• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / “Maaf tak boleh bawak makanan luar cik. “

“Maaf tak boleh bawak makanan luar cik. “

11 June 2019 by ybbaby Leave a Comment

Apit seorang jejaka tampan berpandangan jauh. Hari ini beliau duduk di salah satu restoran terkemuka yang mempunyai banyak cawangan seluruh Malaysia. Apit menjalankan perniagaan sendiri.

Jadi beliau boleh beroperasi dari mana-mana yang beliau suka. Komputer riba sudah dibuka, telefon bimbit sudah bersedia untuk membuat panggilan. Tiba-tiba.

Jurujual dimana-mana

“Abang, mau jam? Jam ada, tali pinggang ada, beg duit ada.” kata seorang penjual jalanan kepada Apit. Apit hanya mengangkat tapak tangan sambil senyum. Penjual itu pun berlalu.

Masuk seorang jejaka tidak kurang tampan, “Woi, tak tunggu aku, camni la.” sambil meletakkan beg, perkakas dan air bubble tea yang dibeli tadi berhadapan dengan Apit.

“Apa benda kau ni pidot. Aku baru sampai tunggu kau la!” balas Apit.

“Alah, relax lah, jangan marah aku gurau je.” sahabat Apit membalas tuduhan keras Apit ke atas beliau.

Makanan luar tak boleh bawak masuk.

Pidot baru sahaja nak labuhkan punggung, “Maaf cik, makanan luar tak boleh bawak masuk dalam ni.” satu suara halus dari seorang pelayan yang comel. Mungkin kerana Apit dan Pidot segak, pelayan itu agak malu-malu menegur.

“Owh takpa. Hazelnut Latte, Nasi lemak ayam, meggie goreng dan juga nasi kandar lauk ayam satu ya, makan sini.” Apit bersuara.

Pelayan itu hanya berdiri kaku. Nak tulis, tapi terhenti seketika, mungkin kerana terkejut dengan permintaan Apit.

“Kejap lagi ada lagi 2 orang nak datang.” Apit melontarkan sstu senyuman. Terus pelayan tersebut menulis dan beredar.

“Mak oi… Siapa nak…” belum sempat Pidot menghabiskan ayat.

“Jangan banyak cakap, cepat keluarkan list nombor telefon, kita call satu-satu.” tegas Apit pada Pidot.

“Baik boss” jawab Pidot spontan.

Mula kerja

Mereka berdua pun mula membuat panggilan telefon. Satu persatu nombor telefon di dialnya. Perniagaan apa yang dibuat pun tak tahu.

Mereka telah mencecah nombor ke 70 masing-masing. Sedar tak sedar hari pun dah gelap. Makanan sampai pun tak sedar. Apit keletihan, beliau berhenti buat panggilan. Beliau terus makan tanpa berkata apa-apa dengan Pidot.

Tidak putus asa

Pidot tidak putus asa, bagi beliau, pasti ada hasil kalau beliau teruskan usaha. Beliau teruskan panggilan.

“Dah dah la tu, makan ni pastu balik, takda dah tu” kata Apit sudah putus asa.

“Kau sabar jap. Aku dapat jualan jap lagi. Aku makan semua makanan ni.” kata Pidot semakin semangat.

Sampai nombor ke 78. “Haa saya memang tengah cari. Boleh. Saya nak, apa diperlukan?” bunyi suara dalam telefon.

Jualan berlangsung

Tersenyum lebar Pidot. Terus berurusan dalam telefon, membawa ke aplikasi whatsapp. Dapat satu jualan. Sikap tidak putus asa yang padu dari Pidot menyebabkan beliau dapat hasil.

Selesai urusan dengan pelanggan dalam telefon tadi. Pidot terus mengemas barang dan menghabiskan bubble tea tadi, beliau terus bangun.

“Oi, nak pegi mana?” soalan dari Apit.

“Balik” jawab Pidot ringkas.

“Ni sapa nak makan?” soal Apit lagi.

“Kau makan lah, ok bye!” jawab Pidot kemudian terus berlari keluar.

Kecewa dalam gembira

Apit kecewa, Apit memanggil pelayan yang tersipu malu tadi untuk bungkus semua makanan, tiba-tiba apit dapat satu idea.

“Awak, jom sertai pasukan jualan saya.” sambil memberi senyuman yang sangat manis.

Pelayan tersebut membalas senyuman Apit.

“Awak jual apa?” tanya pelayan tersebut tersipu malu.

Tanya lagi? Akhirnya Apit mendapat seorang pelapis yang baru.

Artikel menarik untuk anda:

Bukan Mamak Biasa

Bukan Mamak Biasa

Mamak memang tidak asing lagi dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Setiap kali aku pergi ke mamak, pasti aku dapat berbilang…... Baca selanjutnya »

Kerana Setitik Nila

Kerana Setitik Nila

Pagi yang sangat tenang, kedengaran bunyi-bunyi moto kapcai ke hulur ke hilir tapi tak bising seperti di kota. Penduduk yang…... Baca selanjutnya »

Satu Permulaan

Satu Permulaan

Ada satu kisah tentang seorang pelajar bernama Ali (bukan nama sebenar) yang pandai dalam pelajaran. Beliau merupakan pelajar pintar dan sangat aktif….... Baca selanjutnya »

Kisah Penjual Kerepek

Kisah Penjual Kerepek

Hari ini agak berbeza dari hari sebelum ini. Aku ke pejabat dengan isteriku, tapi bukan di Kuala Lumpur, di Kota…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: Air minuman, Berkawan, Cawangan, Hebat, jurujual, kerja, Kerjasama, kisah jurujual, mencari rezeki, Panggilan telefon, Pelanggan, Pelapis, Pelayan restoran, Perniagaan, Restoran terkemuka

Previous Post: « Ombak datang! Lari!
Next Post: Salam yang tidak bersahut »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme