• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Kerana Setitik Nila

Kerana Setitik Nila

31 March 2019 by ybbaby Leave a Comment

Pagi yang sangat tenang, kedengaran bunyi-bunyi moto kapcai ke hulur ke hilir tapi tak bising seperti di kota. Penduduk yang bertegur di antara satu sama lain. Warga emas bersama pemuda duduk bersembang di kedai kopi sambil menikmati sarapan. Jauh dari kesibukkan kota, aku rasa sangat tenang dan harmoni.

Ya begitu lah keadaan di Felda Palong, Negeri Sembilan. Atas urusan kerja aku kena datang Felda Palong ini. Bersebelahan meja aku ada satu meja dengan 3 orang pakcik sedang berbual. Tiba-tiba datang seorang pemuda duduk bersama mereka. Aku kira, dia juga penduduk situ kerana semakin rancak perbualan mereka.

Peristiwa

Sedang mereka ralit bersembang, datang seorang jurujual, aku lihat dia seperti bukan dari kawasan palong. Mula dengan bagi salam dan pakcik-pakcik semua menjawab dengan ikhlas berhemah, tapi tidak pemuda tadi. Pemuda tadi menenung jurujual tersebut dengan tajam. Kalau ada pedang atau parang entah-entah dah ditikamnya kepada jurujual tersebut.

Renungan

Pakcik-pakcik itu menolak apa yang diperkenalkan oleh jurujual tersebut tapi dengan cara yang sangat berhemah akan tetapi jurujual tersebut juga dengan berhemah memberi jawapan demi jawapan kepada setiap penolakan yang dibuat. Hebat teknik yang digunakan.

Tidak semena-mena pemuda yang merenung tajam tadi terus bangun, mengherdik dan menghina jurujual tersebut. Tapi jurujual itu tetap tenang. Hinaan dan makian bertalu-talu jurujual terbabit terus senyum dengan tenang. Satu persatu makian yang berbunyi soalan dijawabnya dengan tenang.

Setelah penat, pemuda itu terus berlalu tanpa menghiraukan semua orang disitu. Aku pelik. kenapa perlu diherdik? Perlu dimaki? Perlu dihina? Di kota juga situasi yang sama, pasti ada yang memaki hamun jurujual-jurujual yang mencari rezeki halal.

Habis susu sebelanga

Ya, tak dinafikan, ada yang menyamar sebagai jurujual untuk melakukan jenayah. Aku juga mengecam mereka ini. Tapi kadang-kadang tengoklah keadaan dahulu sebelum menghina kalau ya pun atau tak perlu hina, tolak dengan cara baik pun dah memadai.

Pernah aku terdengar di pasar raya, seorang bapa menasihati anaknya yang berumur linkungan 8-12 tahun “tengok tu, da besar jangan jadi macam diorang ni” sambil berjalan dengan memakai tag bank terkemuka di dunia. Apakah kerja beliau sangat baik sehingga boleh kata orang sebegitu rupa?

Ke mana hala tuju kita?

Hanya kerana segelintir yang melakukan jenayah ini, habis semua jurujual dipersalahkan. Kerana setitik nila, habis susu sebelanga. Tapi kenapa jurujual yang kecil-kecil ini selalu dipandang serong? Kenapa jurujual dalam golongan elit tidak dipandang serong? Silap-silap mereka lagi main duit.

Kita semua adalah jurujual

Kawan-kawan sekalian, kita semua dilahirkan sebagai seorang jurujual. Tetapi aku berani kata semua tak setuju, kenapa? Sebab mereka akan menjawab yang mereka bekerjaya, bekerja di pejabat, dapat gaji besar. Apa yang mereka jual? Mereka kan jurutera? Cikgu? Polis? Professor? Banker? Mereka bukan menjual apa-apa pun.

Jurujual

Ya benar mereka tidak menjual apa-apa, tapi hakikatnya mereka sedang menjual masa mereka 8 jam sehari untuk bekerja di pejabat masing-masing. Itu belum yang memberi masa percuma mereka dengan menyelesaikan kerja masing sehingga ke lewat malam.

Jika dibahagi dengan 8 jam dalam sebulan itu, Berapakah nilai mereka ini? Tidaklah aku menghina sesiapa atau mengaitkan sesiapa, cuma aku pernah berada dalam dua-dua situasi, jurujual 8 jam dan 24 jam. Tinggal hanya nak pilih kebebasan masa bekerja atau tidak. Ia adalah hak masing-masing.

Keluarga Bahagia

Mereka yang memilih untuk menjadi jurujual 24 jam, Mereka tidak mengira masa lagi, kebebasan masa adalah hak mereka untuk bersama keluarga dan mereka mengira apa yang mereka usahakan kerana itulah yang akan menjadi penentu untuk pendapatan mereka.

Artikel menarik untuk anda:

Masa Yang Berkualiti

Masa Yang Berkualiti

Mataku tepat menuju ke skrin tv. Skrin tv sedang mainkan filem seram yang dibuka oleh isteriku. Mataku memang tepat ke…... Baca selanjutnya »

Duit gaji asyik tak cukup je!

Duit gaji asyik tak cukup je!

Seringkali kita dengar masalah ini di kalangan rakan – rakan atau teman sepejabat. Malah aku juga tidak terkecuali dari masalah…... Baca selanjutnya »

Aku Juara

Aku Juara

Aku juara pada hari ini, aku rasa aku telah mencapai sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup aku, terima kasih pada…... Baca selanjutnya »

Berkarya adalah subjektif

Berkarya adalah subjektif

Berkarya adalah subjektif. Ia tiada garisan panduan, ia datang dari hati. Ramai yang keliru bila nak berkarya kena ada idea,…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: hala tuju, hina, jangan hina jurujual, jurujual, kebebasan masa, keluarga, kerek, kerja, kerja separuh masa, kerja sepenuh masa, ketenangan, masa, masa bersama keluarga, pekerjaan, pemuda, tenang

Previous Post: « Seorang Pencuci Kereta
Next Post: Duit gaji asyik tak cukup je! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme