• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Perniagaan / Macam mana nak buat target planning?

Macam mana nak buat target planning?

20 January 2020 by ybbaby Leave a Comment

Haii, Assalamualaikum semua. Apa khabar? Sihat ka? Harap sihat belaka. Kau mesti pernah main sukan kan? Tak kira lah sukan apa pun, bola ke, tennis ke, badminton ke, bowling ke…mesti korang dah target berapa kau nak score betul? Ke kau main bedal je. Haha!

Kalau main secara serius macam Nicole David main squash, aku pasti kau mesti dah set target, strategi dan sebagainya. Tapi kalau kau tak target macam mana kau nak tahu macam mana nak buat betul?

Sama lah macam dalam sales. Aku pernah cerita sebelum ni, sebelum kau pilih jalan mana, cara mana nak guna untuk dapatkan sales, kau mesti tahu apa kau nak. Kalau kau tak tahu apa kau nak, kau pun tak tahu kenapa kau buat sales.

Target Planning

Macam kau makan, kenapa kau nak makan? Sebab kau tahu kau lapar, dan secara spesifik kau sendiri tahu berapa banyak kau nak makan dan berapa banyak makanan yang kau perlu dan kat mana nak dapatkan makanan tu. Haa lain macam kan. Macam cerita CSI pulak kan. Kau minat CSI? Kita geng! Haha!

Tapi basically macam tulah, kau dah tahu apa kau nak. Tapi sekarang, bila kau dah tahu apa kau nak, macam mana kau target pulak? Meh aku sharekan. Kau nak target berdasarkan S.M.A.R.T! Ah, apa pulak ni. Terowong smart ke? Relax…bukan terowong smart. Maksud dia :

  • S Spesifik
  • M Measurable
  • A Attainable
  • R Relevant
  • T Timeline

Haa, Ni lah dia. Takpa, aku terangkan satu persatu.

Spesifik

Gambar Hiasan

Spesifik lah, kau nak berapa ribu bulan tu? Berapa banyak unit kau nak jual bulan tu? Berapa banyak servis kau nak bagi pada orang? Kenapa kau nak banyak tu? Jangan letak target, aku nak duit banyak-banyak bulan ni. Haa memang lepas tu kau jem. Ingat, Spesifik!

Measurable

Measurable ni maksudnya, boleh dikira. Kau dah spesifik, tapi pastikan boleh dikira. Contoh, aku nak 20k bulan ni! Tapi kau sendiri tak tau macam mana nak capai, berapa banyak aktiviti kena buat, kau pening, tapi kau buat jugak, buat-buat tak dapat. Kau give up. Haa jangan.

Pastikan setiap apa kau target tu boleh dikira dari semua sudut, masa, bajet, jarak dan sebagainya.

Attainable

Gambar hiasan

Attainable ni bermaksud target kau boleh dicapai. Tengok balik, kalau target kau tu, nak buat bangunan setinggi KLCC, macam tak tercapai je, melainkan kau adalah pakar dalam bidang arkitek. Haa tu mungkin, itu pun planning kau kena detail macam apa aku pun tak tahu. Silap plan roboh.

So buatlah target yang boleh dicapai berdasarkan kemampuan kau.

Relevant

Relevant ni bermaksud target yang berkaitan dengan tujuan asal kau tadi. Apa yang kau NAK pada awal tadi. Jangan lah kau target nak ubah ekonomi keluarga kau, tiba-tiba target kau nak sampai ke bulan. Kan lari tu. Balik pada apa kau NAK pada awal tadi. Maka perjalanan kau untuk capai target akan lebih lancar.

Timeline

Gambar Hiasan

Timeline ni ialah jangka masa yang kau sendiri tentukan. Contoh kau nak 50k, kau target setahun. Jadi bulan-bulan kau dah bahagi dan tahu berapa banyak kau perlu dapat. Contoh bulan-bulan kau perlu 4.5k. Haa kat sini baru kau boleh plan cara kerja untuk dapat 4.5k bulanan.

Berapa prospek kau perlukan, berapa banyak ratio kau nak close, berapa unit sales kau perlukan untuk capai target kau, berapa banyak masa perlu kau luangkan hari-hari. Ini semua akan terjawab dengan mudah bila kau dah ada target kau yang jelas.

Jadi kau tahu dalam masa 12 bulan, kau akan dapat target yang kau nak tadi.

Semoga bermanfaat!

Jika ada soalan boleh email ke mhafizhamid@gmail.com, tinggalkan komen dibawah atau terus klik “wasap” ni, jom kita sembang lebih detail.

Artikel menarik untuk anda:

Sales process. Macam mana nak buat?

Sales process. Macam mana nak buat?

Baiklah, kau dah tahu macam mana nak bina hubungan. Dah tahu macam mana nak mulakan perbualan atau cara nak tegur bakal pelanggan….... Baca selanjutnya »

Kata boleh. Kau tahu tak sebenarnya?

Kata boleh. Kau tahu tak sebenarnya?

Ah! Memang lah tak jadi. Kau kata dengan aku, kau nak duit yang banyak. Tapi apa yang kau buat ni? Main belasah…... Baca selanjutnya »

Kau buat la kawan. CRM!

Kau buat la kawan. CRM!

Fuh, beberapa hari tak menulis. Banyak kerja perlu diselesaikan, asal nak tulis waktu malam, tetido lah apa lah. Ah tu semua alasan….... Baca selanjutnya »

Penerangan 7 sales Cycle.

Penerangan 7 sales Cycle.

Aku nak tanya kau sekarang. Macam mana kau closed customer kau? Ha? Kau pun tak tahu? Kan semalam aku dah cerita pasal…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Perniagaan Tagged With: jurujual, kerja coway, kerja sales, kerja separuh masa, kerja sepenuh masa, kisah jurujual, sales, sales target, tips buat sale, tips jualan, Tips kerjaya sales, tips perniagaan, Tips sales

Previous Post: « Kau nak offline atau online?
Next Post: Dah buat. GAGAL. Tak nak buat dah la. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme