Orang lalu lalang, satu persatu ditegur, ada yang memberi respon, ada yang tidak, ada yang hanya senyum, ada yang memberi muka tegak dan ada yang hanya menunjuk tapak tangan berwarna putih.
Keluar masuk bank dengan tergesa-gesa, baru keluarkan duit untuk pergi membeli belah mungkin. Ada yang muka kerisauan mungkin kerana simpanan telah berkurang. Macam-macam ragam orang disini.
Berkongsi rezeki
Ada satu lagi pasukan jurujual sedang berjuang nasib demi rezki untuk keluarga. Yb bertegur sapa dengan mereka. Alhamdulillah disambut baik. Rezeki masing-masing jadi buat apa nak bermusuhan.
Setelah bertegur sapa, perbualan diteruskan, semakin lama semakin rancak. Lama kelamaan, perbualan menjurus ke sesi memujuk untuk sertai pasukan jualan mereka. Peperangan psikologi telah bermula.
Hormat menghormati
Apa saja yang diterangkan dan diberi pencerahan, Yb mendengar dengan teliti. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Strategi disusun untuk menarik perhatian ke arah pasukan jualan.
Apa yang menarik perhatian. Hormat menghormati di antara satu sama lain. Beliau sangat menghormati perniagaan masing-masing. Tidak seperti segelintir yang Yb temui sebelum ini.
Ombak membadai pantai
Hanya menceritakan keburukan pihak lain. Bagaimana pelanggan nak yakin dengan kita. Keburukan yang diceritakan pula seperti ombak laut yang besar membadai pantai. Orang di pantai semua pun lari bertebaran.
Sangat kerugian disitu, jadi berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan kepada orang. Ke mana saja yang kita pergi, kita membawa imej keluarga dan kerja kita.
Orang pandang siapa kita berdasarkan penampilan kita, jadi jagalah penampilan dan imej kita.
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply