• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Photography / Nak shoot yang mana satu?

Nak shoot yang mana satu?

19 March 2019 by ybbaby 6 Comments

Bermula dengan soalan nak pakai camera mana eh bagus? Aku dah explain secara ringkas tentang 3 serangkai pada posting sebelum ni. Dah faham yang itu baru boleh tengok gambar apa yang nak diambil.

Jenis gambar yang boleh diambil adalah seperti:

  • Sport photography
  • Potrait photography
  • Street photography
  • Night photography
  • Landscape photography
  • Product photography
  • Astro photography

Sport photography

Sport photography dengar mudah tapi agak mencabar kerana anda memerlukan kamera yang laju dan lense yang berkebolehan untuk zoom dengan jauh.

Antara lense yang jauh ada seperti 70-300mm. Antara cabaran yang dihadapi jika cahaya tidak mencukupi. Seperti ambil gambar pada waktu malam. Ini adalah kerana zoom lense tidak mempunyai aperture yang besar. Jadi akan bergantung pada ISO pada body camera.

Kesukaran untuk dapatkan gambar yang sharp pada waktu malam adalah cabaran yang paling tinggi kerana masalah gambar blur akan banyak berlaku.

Setting yang anda perlukan adalah shutter yang laju, aperture yang besar dan ISO yang tinggi tanpa noise(bintik pada gambar) yang banyak. Ada gambar yang memang disengajakan background blur untuk nampak unik.

Potrait photography

Potrait photography lebih kepada gambar orang. Contoh gambar model. Disini cabaran yang besar akan dihadapi adalah teknik cahaya yang akan digunakan untuk mendapatkan emosi yang kita nak.

Penggunaan speed light atau light box sangat main peranan. Sama ada cahaya artificial dari speed light atau studio lighting atau natural light adalah faktor yang tinggi dalam potrait photography.

Street photography

Street photography lebih kepada gambar travel di mana kota sedang berjalan dalam bandar, kampung atau pekan kecil. Gambar environment yang betul-betul menggunakan natural lighting.

Cabaran dalam street photography adalah saiz camera yang dibawa. Pada setengah individu, mereka lebih suka camera yang compact berbanding Dslr yang gedabak. Disini kamera dari telefon pintar juga boleh digunakan.

Tapi apa yang menarik tentang street photography ialah anda akan banyak berinteraksi dengan orang di kawasan tersebut. Disini boleh latih skill public relation kita kerana banyak akan deal dengan total stranger.

Setting diperlukan bergantung kepada keadaan cahaya ketika gambar di ambil. Setting 3 serangkai lebih mudah pada siang hari tapi pada malam pula agak mencabar. Cubalah!

Night photography

Night photography adalah gambar pada waktu malam atau gambar yang kurang cahaya. Cabaran utama adalah cahaya yang kurang. Kena guna shutter yang perlahan menjadi cabaran yang tinggi untuk dapatkan gambar yang sharp.

Tripod antara peralatan yang sangat membantu pada waktu malam. Tapi ada teknik yang boleh digunakan untuk dapatkan gambar yang unik iaitu light trail. Kita boleh lukis mengunakan cahaya pada waktu malam!

Shutter yang perlahan, kamera statik di atas tripod dan gunakan cahaya yang bergerak untuk dapatkan light trail. Boleh guna kreatif masing-masing untuk buat gambar ni.

Landscape photography

Landscape photography lebih kepada gambar pemandangan. Dengar juga seperti mudah tapi bergantu pada komposisi yang akan kita gunakan. Foreground, middleground dan background. Penggunaan grid dalam camera sangat memainkan peranan yang tinggi.

HDR

Tripod juga mungkin diperlukan andai kita nak buat gambar HDR (high dynamic range). HDR memerlukan 3 ke 9 gambar yang sama tapi berbeza exposure(gelap ke terang) untuk menghasilkan 1 gambar. Lagi banyak gambar lagi bagus.

Kemudian semua gambar ini akan digabungkan menjadi 1 gambar di mana, bahagian yang gelap akan terang dan bahagian yang terang akan dibalance kan.

Ini adalah cara manual. Kebanyakan kamera dan telefon bimbit terkini, semua dah setting secara automatik. Dimana camera akan terus ambil 3 ke 9 gambar dan terus gabungkan. Tapi kita tak dapat nak adjust ikut kehendak kita.

Jadi aku lebih suka ambil secara manual sebab boleh adjust ikut yang aku suka! Anda pula bagaimana?

Product photography

Product photography lebih kurang seperti potrait cuma berbeza dari segi subjek iaitu gambar produk seperti pakaian, alat make up, makanan, kenderaan dan macam-macam lagi. Nampak mudah kan? Tapi ada cabaran juga terutama lighting yang akan digunakan.

Kebanyakan gambar product diambil di studio. Ada juga di luar bergantung pada apa yang kita nak. Nampak tak? Bukan bergantung pada kamera tapi kita sebagai jurugambar!

Salah satu cabaran dalam product photography yang berbeza dari yang lain adalah kreatif kita. Apakah props yang akan dipakai? Bagaimana keadaan gambar yg kita nak, background apa yang kita nak? Kadang-kadang fikir nak pakai props apa pun ambil masa dan boleh jem!

Tripod sangat membantu dalam product photography!

Astro Photography

Haa yang ni yang paling aku minat sebab sangat mencabar. Tapi hasil yang akan dapat buat kita cukup puas hati. Astro photography adalah gambar langit pada waktu malam. Uniknya Astro photography ia adalah kombinasi landscape dan night photography.

Percaya tak dengan astro photo kita boleh nampak Milkyway atau Bima sakti di angkasa! Untuk dapatkan waktu dan lokasi yang tepat juga boleh gunakan aplikasi Sun Surveyor di google apps store. Tak pasti apple apps store ada ke tidak. Aku tak pakai apple. Boleh cek ya.

Cabaran astro photo ini memang tinggi kerana 1 gambar yang nak dapat satu gambar kena cuba setting yang berbeza dan mengambil masa 1 ke 5 minit lebih kurang. Lokasi pula kalau boleh jauh dari bandar dan bulan kerana untuk elakkan light polution.

Kita perlukan tempat yang total darkness. Tempat yang sesuai mungkin di bukit, gunung atau tepi pantai. Dinasihatkan pergi berkumpulan. Boleh makan masa 1 hingga 3 jam ya untuk ambil gambar ni. Untuk gambar astro, Tripod memang diperlukan.

Kalau tidak ada tripod boleh letak camera di atas sesuatu yang tidak akan bergerak atau bergegar. Cuba lah!

Yang mana idaman kalbu?

Jadi setting dah tahu, nak ambil gambar apa boleh pilih ikut cita rasa masing-masing. Boleh jadi hobi atau gunakan gambar-gambar yang di ambil dan jual. Cuba ambil gambar semua jenis tapi bermula dengan waktu siang.

Ini adalah kerana, setiap keadaan berbeza-beza dan apa yang mata kita nampak juga berbeza.

Selamat mengambil gambar!

Artikel menarik untuk anda:

Konsert

Konsert

Sepanjang jadi photographer, ada satu event yang sangat aku suka. Konsert. Kenapa konsert? Kerana antara tempat yang mencabar untuk shoot. Kenapa mencabar?…... Baca selanjutnya »

Product Photography

Product Photography

Aku ingin berkongsi pengalaman dengan kalian semua salah satu jenis photography yang pernah aku shoot dulu. Product photography. Product photography…... Baca selanjutnya »

Dari surat khabar mana ni?

Dari surat khabar mana ni?

Aku selalu dapat soalan ni hanya kerana aku pegang kamera dslr di bahuku. “Bukan dari mana-mana pakcik, seronok ambil gambar…... Baca selanjutnya »

Persediaan sebelum shoot event.

Persediaan sebelum shoot event.

Setiap kali ada event atau apa-apa majlis untuk shoot, pasti kita kena bersedia dengan segala kelengkapan. Tak kira pergi berkumpulan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Photography Tagged With: Ambil gambar, bima sakti, bintang, gambar, gambar langit, gambar makanan, gambar malam, gambar orang, gambar pemandangan, gambar studio, gambar sukan, jenis jenis gambar, Kamera, kamera dslr, langit, low light, malam, sukan, teknik ambil gambar

Previous Post: « Dari surat khabar mana ni?
Next Post: Jiwa Yang Besar »

Reader Interactions

Comments

  1. Alpetito

    19 March 2019 at 6:23 pm

    Terbaik ni YB, rasa mcm nak main camera balik ni untuk blogging.
    Alpetito recently posted…Apa beza Ketam Batu dan Ketam Nipah?My Profile

    Reply
    • ybbaby

      20 March 2019 at 12:05 am

      Kita kena pegi outing street photo la skali baru layan…guna henpon pun ok…on x on?

      Reply
  2. nazri hamid

    24 March 2019 at 7:38 pm

    terbaik terox gambar! Pls tunjuk ajar sifooo!

    Reply
    • ybbaby

      24 March 2019 at 11:52 pm

      Haha, banyak lagi yang power, benda ni kena buat praktikal. Jom pegi outing, shoot, nak? Siapa lagi nak pegi. mari.

      Reply
  3. wedding ideas

    2 January 2020 at 11:44 am

    Excellent post. I was checking constantly this blog and I am impressed!
    Extremely helpful information particularly the final phase :
    ) I care for such info much. I used to be seeking this certain info for a long time.
    Thank you and good luck.
    wedding ideas recently posted…wedding ideasMy Profile

    Reply
    • ybbaby

      2 January 2020 at 8:50 pm

      Thanks!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme