Ya, tak dinafikan, kau akan membunuh jika kau kerja sales. Aku pasti kau tak kuat dan kau tak boleh tahan. Kau mesti akan bunuh segala benda-benda negatif dalam diri kau untuk pergi lebih jauh dan untuk ke level seterusnya dalam hidup.
Baik hari ni aku nak kongsikan kat mana nak guna segala teknik yang aku kongsikan sebelum ni. Sebenarnya boleh je kau nak aplikasikan kat mana-mana sebab basic dia untuk bina hubungan dan berkenalan dengan lebih ramai orang.
Cuma kita selalunya tak kisah dengan orang keliling kita zaman sekarang ni. Tak macam zaman dulu. Kalau duduk rumah kondominium lagi lah susah nak berkenalan. Akhirnya kita akan berhubungan balik dengan kawan-kawan lama.
Networking
Jadi bulatan orang keliling kita tak besar. Jadi perbesarkan lah bulatan masing-masing. Untuk bina jaringan perhubungan yang lebih besar. Fuyo lain macam ayat. Networking lah maksud aku. Haha! Baik. Berbalik pada teknik-teknik yang aku kongsikan sebelum ni.
Hampir kesemuanya guna pada kerjaya sales!
Yang kerja sales mesti faham. Kerja sales ni tak mudah, tak glamor, tapi kau boleh tentukan berapa banyak yang kau nak. Maaf aku tidak la kata kerja bergaji tak best atau tetap berapa nak bulan-bulan. Ada yang dapat tetapkan gaji masing-masing. Tapi aku tak tau tentang tu.
Yang aku tahu kalau kerja bergaji, kau dah kena ikat masa kau hari-hari. Baik, kerja sales ni memang naik turun. Tapi kau sendiri yang tentukan naik turun tu. Andai kata sales tak masuk. Kau akan kaji balik kat mana kesilapan kau. Kekurangan kau. Ni la yang kau akan bunuh nanti. Bunuh tau! Jangan biar dalam diri kau!
Baiki diri
Kau dah upgrade diri, dah tambah ilmu tapi masih tak dapat sales. Mesti kau buntu. Kau mula lah mencari dan memperbetulkan hubungan kau dengan alam. Orang keliling kau, keluarga kau, rakan kau dan jiwa kau sendiri.
Dengan kerjaya sales, kau akan lebih mencari diri kau, lebih menjaga tingkah laku kau, kerana berapa yang kau dapat atas usaha kau berkait rapat dengan watak dan tingkah laku kau. Kau bukan hanya sekadar kerja. Tapi kau membina diri kau dan sentiasa memperbaiki apa yang tidak kena.
Bunuh dan terus bunuh segala kelemahan kau!
Banyak cara
Kerja sales memang tak mudah, ada yang pilih secara offline, pergi ketuk pintu ke pintu rumah, kedai ke kedai, buka tapak dan direct approach. Tak kenal erti penat lelah tetap usaha.
Ada yang pilih jalan online, nampak mudah bukan? Tapi kekuatan mental sangat diuji dengan perkara-perkara teknikal, nak bina hubungan dengan pelanggan lebih panjang, nak dapatkan kepercayaan tanpa berjumpa depan-depan, namun tetap usaha.
Nilai
Kenapa masih ada yang bekerja bidang ni walaupun kebanyakkannya kata susah? Ya, salah satunya komisyen yang lumayan andai usaha bersungguh-sungguh. Yang utama sebenarnya nilai yang kau akan dapat ketika bekerja dalam bidang sales ni yang sangat berharga dan tak boleh dapat dimana-mana.
Kau dapat kenal ramai orang,
Kau sentiasa upgrade diri kau dengan ilmu baru,
Kau lebih berdikari menyusun masa sendiri,
Kau lebih berkerja keras,
Kau lebih menjaga hubungan kau dengan Tuhan,
Kau lebih menjaga hubungan dengan keluarga,
Kau sentiasa menjaga kewangan kau…
Banyak lagi yang tak dapat aku nak senaraikan semua. Tapi setelah kau bekerja dalam bidang sales, susah payah usaha kau mendapatkan sales, baru kau akan sedar satu benda, ketika kau susah, ketika tak da siapa nak tolong kau…
Insan luar biasa
Insan biasa akan menyalahkan dan menunding jari pada orang lain, sebab tak tolong, tak perihatin dan sebagainya. Tapi jika kau dah faham nilai dalam kerja sales ni, kau takkan salahkan sesiapa, kau akan salahkan diri kau sendiri. Kau adalah insan luar biasa.
Tapi, dengan salah diri kau itulah yang akan buat kau bangkit untuk bekerja dengan lebih keras dan tidak kira apa jua keadaan, apa jua rintangan, kau akan langgar semua untuk dapatkan sales kau. Sebab kau adalah pejuang kehidupan yang sebenar!
Jika dilihat dari sudut berbeza, kerjaya sales adalah satu tahap yang lain dimana kau tidak lagi terikat dengan masa kerja 8 jam sehari. Kau ada 24 jam sehari, apa kau nak buat dengan masa yang kau ada ni? Persoalanya, adakah kau bersedia?
Begitulah kerja sales. Sentiasa membunuh!
Ada yang berminat untuk bunuh segala sifat negatif dalam diri? Boleh email terus ke mhafizhamid@gmail.com atau klik link ni untuk terus wasap. Whatsapp YB!
Setuju. Kena pandai uruskan diri sendiri terlebih dahulu. Andai kata bahagian ni kita boleh kawal, insha Allah cara kerja yang lebih efektif boleh diusahakan.
Betul tu sabri! Terima kasih sudi membaca nukilan ini.