• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Mana pergi ilham nak menulis?

Mana pergi ilham nak menulis?

3 June 2019 by ybbaby 1 Comment

Yb nak menulis tapi mood tak sampai lagi. Jenuh Yb fikir kenapa tak sampai lagi. Adakah kerana seharian bekerja? Tidak mungkin. Sebelum ni pernah je, tapi masih mampu menulis. Yb cuba berfikir lagi tapi tidak dapat.

Yb lupakan pasal menulis, cuba mencari ilham tapi tidak dapat. Lantas, yb mula buka sosial media, lihat facebook, instagram namun masih tiada idea. Sehingga tiba-tiba ada rakan seperjuangan mula bertanyakan soalan dalam group.

Mencari

Mencari dan terus mencari.
Mencari dan terus mencari

Yb jawab secara spontan, perbualan semakin rancak dan dalam masa yang sama Yb sedang bersembang dengan tulang rusuk kiri Yb. Perbualan dwi komunikasi berlaku dalam masa lebih kurang 30 minit, sehingga Yb terkeluar soalan, “Apa nak tulis ni? Nak tulis pun mood takda”.

Rakan mengatakan, “haa tu jadi tajuk la kejap lagi tu.” Ya, terima kasih rakan seperjuangan, memang ini akan jadi tajuk. Terima kasih kepada tulang rusuk kiri kerana intipati perbualan buat Yb nak menulis sesuatu untuk dikongsikan bersama kalian.

Ilham tiba

Ilham tiba akhirnya.
Ilham tiba akhirnya.

Sepanjang Yb mencari ilham menulis Yb asyik bersama telefon bimbit. Jadi apa persamaan kita dengan telefon bimbit ini? Yb terdetik perkara ini apabila menyedari yang kita sudah berada di hujung Ramadhan. Sedikit sebanyak terasa sedih dengan pemergian Ramadhan.

Apa yang Yb terfikir adalah, persamaan kita dengan telefon adalah dari segi bateri. Bateri telefon kalau lemah boleh dicas dan akan penuh semula. Tapi bagaimanapula kita? Berapa peratus bateri kita tinggal?

Muhasabah

Muhasabah diri
Muhasabah diri

Mati itu pasti dan boleh datang pada bila-bila masa. Ajal dan maut bukan di tangan kita. Tapi jika dilihat dari sudut sains, ambil contoh jangka hayat manusia purata adalah 80 tahun. Jika baru lahir bateri masih 100%, tapi kita?

Sudah cukup kah amalan kita? Sudah selesaikah tanggungjawab kita di dunia ini? Sudah tercapaikah matlamat hidup kita?

Doa untuk semua

Doa untuk semua.
Doa untuk semua.

Di sini Yb ingin berdoa untuk kita semua kepada Tuhan. Ya Tuhan, kau adalah Maha Pemurah, Maha Mengasihani, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Ampunkan lah kami jika kami melakukan kerosakan dan kemusnahan di bumi-Mu ya Tuhan.

Kami adalah hamba-Mu yang lemah Ya Tuhan. Ya Tuhan, kami memohon keampunan dari-Mu, memohon perlindungan-Mu, memohaon petunjuk-Mu untuk terus mengharungi hidup di bumi-Mu ya Tuhanku.

Panjangkanlah umur kami ya Tuhan agar dapat kami selesaikan tanggungjawab kami ke atas bumi-Mu dan kehidupan kami ya Tuhan. Sesungguhnya Kau maha mengetahui.

Ramadhan pergi

Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang.
Semoga kita semua dapat bertemu Ramadhan akan datang.

Terasa sedih di hati, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita, sesungguhnya Yb akan merindui Ramadhan kerana percaya atau tidak, Ramadhan adalah bulan yang paling tenang dan bulan yang boleh memberi 101 peratus fokus kepada apa saja perkara yang kita nak buat.

Ya, Yb menyesal ada ibadah yang tertinggal. Tapi Yb sentiasa berubah ke arah yang lebih baik. Yb doakan kita akan sentiasa dirahmati dan berubah untuk menjadi lebih baik. Tidak kira kalian berlainan bangsa, berlainan agama, kita semua tetap umat manusia.

Datang terus dari hati seorang Pelukis Memori.

Artikel menarik untuk anda:

Matlamat

Matlamat

Pengenalan Sejak dahulu lagi, penulisan merupakan antara cara paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej dan mempunyai…... Baca selanjutnya »

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Dari surat khabar mana ni?

Dari surat khabar mana ni?

Aku selalu dapat soalan ni hanya kerana aku pegang kamera dslr di bahuku. “Bukan dari mana-mana pakcik, seronok ambil gambar…... Baca selanjutnya »

Nak shoot yang mana satu?

Nak shoot yang mana satu?

Bermula dengan soalan nak pakai camera mana eh bagus? Aku dah explain secara ringkas tentang 3 serangkai pada posting sebelum…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan Tagged With: apa nak buat lagi, hidup, Ilham, Jangka hayat manusia, Mati itu pasti, Mencari ilham, Mencari kekurangan diri, mencari rezeki, menulis, Muhasabah diri, Ramadhan pergi meninggalkan kita, Sayangi diri, Umat manusia

Previous Post: « Tips mulakan perjalanan pulang ke kampung.
Next Post: Lemang padu Lemang Kurr! »

Reader Interactions

Comments

  1. Sabrijati

    4 June 2019 at 12:14 am

    Semoga kita peroleh kejayaan bukan sahaja di dunia malahan di akhirat kelak. Amin ya rabbal aalamin.
    Sabrijati recently posted…ANTARA KAU DAN AKUMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme