2020 ni tahun baru dan banyak pengalaman baru yang bakal ditempuhi. Si kecil dah masuk ke pra sekolah. Masa pegi orientasi sebelum ni. Dah bayar yuran RM40. Ingat ada lagi. Itu sahaja. Alhamdulillah.
Dari pagi Balqis dah siap-siap. Punya lah excited nak pegi sekolah. “Ayah! Harini Balqis nak pegi big school!” Happy sangat ni. Ok takpa. Kita ikutkan dia. Siap-siap pakai baju putih, seluar putih dan tudung. Alhamdulillah nak pakai tudung. Balqis sesi petang. Waktu 1pm sampai 5pm.
Dah siap jalan sampai kereta pun happy je. Turun kereta kat sekolah pun dah ramai orang. Balqis tak bawak beg. Sebab ibu dia tanya cikgu, hari pertama tak perlu bawak apa2. Tapi kasut dah label. Bukan apa, senang nak kenal. Hihi.
Masuk Kelas
Masa nak jalan ke kelas. Balqis yang tarik tangan Ayah. Amboi. Seronok betul ni. Ok takpa. Kita tengok sampai mana dia tahan. Macam ayah dia dulu. Hari pertama cool je. Relax tak nangis pun. Sebab mak cikgu sekolah sama juga! Haha.
Sampai depan kelas. Cikgu beritahu. Bukak kasut susun kat rak. Dah hampir separuh kelas penuh. Balqis pun masuk. Pusing tengok ibu ayah, muka dah berubah. Hehe, nak tewas dah ni. Dah mula mencebik. Tak sempat ambil gambar.
Mana taknya, cikgu tutup grill. Macam masuk penjara Alcatraz ja. Tinggal nak ada bunyi buzzer bila tutup. TEETTTT. Nasib baik takda. Haha. Kalau ada elok juga. Cikgu pun tak boleh ngulat. Haha!
Setengah Jam
Ayah ibu terus beredar. Cikgu dia kata, kalau ada masalah dia akan call dalam masa setengah jam. Kalau lepas setengah jam. Kira ok lah. Baikk. Alhamdulillah lepas setengah jam tak call dah. Haa ok lah tu. Gambar bawah, sebelum dan selepas sekolah. Haha!
Tepat jam 5 petang. Ayah ibu ambil Balqis. Serabai dah. Sengih je. Haha. Seronok nampak. Balqis bawak file. Cikgu bagi katanya. Dalam file tu ada satu helaian perlu diisi oleh ibu bapa. Ada bahagian yang perlu diisi oleh doktor/jururawat.
Borang
Haa yang tu nanti ada jururawat/doktor datang sekolah isi. Bukan ibu bapa bawak pergi klinik atau hospital. Ada bahagian yg perlu diisi ibu bapa berdasarkan buku kesihatan anak, yang warna merah tu. Haa rujuk rekod tu.
Buku tu ada rekod imunisasi yang anak kita pernah ambil sejak kecil dulu. Kalau hilang tak sure pula macam mana. Boleh rujuk hospital mungkin? Takpa nanti aku cari macam mana proses kalau hilang. Aku cerita nanti.
Ni Balqis dah tak sabar nak pergi sekolah besok. Punyalah seronok dia. Sabar ye Balqis. Esok pergi sekolah. Oh ya. Sesi petang hari Jumaat untuk Pra Sekolah 2pm sampai 6pm. Ni sekolah cyberjaya. Rasa sama. Boleh rujuk cikgu kelas anak masing-masing ya.
Semoga terhibur dan bermanfaat!
Leave a Reply