• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Kisah Ramadhan waktu aku kecil

Kisah Ramadhan waktu aku kecil

4 May 2019 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku ingin kongsi satu kisah pada waktu aku kecil dahulu. Kalian semua pasti ada satu kejadian yang tidak akan dilupakan bukan. Ini adalah antara kisah yang aku tidak dapat lupakan. Kenapa? Sebab berlaku pada bulan Ramadhan. Ramadhan pun dah nak tiba.

Lusa dah puasa. Apa yang buat aku sangat teruja adalah Solat Tarawikh. Punya lah seronok dulu bila setiap kali Ramadhan tiba, sebab dapat keluar malam nak pergi solat tarawikh. Pergi juga tunaikan solat tarawikh, tapi lepas solat tak terus balik. Haa, waktu ni lah macam-macam aktiviti dibuatnya.

Aktiviti

Tapi tak lah buat benda-benda yang salah. Banyak aktiviti yang menggunakan tenaga, salah satu main kejar-kejar- polis dan pencuri, lumba lari dan panjat pokok walaupun malam. Masa tu gelanggang futsal takda lagi. Kalau ada pasti dah main kat situ.

Masa sebelum keluar rumah pakai baju dua lapis. Luar baju melayu dalam baju untuk main. Bila balik memang dah buka, tapi setiap kali balik rumah mesti berpeluh-peluh. Selalu mesti lepas dari mak sebab balik je, terus masuk bilik air, mandi. Ayah aku balik kerja lewat, pukul 2 3 pagi baru balik.

Hebat

Sentiasa lepas, kita ingat kita hebat, sehingga suatu hari aku keluar dengan basikal ke masjid. Seperti biasa, solat dahulu dan balik dari masjid nak ke padang dulu macam biasa. Tapi malam itu lain sikit. Naik basikal kan. Dari masjid nak ke surau jalan menurun. Maka aku dengan hati yang gembira bawak basikal dan meluncur laju tanpa mengayuh.

Dan aku buat gaya superman. Fuh punya seronok lah dalam hati, sampai aku tak perasan ada bonggol. Entah macam mana aku langgar bonggol aku hilang kawalan dan langgar bahu jalan dan tercampak dalam longkang. Kemudian aku tak sedar apa.

Baru tahu langit tinggi rendah

Sedar-sedar aku tengah menangis dan ada orang tanya rumah kat mana. Aku tak ingat. Orang itu minta aku tulis nombor telefon rumah. Masa itu telefon bimbit tak digunakan lagi. Orang itu bagi aku pensel dan kertas. Ajaibnya aku ingat nombor telefon rumah.

Orang itu telefon mak aku, dalam 10 minit mak aku sampai. Rupanya lokasi selang 2 lorong dari rumah aku. Sampai je rumah, ingat mak aku nak rawat aku, kena sebat dengan penyangkut baju sudah, haha. Haa, itu lah ingat hebat sangat, akhirnya disebat dengan penyangkut baju. Aku ingat dah settle.

Rupanya time sahur esok kena bedal dengan ayah aku pulak. Hahaha! Tapi sangat berkesan cara itu, sebab esok-esoknya, lepas je tarawikh. Aku terus balik. Kalau ada kawan ajak main pun, aku jawab ada kerja sekolah. Haha! Padahal dah takut nak kena bedal lagi.

Itulah kejadian masa bulan Ramadhan yang aku tak boleh lupakan.

Selamat Berpuasa semua!

Artikel menarik untuk anda:

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Hari Kedua Bersahur

Hari Kedua Bersahur

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Harini merupakan hari kedua bersahur dalam bulan Ramadhan, kepada yang tidak tahu, bersahur adalah waktu untuk…... Baca selanjutnya »

Anakku Balqis

Anakku Balqis

Aku lihat isteriku sedang menyapu lantai, bahagian demi bahagian disapunya. Terkumpul habuk-habuk di satu tempat. Anak aku pula sedang bermain…... Baca selanjutnya »

Hari pertama puasa 2019

Hari pertama puasa 2019

Hari ini adalah hari pertama berpuasa. Tidak ada apa perubahan, perasaan seperti biasa gembira kerana dalam bulan puasa dapat peluang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: bulan ramadhan, kanak-kanak, naik basikal, pengalaman, pengalaman tak boleh dilupakan, puasa, sahur

Previous Post: « Apa perbezaan full frame dan crop sensor camera?
Next Post: Pes masakan ketika bulan puasa »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme