• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

YB Malaya

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Home
  • Photography
  • Kehidupan
  • Arkib Artikel
  • Siapa Yb Malaya ni?
  • Hubungi saya
You are here: Home / Ceritera / Penjaga Mimpi 4

Penjaga Mimpi 4

25 June 2019 by ybbaby 1 Comment

Bersambung dari Penjaga Mimpi 3

Hujan mula turun. Dari rintik-rintik ke hujan yang lebat. Guruh berdentum-dentum. Aiman hanya termenung melihat luar. Ibunya yang sedang memandu memandang Aiman dan berkata “Aiman, senyap je anak mak, ok ke?”

“Mak nampak benda tadi tu, Aiman ingat Aiman seorang je nampak.” balas Aiman muka ingin tahu apa yang sedang terjadi sebenarnya.

“Ya, mak nampak, tapi susah mak nak terangkan, Aiman mesti tak boleh terima.” jawab ibu Aiman.

“Mak, Aiman baru je tengok ada cahaya keluar dari tangan mak. Ada lembaga bersisik hitam ada kepak. Apa lagi yang pelik dari tu?” Aiman seperti tidak puas hati.

“Takpa Aiman, kita dah sampai pun. Mari. Apa pun Aiman nampak lepas ni…takpa… Aiman akan faham nanti.” kata ibunya.

Mereka masuk ke kawasan kebun milik Ayah. Aiman jadi pelik. Tapi Aiman hanya berdiam diri sahaja. Sampai di satu pondok kecik yang dibina Ayah Aiman. Pondok tersebut ada kerusi, meja dan satu stor kecil. Ibu Aiman meletakkan kereta dan mematikan enjin kereta. Mereka berdua keluar dari kereta.

Keadaan berubah secara tiba-tiba

Suasana dari petang itu agak cantik, dengan cahaya matahari hampir terbenam membuatkan Aiman leka apabila masuk ke dalam kawasan kebun tadi. Tapi setelah keluar kereta, suasana menjadi kelam kembali. Ibu Aiman tidak kelihatan. “Mak, mak….mak oo mak” Aiman memanggil.

“Aiman..” satu suara garau dari belakang Aiman. Aiman paling melihat ada satu lembaga sedikit besar dari sebelum ini. Kali ini Aiman tidak terkejut lagi. Semangat berani Aiman semakin tinggi. Aiman terus bersuara.

“Siapa kau? Apa kau nak dari aku? Mana mak aku?” muka Aiman semakin serius. Aiman pernah teringat pesan Ayahnya satu ketika dulu. Andai nampak apa-apa, jangan takut. Bila takut kita akan jadi lemah. “Mana mak aku!” tanya Aiman lagi.

Ketawa besar lembaga tersebut. “Aku adalah pemusnah, aku adalah penghancur dan aku adalah kejahatan yang bakal merosakkan semua manusia. Sudah cukup aku menghantar khadamku untuk menghasut kau. Tapi ternyata kau tak termakan hasutan. Aku akan hapuskan kau!”

Aiman bingung, apa benda ni. “Kejap, habis tu aku nak panggil kau apa? pemusnah? Apa yang kau merepek ni?” tanya Aiman tak puas hati.

“Kau sungguh berani, Aiman. Belum pernah ada manusia berani untuk berkata-kata denganku. Benar kata Khadamku….” belum sempat lembaga tersebut menghabiskan kata-kata.

Keberanian

“Khadam…khadam apa? Aku tak peduli sekarang ni aku tanya mana MAK AKU??” Aiman mula berang. Entah dari mana datang keberanian Aiman, Aiman mula melangkah ke hadapan. Tangan digenggam erat. Aiman sudah bersedia untuk segala kemungkinan.

“Mak kau dah aku bunuh!” sambil ketawa besar. Lembaga tersebut menyangkakan yang Aiman akan jadi lemah semangat. Tapi sangkaannya salah. Aiman semakin berang. Aiman terus berlari ke arah lembaga tersebut. Lembaga tersebut menghayun tangannya untuk memukul Aiman.

Aiman mengelak dengan melompat melepasi tangan lembaga itu dan berguling ke belakang lembaga tersebut. Dengan ilmu persilatan yang pernah Aiman belajar, Aiman bangun serta merta dan menendang belakang lembaga tersebut.

Lembaga tersebut tercampak ke depan. Kembali bangun dan ketawa. “Aku suka dengan kemarahan dan semangat kau Aiman. Tapi malangnya aku tak dapat nak biarkan kau hidup.”.

Serangan

Lembaga itu mengabungkan tangannya dan membuat gaya seperti menarik pedang dari sarungnya tetapi muncul satu pedang yang panjang berwarna hitam di tangannya. Lembaga tersebut menghayunkan pedangnya ke kiri ke kanan dan kemudian menunjukkan pedang ke arah Aiman.

Lembaga itu menghunuskan ke arah dada Aiman. Aiman sempat mengelak tetapi lengan kiri Aiman terkena sikit bilah pedang dan luka. Satu libasan tepat ke tengkuk Aiman, tapi Aiman pantas mengelak ke bawah malangnya Aiman terjatuh dan terlentang.

Lembaga tersebut memusingkan gagang pedang dan ingin menghunus ke dada Aiman sambil berkata.

“Kau memang pantas, belum aku berdepan dengan manusia sepantas….” belum sempat ia menghabiskan ayatnya, tiba-tiba terdengar satu suara.

Seseorang

“Dia bukan manusia biasa-biasa dan bukan lawan kau” diikuti hentakan padu hinggap di muka lembaga tersebut. Lembaga tersebut terpelanting jauh. Aiman kenal benar dengan suara itu. Suara Ayahnya! Aiman bangun dan lihat seorang lelaki sedang berdiri tegak 3 langkah darinya.

Memakai pakaian seperti seorang pahlawan melayu dengan tanjak di kepala. “Aiman, anak ayah.” kata ayahnya sambil memegang bahu Aiman. Aiman terus memeluk Ayahnya.

“Ayah, apa semua ni, Aiman tak faham, lepas tu Mak kata ayah tengah sakit kat ICU?” Aiman terus tanya pada ayahnya. Ayahnya senyum.

“Nanti akan terjawab semuanya. Aiman ambil ni, beri pada mak ya. Nanti kita jumpa. Alam ni lain. Tak sama seperti jasad kita di dunia.” Jelas ayah Aiman. Sambil menghulurkan satu kotak kecil.

Aiman menyambut kotak itu sambil berkata, “Alam lain???”

Tiba-tiba, keadaan menjadi gelap, dan Aiman terdengar satu suara, “Aiman, Aiman, Aiman bangun, kita dah sampai.” Aiman membuka mata, lihat ibunya.

“Lama ke Aiman tido mak?” sambil mengosok matanya, tiba-tiba Aiman terasa sesuatu di tanganya. Aiman lihat kotak yang diberi Ayahnya tadi.

Penjaga Mimpi 5

Artikel menarik untuk anda:

Penjaga Mimpi 2

Penjaga Mimpi 2

Bersambung dari Penjaga Mimpi “Man, bangun nak. Kenapa tidur sini nak? Dah nak maghrib ni.” kata mak Lijah,…... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi 5

Penjaga Mimpi 5

Bersambung dari Penjaga Mimpi 4 “Aiman! Cepat lah keluar, mak nak kunci kereta ni.” kata mak Aiman. ... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi 3

Penjaga Mimpi 3

Bersambung dari Penjaga Mimpi 2 Sampai saja di rumah, Aiman terus mengambil beg galasnya. Membuka almari,…... Baca selanjutnya »

Penjaga Mimpi

Penjaga Mimpi

Jam menunjukkan tepat pukul 5, Aiman terus menutup komputer, mengemas beg dan bingkas bangun berjalan dari kerusi. Berjalan menuju ke parkir motosikal…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Ceritera Tagged With: Aiman, Kisah misteri, Lembaga, Realiti

Previous Post: « Layak ke kau cakap dengan aku?
Next Post: Nyah kau biawak! »

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Penjaga Mimpi 5 | YB Malaya says:
    7 July 2019 at 12:32 am

    […] Bersambung dari Penjaga Mimpi 4 […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Sekilas Pandangan

Usaha tanpa henti, hanya kau yang menentukan masa depan kau. Bukan orang lain..

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar

Recent Comments

  • ybbaby on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • ybbaby on Geran Kereta hilang. Apa nak buat?
  • ybbaby on Ada apa dengan Coway Mattress?
  • Azhar Rosli on APA KAU NAK SIBUK NI?
  • MUHAMAD SYUKUR BIN DAUD on Ada apa dengan Coway Mattress?

Archives

  • January 2021
  • September 2020
  • August 2020
  • January 2020
  • October 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Ceritera
  • Kehidupan
  • Komputer
  • Makanan
  • Perniagaan
  • Photography
  • Sebuah Perjalanan
  • Sukan
  • Umum

Tags

anak anak baik anakku berniaga cabaran cerpen cerpen pendek coway Duit hari raya aidilfitri hidup jurujual Kamera kanak-kanak kehidupan Kejayaan Kelebihan keluarga kerja Kerja kosong kerja makan gaji kerja separuh masa kerja sepenuh masa Kerjaya Kisah dugaan kisah jurujual kisah kehidupan Kisah mencabar masa Melayu mencari rezeki Perniagaan photographer photography rahsia Rahsia kejayaan Realiti tips berniaga tips bisness tips jualan tips perniagaan Tips sales usaha Usaha tangga kejayaan usaha tanpa henti

Recent Posts

  • BUKA BUKU BARU
  • APA KAU NAK SIBUK NI?
  • AKU NAK MASA!
  • Tak nak sudah!
  • Kisah Tembikar
  • Dribbble
  • Email
  • GitHub
  • Instagram
  • Medium
  • Snapchat

Copyright © 2021 YB Malaya on the Foodie Pro Theme