Seorang rakan sekerja bertanya padaku “Piz, makan jom?”. Aku lihat jam di telefon, jam menunjukkan pukul 12 tengahari. terus balas “Bolehlah, jom!” sambungku. Lepas makan terus ke masjid untuk solat jumaat. Dalam perjalanan ke masjid, aku lalu dibeberapa warung, ada satu yang menarik perhatian aku. Warung Cendol! Balik kang, pekena cendol layan ni.
Aku pun terus ke masjid. Air wudhu dah siap ambil di pejabat tadi. Jadi senang lah terus masuk je ke masjid. Jangan terkentut sudah. Haha! Azan pun berkumandang. Makin ramai orang datang ke masjid memenuhi ruang masjid. Khutbah pun dimulakan.
Khutbah Jumaat
Tajuk Khutbah pada hari ini adalah Pengguna dapat bersama meningkatkan keselamatan jalan raya. Sejak kebelakangan ini banyak kemalangan berlaku di jalan raya. Dari kemalangan ringan sehinggalah kemalangan jiwa. Ada yang bawa kereta elok dan berhemah menjadi mangsa pelanggaran dari kenderaan lain. Ada yang membawa secara merbahaya.
Ini semua adalah kerana sikap pemandu itu sendiri. Apabila berada di atas jalan raya harus adanya sikap toleransi di kalangan pemandu dan pembonceng motosikal. Ini tidak, seringkali kita lihat, masing-masing nak salahkan antara satu sama lain. Kereta salahkan moto, moto salahkan kereta.
Malang tidak berbau
Keadaan ini tak harusnya berlaku kerana akan menjurus ke kejadian yang tak dingini. Kalau dah ada satu kejadian yang hampir berlaku kemalangan, sudahlah, jangan dikejar lagi kononnya nak marah atau nak membalas semula. Ianya takkan mendatangkan apa-apa keuntungan malah akan mengundang bahaya yang tidak kita sangka.
Cara pemanduan juga kena tengok balik. Nak tuka lorong atau nak masuk simpang, silalah bagi signal. Jangan main masuk saja, tengok dulu sebab kita tak sedar atau tak nampak kereta dan moto yang berada di blindspot cermin sisi. Janganlah ego kerana, turunkan ego ketiga memandu boleh menyelamatkan nyawa orang lain.
Kerana ego juga boleh meragut nyawa yang tidak bersalah. Patuhi lah peraturan jalan raya, memandu lah secara berhemah dan beri laluan kepada mereka yang lebih hadapan dari kita. Segalanya bermula dari kita sendiri.
Semoga Bermanfaat.
Leave a Reply