• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ceritera / Penjaga Mimpi 2

Penjaga Mimpi 2

16 June 2019 by ybbaby 2 Comments

Bersambung dari Penjaga Mimpi

“Man, bangun nak. Kenapa tidur sini nak? Dah nak maghrib ni.” kata mak Lijah, jiran sebelah rumah Aiman. Aiman lihat sekeliling, keadaan telah kembali seperti biasa. Suasana kelam tadi telah hilang. Aiman keliru. Dia pandang Mak Lijah.

“Mak Lijah…pukul berapa dah ni?” tanya Aiman suara tersekat.

“Dah nak dekat 715 nak, Mak Lijah, baru naik dari bawah tadi, ingat siapa duduk melunjur sini, kau rupanya. Dah bangun. Apa lah kau ni tidur sini. Ish ish.” balas Mak Lijah.

“Ha, yelah Mak Lijah. Saya masuk dulu lah.” balas Aiman sambil bangun dan buka pintu rumahnya. Aiman tutup pintu dan melihat kunci ditangannya. Beliau teringat apa yang beliau lalui tadi. Beliau bingung.

Mainan perasaan

Mungkin mainan perasaan agaknya atau terlalu penat. Aiman terus masuk ke dalam bilik dan mandi. Air pancuran dibiarkan mengalir. Fikiran Aiman melayang jauh memikirkan hal kerja. Kerja sebagai seorang auditor memang tak pernah habis.

Aiman memikirkan untuk meletakkan jawatan dan pulang ke kampung. Duduk bersama ibu dan ayahnya di kampung. Dia hanya fikir nak jaga ibu dan ayahnya. Telah lama Aiman memendam rasa untuk berbakti pada kedua orang tuanya.

Selesai mandi, Aiman meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Jam dah menunjukkan hampir 9 malam. Aiman duduk di meja makannya dan membuka komputer ribanya untuk rancang apa yang perlu dilakukan pada keesokan harinya. Dah menjadi rutinnya setiap hari.

Ikan Toman

Setelah selesai, Aiman menutup komputer ribanya, bangun dan berdiri depan aquarium bersaiz sederhana. Dalamnya terdapat seekor ikan toman bersaiz 2 tapak tangan. Ia adalah pemberian pakciknya setahun dulu.

“Tak besar-besar kau ikan. Bila nak besar entahlah. Takpala, janji kau peneman aku.” habis saja Aiman berkata-kata, kelihatan ikan itu berhenti bergerak, alunan rumpai air dalam aquarium juga terhenti. Aiman pelik. Di ketuk-ketuknya cermin aquarium tidak ada satu pun pergerakan.

Lembaga bersayap

Suasana tiba-tiba menjadi sejuk. Sehingga bernafas nampak asap keluar dari mulut. Aiman pelik. Malaysia mana ada iklim sejuk macam ini. Aiman pusing ke belakang. Berderau darah Aiman.

Lembaga hitam bersayap yang Aiman nampak petang tadi ada dalam rumahnya. Kali ini lebih jelas, mata menyala warna putih, badan seperti diselaputi sisik berwarna hitam. Ia tidak berbuat apa, hanya merenung Aiman.

Aiman cuba berlari ke pintu, tiba-tiba satu badan Aiman tidak dapat bergerak, ditarik ke belakang dan dirapatkan ke dinding. Lembaga itu merapatkan diri ke Aiman. Tangannya memegang kepala Aiman. Aiman dapat melihat imbasan imbasan yang tidak dapat dikenali, imbasan gunung, imbasan hutan dan imbasan orang lelaki sedang terlantar sakit.

Bingung

Kemudian Aiman terdengar sayup “Aiman… Aiman! Aiman!” Aiman terbaring di atas lantai. Kepalanya berat. Fikirannya masih terbayang apa yang terjadi tadi. Aiman membuka mata dan lihat Syafiq mencangkung sebelahnya. Aiman bingung.

“Aiman, kau kenapa ni. Kenapa tak pergi kerja? Boss suruh aku cari kau. Dia nak dokumen audit itu.” kata Syafiq seperti tidak cukup nafas.

“Eh Syafiq, kejap, pukul berapa ni? Awal pagi buta datang rumah aku.” kata Aiman.

“Awal pagi buta? Man, dah pukul 230 petang. Apa kau buat semalam, aku call kau banyak kali tak angkat. Selalu kau angkat je.” balas Syafiq.

230 petang? Aiman terfikir, dari malam semalam rupanya beliau tak bangun. Difikir balik, dia tidak ambil barang-barang terlarang pun sampai khayal dan tidak sedar sedemikian rupa.

Tidak sedar

“Oh maaf Syafiq. Aku tak tau apa jadi, mungkin letih sangat kot. Kejap aku siap.” balas Aiman.

“Kau biar betul, aku tengok kau macam kena sampuk je.” kata Syafiq muka hairan melihat respon Aiman.

“Tak tak, kau tunggu kejap aku siap.” balas Aiman. Niat nak cerita pada Syafiq. Tapi nanti pasti Syafiq syak yang bukan-bukan. Jadi Aiman terus bersiap.

“Naik dengan aku je lah. Balik nanti aku hantar kau.” kata Syafiq penuh ikhlas.

“Syafiq kejap, macam mana kau boleh masuk rumah aku?” tanya Aiman hairan.

Kunci

“Oh haa, semalam kan kau tergesa-gesa balik. Kau tertinggal kunci ni kat atas meja kau.” balas Syafiq.

Aiman bingung sekali lagi. Tertinggal kat meja? Macam mana pula boleh tertinggal. Habis semalam kunci mana? Aku hanya ada satu kunci. Kunci pendua takda.

Syafiq menghulurkan kunci kepada Aiman. Muka Aiman memang keliru.

“Mana kunci kau lagi satu? Kalau aku tak bagi ni macam mana kau nak kunci pintu?” tanya Syafiq hairan.

“Oh ada kat dalam, takpalah, pakai kunci ni je lah.” balas Aiman senyum cuba sembunyikan kekeliruannya. Aiman dan Syafiq pun terus ke kereta.

Sepanjang dalam perjalanan ke pejabat, kejadian semalam sentiasa bermain dalam fikirannya. Sampai pejabat mereka terus ke bilik mesyuarat. Bos mereka sudah berada dalam bilik menunggu. Mereka terus bermesyuarat. Nasib baik Aiman memang telah siapkan kerja yang diminta 2 hari lepas.

Aiman tidak pernah ada masalah disiplin dan kerja tak pernah bertangguh, jadi mungkin kerana itu tiada apa-apa pertanyaan dari bosnya. Selesai mesyuarat Aiman jumpa bosnya.

“Bos nak tanya lah bos.” Aiman mulakan perbualan.

“Haa apa dia, nak naik gaji?” jawapan spontan bosnya.

“Eh tak bos, cukup dah gaji saya, terima kasih.” balas Aiman rendah diri.

“Bos semalam bagi saya kunci rumah saya, macam mana bos dapat?” sambung Aiman.

“Kunci? Kunci apa pula? Saya balik pukul 2 petang semalam ada mesyuarat di kementerian.” balas bos Aiman.

“Oh, ok bos. Hehe maaf saya tanya ja.” kata Aiman.

Panggilan telefon

Mereka bersalam dan Aiman terus duduk di mejanya. Termenung. Sedang termenung, telefon bimbitnya berbunyi. Di skrin telefon bimbitnya terpapar nama Mak.

“Eh Mak call.” bisik hati Aiman. Aiman menolak butang hijau di skrin.

“Assalammualaikum mak.” jawab Aiman.

Jantung Aiman berdegup kencang. Seumpama tidak percaya apa yang diberitahu ibunya. Syafiq terdengar Aiman menjawab di telefon.

“Aiman balik sekarang mak, baik mak, malam ni Aiman sampai.” kata Aiman.

Aiman letak telefon dan bergegas kemas barangnya. Syafiq pelik. “Kenapa man? Semua ok ke?” tanya Syafiq.

“Tak ok man, aku nak balik kampung. Ayah aku masuk ICU, serangan jantung.” balas Aiman.

“Aku hantar kau lah” kata Syafiq.

“Takpa Syafiq. Aku balik naik Grab je. Terima kasih Syafiq. Tolong bagitau bos eh. Aku kena gerak sekarang.

“Haa ok man. Hati hati balik kampung. Bukan dekat tu, jangan laju-laju.” pesan Syafiq.

“Ok Syafiq. Terima kasih” balas Aiman.

Penjaga Mimpi 3

Artikel menarik untuk anda:

Penjaga Mimpi 3

Penjaga Mimpi 3

Bersambung dari Penjaga Mimpi 2 Sampai saja di rumah, Aiman terus mengambil beg galasnya. Membuka almari,…... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi 5

Penjaga Mimpi 5

Bersambung dari Penjaga Mimpi 4 “Aiman! Cepat lah keluar, mak nak kunci kereta ni.” kata mak Aiman. ... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi

Penjaga Mimpi

Jam menunjukkan tepat pukul 5, Aiman terus menutup komputer, mengemas beg dan bingkas bangun berjalan dari kerusi. Berjalan menuju ke parkir motosikal…... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi 4

Penjaga Mimpi 4

Bersambung dari Penjaga Mimpi 3 Hujan mula turun. Dari rintik-rintik ke hujan yang lebat. Guruh berdentum-dentum. Aiman hanya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Ceritera Tagged With: Aiman, Bingung, Ceritera, cerpen, cerpen pendek, Helang, Iman, Kisah misteri, Kisah seram, Realiti

Previous Post: « Penjaga Mimpi
Next Post: Doa Balqis »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Penjaga Mimpi 3 | YB Malaya says:
    7 July 2019 at 12:36 am

    […] Bersambung dari Penjaga Mimpi 2 […]

    Reply
  2. Penjaga Mimpi | YB Malaya says:
    7 July 2019 at 12:38 am

    […] Penjaga Mimpi 2 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme