Aku adalah peminat tegar komik marvel. Memang tak miss tengok setiap episode marvel. Dari Captain America sehinggalah Captain Marvel yang terkini. Tak sabar nak tunggu Avengers : Endgame April ini. Tapi pasti ramai tengok filem sahaja. Ada yang nak baca buku atau komik Marvel tak?
Mana nak dapat novel atau komik Marvel ni? Aku pernah nampak kat Kinokuniya KLCC. Tapi ada satu lagi kedai buku aku nampak ada jual. Yang bestnya kedai buku ni lain sikit dari yang lain. Design dia agak lain dan buku buku yang dia ada tu memang rare.
Kedai Buku
Nama kedai buku ini ialah Book Xcess. Lokasi terletak di Tamarind Square, Cyberjaya. Berdekatan dengan Village Grocer. Kalau dari luar dah boleh nampak logo dia besar-besar macam dalam gambar di bawah.
Susunan dalam kedai buku ini agak menarik. Konsep mood yang digunakan membuatkan pengunjung terus rasa nak membaca. Bila kita masuk pun rasa tak nak keluar. Dalam Book Xcess juga ada cafe.
Pernah sekali aku pegi dengan anak aku Balqis. Dia merengek nak makan ketika aku sedang belek-belek buku. Dalam hati, masa ni juga la nak makan, tadi dah makan. Yang benarnya aku tahu yang Balqis saja nak tarik perhatian aku. Nasib baik ada cafe dalam kedai ni. Tak perlu keluar turun cari makanan kat bawah.
Mari kita tengok gambar di bawah.
Antara yang unik, kedai buku ini mempunyai koleksi frame berkonsepkan artistik dari watak-watak filem popular dan ikon-ikon dunia. Bagi yang minat mengumpul, Book Xcess antara kedai yang boleh menambahkan lagi koleksi anda.
Bagi peminat Marvel dan DC juga boleh dapatkan koleksi komik grafik yang menjadi pujaan hati anda. Dari watak Batman dari DC sehinggalah watak dan cerita dari Marvel boleh dilihat disini.
Ruang membaca juga sangat tenang, nak buat rujukan pun tidak ada masalah. Mentelaah sehingga ke lewat pagi pun boleh sebab kedai ini beroperasi 24 jam.
Untuk ruang expo ini sangat menarik perhatian aku sebab ia memaparkan skrip asli yang ditulis untuk filem Sepet. Siapa belum tengok boleh tengok sebab antara filem tempatan yang lain dari yang lain. Kepada yang nak tengok contoh skrip filem, boleh rujuk kat sini.
Jadi jika anda ada ke Cyberjaya, singgah lah kedai buku ini, anda pasti teruja bila ada dalam kedai ini. Waktu bila pun boleh. 24 jam kan buka. Ada bahagian untuk kanak-kanak. Tiada masalah jika bawa budak-budak. Dari segi harga juga berpatutan.
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply