Hari ini berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Kerana kekangan kereta disebabkan tayar pancit aku tidak ke pejabat dengan kereta. Oleh kerana tidak mahu anakku terlepas sekolah dan isteriku tidak hadir ke pejabat, aku telah buat keputusan untuk naik grab bersama anak isteriku.
Selesai hantar anak dan isteriku, aku terus ke Putrajaya Sentral, dari Putrajay Sentral, aku naik ERL, kemudian LRT Star. Dulu panggil LRT Star, sekarang LRT laluan Sentul Timur dan macam-macam nama laluan. Aku tak ingat.
Kenangan
Bila naik LRT ni aku teringat waktu zaman aku sekolah menengah. Duduk di Gombak dan menyertai kelas tuisyen di Pasar Seni. Kasturi nama tempat tuisyen tu. Aku ingat lagi pada zaman tu kalau naik LRT kebanyakkan orang menikmati pemandangan luar, baca buku atau surat khabar.
Tapi pada hari ini. Hampir 90% kepala tunduk seperti bertafakur dan berdoa. Tapi sebenarnya mengadap telefon bimbit masing-masing. 5% sedang termenung atau lihat luar, mungkin bateri habis. Lagi 5% terlelap. Kelihatan kepenatan.
Kadang-kadang aku terfikir, baru telefon pintar hari ini dah menakluk hampir 80% dari hidupan harian kita. Macam mana pula dengan masa akan datang, apa yang lebih canggih akan mengganti telefon pintar?
Zaman berubah
Kalau dulu, ada juga senyum bertegur sapa dan sebagainya. Tapi sekarang tiada lagi interaksi di antara satu sama lain. Semua sibuk dengan hal masing-masing. Bila tren brek masa berhenti. Tanpa pegang apa-apa, masing boleh imbang. Kalau dulu, yang nak tergolek pun ada. Haha!
Apa pun, hati-hati kawan kawan. Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Pantang leka sikit, ada saja mata memerhati. Berwaspada dengan keadaan sekeliling ya. Malang tidak berbau!
Semoga kita semua sentiasa dilindungi-Nya.
Leave a Reply