ringgit juga jauh beza. Kalau dulu dengan RM5 boleh tahan untuk 2 3 hari. Tapi hari ini. 1 hari pun mungkin tidak cukup.

Peluang pekerjaan juga semakin hari semakin sukar untuk. Nak meniaga pun susah. Kalau takda duit macam mana nak meniaga, tak boleh meniaga. Kalau takda kelulusan yang tinggi pun tak boleh lah kerja tinggi.

STOP!

Ok stop! Itu semua negatif. Cuba kita tengok bahagian positif, kalau peluang pekerjaan makin susah, cukupkah kita minta kerja tu? Adakah kita mohon sekali saja lepas tu senyap saja? Dalam tempoh sedang mencari kerja lah kita boleh intai segala peluang yang ada.

Nak berniaga tapi duit takda. Boleh bermula dengan modal yang kecik. Ada banyak cara, mungkin kita tak cari cara tu. Itu yang tak jumpa. Bila tengok kawan buat, mula la kata,

“taknaklah nanti pendapatan tak tetap bila berniaga ni”
“tengoklah bape jauh ko boleh pegi”

Negatif

Perasan tak, ini semua datang dari fikiran negatif. Sebenarnya itu adalah alasan yang datang dari diri sendiri sebab sebenarnya tak nak pun. Kita lebih takut untuk keluar dari zon selesa kita. Tidak ada masalah, pilihan di tangan masing-masing.

Yang menjadi masalah nanti, bila kawan tu berjaya dan lebih stabil dari sebelum ni, keluar pula kata-kata macam ni,

“Ala boleh la dia duit banyak”
“Ala mak ayah dia memang pandai berniaga”
“ala boleh la dia pandai cakap.”

Bila ayat ini datang, ada satu persamaan, iaitu semua ini boleh dapat dengan belajar. Dalam hidup ni kita sentiasa belajar. Tak pandai cakap? Boleh belajar cakap. Duit tak banyak? Pelan-pelan kayuh. Mak ayah pandai berniaga? Darah yang mengalir dalam badan kita sama kan? Jadi apa bezanya?

Beza

Bezanya hanya cara masing-masing. Cara lenggok kita bercakap, itu yang berbeza. Yang lain semua boleh belajar. Kebanyakkan orang kalau diajak berniaga, akan berkata,

“takpa, ko jalan dulu”, “takpa, ko buat dulu”

Ini secara tersiratnya, nak tengok kita boleh berjaya tidak. Tapi mereka tidak sedar, mereka sedang tengok proses kejayaan kita. Perjalanan kita semua tidak akan sama, ada yang lurus, bengkok, naik dan turun. Apa saja yang kalian lalui pada awal perniagaan, itu semua adalah proses menuju kejayaan.

Diri sendiri

Pokok pangkalnya, kita sendiri, apa yang kita mahu dalam hidup ini? Nak hidup senang? Bebas masa? Bebas kewangan? Memiliki aset berjuta? Hidup senyum dan mati tua? Ubah pandangan orang keliling? Atau berjuang demi diri dan keluarga kita?

Baik pekerjaan atau perniagaan, sama sahaja. Perniagaan, kita niagakan produk atau servis kita. Pekerjaan pula kita niagakan masa kita setiap hari kepada majikan. Jadi kita semua menjualkan? Bezanya apa yang kita jual?

Adakah kita nak niagakan masa kita hari-hari atau niagakan usaha kita? Jadi, jika kalian diberi pilihan antara perniagaan dan perniagaan, yang mana yang kalian pilih?

Jalan dah ada, tinggal diri kita sahaja nak pilih dan ikut jalan yang mana.

Artikel menarik untuk anda:

Kisah Inspirasi

Kisah Inspirasi

Ini adalah satu kisah seorang insan kental sepejabatku. Semasa mendengar kisah beliau. Aku teringat akan pesanan seorang bapa saudaraku. Bukan senang untuk…... Baca selanjutnya »

Dunia Terbalik

Dunia Terbalik

Ramai pernah menjadi seorang peniaga. Mahupun online ataupun offline. Aku ingin berkongsi pengalaman menjadi seorang peniaga. Tapi dah lama…... Baca selanjutnya »

“Maaf tak boleh bawak makanan luar cik. “

“Maaf tak boleh bawak makanan luar cik. “

Apit seorang jejaka tampan berpandangan jauh. Hari ini beliau duduk di salah satu restoran terkemuka yang mempunyai banyak cawangan seluruh Malaysia. Apit…... Baca selanjutnya »

Kerana Setitik Nila

Kerana Setitik Nila

Pagi yang sangat tenang, kedengaran bunyi-bunyi moto kapcai ke hulur ke hilir tapi tak bising seperti di kota. Penduduk yang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: Bebas, Belajar, Cakap, Ceria, Diri, Full time, Gaji, Kelebihan, Kelwbih, kerja, kerja makan gaji, kerja separuh masa, kerja sepenuh masa, Lapang, Lebih, Life changing company, Makan gaji, masa, Negatif, Part time, Tambah, Tambah baik

Previous Post: « “Abang ni dah kenapa?”
Next Post: Layak ke kau cakap dengan aku? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme