Sedang aku buat kerja, aku terlelap, bangun dapat satu mesej dari sepupu. Seorang pakcikkuntelah meninggal dunia. Allahuakhbar, baru raya tempoh hari aku bertemu dengannya. Sihat walafiat tiada tanda-tanda sakit. Senyuman ikhlas dengan pelukan mesra tiada apa-apa tanda yang mencurigakan.
Sehari selepas raya beliau masuk ke ICU kerana sakit. Tapi alhamdulillah beransur pulih. Setiap permulaan pasti ada pengakhiran. Ajal dan maut, jodoh dan pertemuan semua di tangan-Nya. Sesempurna mana pun perancangan manusia, hanya Dia yang menentukan.
Berita
Pagi ini telah dikejutkan dengan pemergianNya walaupun dia telah ditempatkan di wad biasa dari wad kritikal. Sampai aku di masjid. Suasana hiba mengiring semua tetamu yang hadir bagi memberikan penghormatan yang terakhir.
Sampai di tanah perkuburan, aku terlewat kerana salah tempat, tapi dari apa yang diceritakan oleh sepupuku, muka arwah hanya senyum dari waktu mandi lagi. Baru teringat akan kisah semasa beliau hidup.
Tidak bermusuh dengan orsng sekeliling malah sentiasa senyum kepada semua orang. Walau apa pun kesusahan yang dilalui, beliau sentiasa senyum. Sentiasa menjaga keluarganya. Sentiasa menjaga ibu beliau yang sudah uzur.
Sepanjang aku bertemu dengan arwah, tidak pernah nampak dari raut wajah beliau wajah yang bermasalah. Hanya tenang dan penuh dengan senyuman.
Tenanglah disana
Cik Din, tenanglah disana, saya doakan Cik Din dirahmati dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.
Sentiasa lah senyum dengan orang sekeliling. Hindari bermusuhan dengan orang lain. Jika ada yang selisih faham segeralah selesaikan. Tidak ada guna bermusuhan dengan orang lain.
Jagalah ibu bapa, jagalah anak isteri.
Semoga kita semua dirahmati-Nya.
Leave a Reply