“Aku risaulah Sya, Zaim dah 3 tahun tapi tak bercakap pun lagi” keluh Ina seorang ibu tunggal yang bekerja sendiri kepada rakan karibnya Syazila. Ina mempunyai seorang anak. Ditinggalkan suaminya mempunyai perempuan lain.
“Ina, jangan kau risau…” belum sempat Syazila habiskan ayat. “Eh hai guyss!” teguran paling ceria dari Mastura. Dengan berlenggang kasut setebal batu bata, beliau terus duduk di meja bersama Ina dan Syazila.
Ina dan Syazila memandang antara satu sama lain dan mengangkat kening tanda layan saja lah. Mereka bertiga sebenarnya satu tempat kerja, tapi kebanyakan orang tak berapa sukakan Mastura kerana mulut longkang seluas sungai gombak.
Cari Pasal
“You dah kenapa Ina? I tengok muka you ni macam jin berak kapur je.” selamba Mastura menegur Ina.
“Eh kau dah kenapa? Mana ada jin berak kapur, ayam adalah!” Syazila membalas. Ina hanya mendiamkan diri sambil menikmati minuman Hazelnut Coklat.
Syazila terus berkata, “Yang kau nak sibuk-sibuk ni kenapa? Per…” sekali lagi kata-kata Syazila dipotong tapi kali ini bukan dengan Mastura tapi Ina, “takpa Sya.” kata Ina lembut.
Ina memandang Mastura, “aku risau anak aku Mastura, dah 3 tahun tapi masih tak bercakap.”
“Oh cacat lah tu!“ Selamba je Mastura balas. Ina tersentap, tapi Ina hanya senyum, walau dalam hati beliau hanya Tuhan yang tahu. Keyakinan diri beliau jatuh sejak beliau bercerai.
Hati mula panas
“Woi Mastura, sebelum cawan ni masuk dalam mulut kau, biji mata kau lebam sebab kasut batu bata kau, baik kau belah! Sekarang!” kata Syazila dengan keadaan muka dah merah padam dan tangan menggigil.
“Chill la guys, dah la, malas I layan U all ni, buang masa je” kata Mastura bangun dan berlalu pergi. “Eh, kau yang buang masa kau sendiri mangkuk.” kata Syazila secara spontan.
Ina masih lagi menghirup Hazelnut Coklat, “kau ni Ina, jangan lah lembut sangat, kau kena lawan balik.” sambung Syazila.
Tiba-tiba air mata Ina mengalir jatuh. “Aku cu…cuma..ri..risaukan Zaim je Sya, aku tak kisah dah orang lain. Sejak Mail tinggalkan aku, aku tak fikir diri aku dah, aku fikir Zaim je.” kata Ina sambil mengelap air mata.
Sedih dan Risau
Hati ibu mana yang tak risau bila anak kecil diperkatakan sedemikian, hati ibu mana tak sedih anak masih kecil tapi ditinggalkan suami.
“Ina, kau jangan risau tentang anak kau, anak aku 4 tahun baru boleh bercakap, lain budak lain keadaan dia, tak sama. Lepas tu kau tak boleh macam ni, memang kau fikir anak kau. Tapi diri kau pun kau kena fikir.” nasihat Syazila.
“Kau kena kuat untuk anak kau, kalau kau tak kuat macam mana kau nak risau kat anak kau betul tak?” soal Syazila pada Ina.
Muka Ina nampak berfikir secara aktif. “Dah sekarang ni, kau tak payah fikir banyak, kau tumpu stablekan diri kau dulu.” kata Syazila.
Semangat kembali
“Ok Sya, baru aku semangat sikit.” kata Ina. “Pasal anak kau tu, kau bercakap je dengan dia selalu, dia akan respon nanti, ini pakar kanak-kanak cakap kat aku.” balas Syazila pada Ina.
“Terima kasih Sya, aku nak berhenti kerja, nak cari kerja lain.” kata Ina serius.
“Hah? Berhenti? Kau nak cari kerja yang macam mana lagi, ni dah elok dah?” kata Syazila hairan.
“New Environment, kerja yang flexible, yang boleh bawak anak aku sekali.” kata Ina penuh yakin.
“Ha? Ada ke?” soal Syazila lagi. “Ada, aku dah jumpa dah pun” kata Ina sambil senyum lebar.
“Kat mana? Aku nak join juga!” kata Syazila teruja. “Adalah, nanti aku beritahu kau.” jawab Ina.
Mereka pun bangun dan jalan keluar, tiba-tiba telefon Ina berdering. Ina tengok telefon dan menjawab.
“Helo Assalamualaikum.” jawab Ina lembut. Kedengaran suara seperti seorang lelaki maskulin, “Waalaikumsalam, ini Puan Salina ke?”
Siapa Lelaki Maskulin
“Ya saya. Ini Yb ya?” tanya Ina. “Eh Puan ingat lagi saya, hehe, ok macam ni puan, puan tanya pasal kerja tu kan? Besok boleh datang pejabat dalam pukul 11 pagi?” tanya lelaki maskulin tadi.
“Boleh! Dekat mana tu Yb?” tanya Ina lebih teruja. “Dekat Cheras puan, nanti saya share location ya” jelas lelaki maskulin itu.
“Okay, terima kasih Yb!”, jawab Ina. Panggilan diakhiri dengan salam.
“Aku tak kira, besok aku nak ikut kau!” kata Syazila keras. Ketawa kecil Ina dan bertanya, “Dah kenapa, kau bukan happy sangat ke kerja kat sini?” tanya Ina.
“Kalau dah ada kerja flexible macam kau cakap, boleh bawa anak sekali, aku pun nak!” kata Syazila.
“JOM!”
Leave a Reply