• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Kau Suka Aku?

Kau Suka Aku?

4 January 2020 by ybbaby Leave a Comment

Semalam dah kenal. Hari ini sembang lagi. Tiba-tiba mula timbul rasa suka pulak. Asyik teringat je. Mula lah hari hari nak jumpa. Ye lah, kalau tak jumpa rasa macam tak sempurna hidup. Mula lah, mandi tak basah. tidur tak lena. WEY! itu bercinta! Masa sekolah dan masa belajar dulu mesti korang ada rasa macam ni kan?

Eh bukan masa dulu je! Sekarang pun rasa tau! Dengan isteri lah, kau ingat aku ada orang lain? Cis! Aku baik tau! Dah la baik, setia pulak tu. Haa! Apasal nak cerita pasal aku pulak ni. Haha! Ni nama dia masuk bakul angkat sendiri! Haha! Tak kisah lah! aku positif dengan diri aku. Korang? hik hik!

Haa, baca ni aku nak cerita ni. Kita ada yang bekerja, ada yang berniaga. Setiap aktiviti ada proses dia, sama lah dalam mencari rezeki. Ada proses dia. Cepat lambat, banyak atau sikit yang penting jangan fikir. Usaha je. Okay?

Proses

  • Proses jualan ni, dia akan berulang balik. Eh yeke? dah jual, dah la, nak ulang apa pulak? Sabar lah, nanti aku cerita lah. ni baru cerita macam mana nak bagi suka dah nak tau macam mana nak ulang. Sabar! hik hik!

Dalam perniagaan, benda yang penting adalah dapatkan jualan betul? Siapa setuju say I! Ramai orang ingat nak dapatkan jualan tu, terus pergi cari pembeli dan orang beli. Betul. Tapi kenapa ada orang buat, separuh jalan je? Sebab kata dah cuba jual, orang tak beli pun. Tak jadi pun. Ah fedup!

Sebab jualan ni ada proses dia. Apa kau ingat buat simen kat kilang je ada proses? Nak jual simen pun ada proses tahu!

Untuk sesuatu jalan berlaku, ada langkah dia. salah satu langkah dia, SUKA! Haa salah satu proses yang korang kena lalu jugak kot mana pun. Tak nak lalu sudah. Aku beritahu ni proses. Bukan suruh buat.

Sedar tak sedar korang lalu juga proses. Cuma kadang-kadang bila korang tengah dalam keadaan buntu kenapa jualan korang buat tu tak jadi. Haa ini antara bahagian yang korang boleh cek balik. Aku tak suka kau! Sebab tu lah aku aku tak beli! Haa nampak tak? Salah satu orang beli sebab orang SUKA DENGAN KAU!

Tiada rahsia

  • Alam semesta ini sangat misteri. Dia umpama….aku pun tak tau nak cakap apa lagi. Tapi sebab aku nampak gambar ni cantik. Aku suka gambar ni. Aku letak la gambar ni. Boleh? hahah!

Jadi macam mana nak bagi orang suka kita tu? Kena jadi kacak bergaya? Kena jadi cantik? Kena manis mulut? Kena tunjuk terer? Kena jadi kelakar? Tak payah pening-pening. Takda ramuan yang spesifik. Rahsia dia korang jadi diri korang. Dan niat di hati nak orang suka korang.

Contoh, lepas korang dah mula tegur orang. Korang tegur dengan soalan-soalan macam dalam artikel aku semalam. Haa tak baca lagi? Nah, klik link ni. Kau Kenal Aku. Permulaan perbualan macam yang aku cerita semalam, kebanyakan orang pasti jawab!

Bila dah jawab, jangan korang senyap pulak, balas la balik. Ikut flow korang, bila dah berbalas perbualan, secara tak langsung orang tu dah timbul rasa suka dengan korang. Bukan suka nak jadi girlpren atau boipren lah! Suka untuk terus bersembang lagi. Paham?

Sabar, jangan jual lagi.

  • Sabar, sebelum naik bas, kena beratur, sama macam jualan, sabar. Ikut step dia. Tapi ni naik kapal terbang. Eh suka hati aku la nak letak bas ke kapal terbang. Hik hik!

Selalunya pada awal perkenalan atau perbualan ni, korang jangan jual apa-apa. jual ja, aku berani jamin, terus lari. haha! Sebab aku dah kena! hik hik! So korang sembang je, bila lama-lama korang buat, korang akan dapat rentak untuk dapat tarik orang tu bertanyakan soalan cepu emas kat korang!

Selalunya soalan cepu emas mesti macam ni :

  • Kerja mana bang?
  • Buat apa sekarang ni bang?
  • Akak buat apa sekarang?
  • Awak kerja ke?

Aku dapat soalan ni, punya lah seronok! Ye lah, orang tanya kita, kita pulak memang berniaga, apa lagi, masa ni lah mula nak menggoreng! Hah! goreng apa? Goreng ikan lah! Jangan la lurus sangat. Nak goreng orang tu lah apa lagi! Bila dah goreng baru la senang nak minta nombor telefon.

Leads

  • Haa kalau berani, pergi la tegur penguine tu! Tengok dia suka dengan kau ke tidak? Hik hik!

Haa dah dapat leads! Ni leads yang korang dah tegur tau, yang korang dah bina hubungan awal. Jadi senang untuk follow up nanti. Jap! Leads tu apa? Leads tu prospek, prospek tu orang yang bakal jadi pelanggan korang la. Pelanggan? Yela, korang menjual kan? So korang perlukan prospek yang ramai.

Dari prospek, dapat leads yang berkualiti. Dapat follow up, kena follow up tau! Baru la dapat closed. Tadaaa…Dah jadi customer atau pelanggan korang. Jangan tak follow up. Korang tak follow up memang bye bye la korang. Haha!

Dapat sesuatu?

Semoga membantu korang yang tengah jem, kenapa tak dapat closed prospek lagi. Ini salah satu bahagian yang korang boleh tengok balik.

Tapi kadang-kadang, korang dah follow up pun masih tak closed. Apasal eh? Ada la sebab dia. Haa itu aku cerita next entri. Sebab itu bab yang lain. Okaylah, cukup membebel untuk hari ni. Esok pulak aku tulis.

So, kau suka aku tak?

Artikel menarik untuk anda:

Buntu? Ni cara mudah untuk dapatkan leads.

Buntu? Ni cara mudah untuk dapatkan leads.

Sekarang ni kau dah tau basic untuk dapatkan sales. Sekarang aku akan cerita dekat kau cara awal jika kau tak dapat nak…... Baca selanjutnya »

Kau Percaya aku?

Kau Percaya aku?

Dengan penuh yakin, kawan aku tanya melalui aplikasi whatsapp. Muka macam Hafiz Syuib. Awan Nano. Beliau minta gambar kahwin yang…... Baca selanjutnya »

Penerangan 7 sales Cycle.

Penerangan 7 sales Cycle.

Aku nak tanya kau sekarang. Macam mana kau closed customer kau? Ha? Kau pun tak tahu? Kan semalam aku dah cerita pasal…... Baca selanjutnya »

Kata boleh. Kau tahu tak sebenarnya?

Kata boleh. Kau tahu tak sebenarnya?

Ah! Memang lah tak jadi. Kau kata dengan aku, kau nak duit yang banyak. Tapi apa yang kau buat ni? Main belasah…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Perniagaan Tagged With: bisness, idea berniaga, leads, macam mana nak dapatkan leads, pengalaman berniaga, penguine, Perniagaan, proses jualan, rahsia, sabar separuh dari iman, Suka, tips bisness, tips jualan, tips perniagaan

Previous Post: « Kau kenal aku?
Next Post: Kau Percaya aku? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme