• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Kehidupan / Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

Pengorbanan Seorang Anggota Polis Trafik

22 April 2019 by ybbaby Leave a Comment

Selesai mengenakan pakaian, Zakwan (bukan nama sebenar) keluar dari bilik tidurnya disapa oleh isterinya Sofea (bukan nama sebenar).

“Abang minum dulu bang.”

“Okay sayang.” balas Zakwan, sambil lihat jam hampir jam 630. Itu kalau awal pagi, waktu kerja tak menentu, kadang pagi, kadang petang. Bergantung pada waktu bertugas.

Selesai sarapan, Zakwan bingkas bangun dan bersuara.

“Abang dah lambat, abang pegi dulu ye sayang. Elok-elok duduk rumah dengan anak. Petang abang balik ya.”

“Ok abang, abang elok-elok, jaga diri tu, saya doakan abang selamat pergi dan selamat pulang petang nanti.” Kata Sofea sambil salam dan cium tangan suaminya.

Begitulah setiap hari, Sofea sentiasa risaukan tentang keselamatan suaminya sebagai seorang Anggota Polis Trafik di ibukota. Sofea sedar akan risiko yang ditanggung suaminya setiap hari berdepan dengan lalu lintas, kenderaan yang laju dan macam-macam lagi yang sentiasa bermain di fikirannya.

Polis trafik mengawal lalu lintas.
Sumber mypt3.com

Demi Tugas

Sofea hanya mampu berdoa kepada yang Esa supaya menjaga dan melindungi suaminya dari kemalangan yang tidak diingini. Saban hari mendengar berita dari media sosial tentang kemalangan melibatkan anggota polis sangat merisaukannya.

Polis trafik mengawal lalu lintas di pagi hari.

Inilah keadaan kebanyakkan insan yang mengambil keputusan mulia sebagai anggota keselamatan negara terutama polis trafik. Kita sebagai rakyat marhaen sentiasa mengomel dan merungut apabila menghadapi kesesakan lalu lintas. Selain daripada tanggapan tentang kemalangan jalan raya, mesti akan muncul soalan, “mana polis ni?”, “patut time ni dah jaga, ni dah jem.”, “polis takda plak, lepak lagi lagi, nak buat status marah polis”.

Mereka juga rakyat biasa, mereka juga adalah seorang ayah, seorang suami, seorang anak yang sentiasa dinanti oleh orang yang tersayang. Tidak adillah untuk kita menghukumi mereka dengan kata-kata sesat ketika menjalankan tugas. Ya, kalian semua lambat, tapi ingat, kalau tiada mereka, bukan kah akan lebih lambat?

Pengorbanan

Itu belum hari perayaan. Ya anggota polis trafik terdiri dari semua kaum. Ada yang berkorban menjaga lalu lintas ketika hari perayaan yang sepatutnya bersama kaum keluarga masing-masing. Jadi di situasi ini, ikut sajalah arahan polis trafik jangan lah ada yang pertikaikan.

Kehadiran polis trafik mengawal keadaan lalu lintas.
Sumber Utusan Malaysia

Terima kasih kepada PDRM, kalian merupakan insan yang terpilih yang memperjuangkan keselamatan awam. Tidak mampu kami membalas jasa budi kalian, hanya doa yang dapat kami panjatkan. Semoga kalian dan keluarga sentiasa dilindungiNya.



Artikel menarik untuk anda:

Malang tidak berbau

Malang tidak berbau

Setelah selesai kerja aku di Booth Giant Pandan Indah semalam. Aku mengemas peralatan aku lalu aku terus berjalan ke kereta….... Baca selanjutnya »

Polis dan pencuri

Polis dan pencuri

Ramadhan akan tiba dalam masa 28 hari lebih kurang. Bulan yang aku ternanti-nanti. Memang benar bulan yang sangat mulia kerana…... Baca selanjutnya »

Seorang Pencuci Kereta

Seorang Pencuci Kereta

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Angin bertiup sepoi bahasa. Kelihatan seorang rakan sekerja sedang duduk di tepi longkang sambil…... Baca selanjutnya »

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Tips sebagai seorang jurugambar perkahwinan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi seorang jurugambar perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Kalian haruslah mengikut apa yang dikehendaki oleh pasangan pengantin….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Kehidupan, Umum Tagged With: anggota polis, balik kerja, hari perayaan, jalan jem, jalan mana jem, jem, kemalangan jalan raya, kuda putih, lebuhraya sesak, otek, pagi pagi jem, polis, polis bertugas, polis kawal lalu lintas, polis trafik, saman polis trafik, terima kasih polis, tok jangan saman, trafik

Previous Post: « Masa Yang Berkualiti
Next Post: Anakku Balqis »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme