• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Kisah Tembikar

Kisah Tembikar

21 August 2020 by ybbaby Leave a Comment

Assalamualaikum dan selamat pagi! Kau dah sarapan ke belum? Kalau bel-

kof! kof! kof!

Eh semalam dah vakum dah, ada lagi habuk ni. Ish ish.

Masalah betul la habuk ni.

(bukak tingkap luas-luas) tala kipas ke luar. Haa biar habuk semua kena sedut dengan kipas tu. Boleh juga kan? ah lantak la!

Ok sambung, kalau belum sarapan, baik pergi sarapan dulu, tak baik skip sarapan. Tak elok. Hehe.

Harini Yb nak kongsikan satu cerita yang diceritakan oleh sahabat Yb, kisah tembikar tanah liat. Kau tahukan tembikar atau pasu yang diperbuat dari tanah liat kan? Ni macam gambar bawah ni.

Tembikar!

Kumpulan

Berganding bahu dalam 1 pasukan!

Ok, cerita dia macam ni. Ada satu kajian dibuat di salah sebuah negara dalam dunia ni. Ada 2 kumpulan yang terdiri daripada 25 orang setiap kumpulan. Kumpulan A dan Kumpulan B.

Tugas kumpulan A, kena buat sebanyak mungkin tembikar dalam masa 5 hari. Tugas Kumpulan B kena buat tembikar secantik yang boleh dalam masa 5 hari.

Haa, faham kan? satu kena buat sebanyak mungkin satu kena buat secantik yang mungkin atau se “perfect” yang mungkin.

Cabaran

Yearghhh!

Maka bermulalah cabaran kedua kumpulan ni. Siang malam diorang buat kerja. Dari hari pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Tamat sudah tempoh yang diberikan.

Persoalannya di sini kau rasa yang kumpulan mana yang dapat tembikar paling “perfect” sekali?

Kumpulan A atau kumpulan B?

.

.

.

Kumpulan B! Yeke?

.

.

.

Salah! Jawapan dia KUMPULAN A!

Eh asal lak kumpulan A! Kan kumpulan B yang kena buat secantik mungkin?

Kenapa kumpulan A??

Eh kenapaaaaa pulaa????

Sabar….ada penjelasan dia.

Ok macam ni, kumpulan B terlalu nak cantikkan tembikar sampai dah keliru, eh ok ke tak ni? Macam tak cantik je.

Kumpulan A pula, hari pertama buat, buruk, hari kedua buat dah okay sikit, hari ketiga makin okay, lepas tu okay dan hari kelima dah “perfect”!

Kenapa jadi macam tu? Sebab kumpulan A terus mula dan buat. Memang mula-mula tak cantik, tapi terus buat dan buat, lama-lama jadi cantik. Yang kumpulan B pula masih duk ubah dan ubah untuk bagi cantik betul akhirnya tak siap pun dan sama je rupa dengan kumpulan A waktu hari pertama dan kedua.

Terus mula dan buat!

Jangan tunggu the perfect time. Mula je terus!

Kesimpulan kat sini, kalau kita nak mulakan sesuatu, kerja ke, side income ke, tak perlu nak tunggu terlalu lama atau nak permulaan yang perfect.

Terus mula! Jangan fikir-fikir lagi. Permulaan pertama mesti ada je yang tak kena.

Bayi nak mula bertatih pun terjatuh dulu kan?

Dapat sesuatu?

Begitulah…

Semoga bermanfaat!

Artikel menarik untuk anda:

Tak nak sudah!

Tak nak sudah!

Dah la kalau tak nak! Tangan duk raba-raba atas tilam. Uihh lembutnya tilam…... Baca selanjutnya »

Kisah Inspirasi

Kisah Inspirasi

Ini adalah satu kisah seorang insan kental sepejabatku. Semasa mendengar kisah beliau. Aku teringat akan pesanan seorang bapa saudaraku. Bukan senang untuk…... Baca selanjutnya »

Kisah Penjual Kerepek

Kisah Penjual Kerepek

Hari ini agak berbeza dari hari sebelum ini. Aku ke pejabat dengan isteriku, tapi bukan di Kuala Lumpur, di Kota…... Baca selanjutnya »

Kisah Ramadhan waktu aku kecil

Kisah Ramadhan waktu aku kecil

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini aku ingin kongsi satu kisah pada waktu aku kecil dahulu. Kalian semua pasti ada…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: cabaran, cara nak mula, cerita, coway, jalan terus, kerja makan gaji, kerja sepenuh masa, Kisah mencabar, kisah motivasi, kumpulan, motivasi bila down, mula, sempurna, tanah liat, tembikar

Previous Post: « Salam Maal Hijrah
Next Post: Tak nak sudah! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme