Perkongsian ini adalah olahan dari kata-kata seorang pemimpin yang hebat.
Bila bercakap tentang pekerjaan. Ada yang berniat untuk mengubah pekerjaan ke perniagaan. Dari menjual masa ke menjual usaha. Tapi ramai yang gagal dan mengatakan susah atau tidak menjadi.
Ada Tiga perkara pada zahirnya nampak remeh tapi ia adalah yang harus diambil kira dan harus ditetapkan untuk menggapai kejayaan yang lebih besar. Tiga perkara ini yang selalu diambil remeh oleh semua usahawan.
Pertama
Perkara pertama adalah mentaliti atau mindset. Ini adalah perkara utama yang nampak mudah tapi paling sukar tahap dewa untuk ubah. Apabila mentaliti tak betul, sikap kita terhadap kerja juga akan lari. Bagaimana nak tahu mentaliti kita betul atau tidak?
Banyak alasan terhadap kerja, banyak mengeluh, sentiasa negatif, susah, penat dan malas. Itu lah mentaliti kita. Inilah yang harus diperbetulkan terlebih dahulu. Bila terhadap kerja dah serong. Percayalah, sikap kita untuk terima ilmu juga akan serong.
Mentaliti akan menentukan hidup kita untuk seminggu akan datang, sebulan akan datang, 5 tahun akan datang, 15 tahun akan datang dan selamanya. Jadi jangan takut untuk ubah mentaliti.
Kedua
Apabila mentaliti telah berjaya diubah, perkara kedua yang akan menyusul adalah disiplin. Secara tidak langsung disiplin akan terbit seperti matahari di pagi hari. Kita sebagai jurujual memerlukan watak yang versatile.
Yang boleh berubah-ubah mengikut keadaan. Kalau dalam bidang perfileman watak utama merupakan punca filem itu mantap dan terkesan dalam setiap hati penonton. Jadilah watak utama tersebut.
Ketiga
Dengan mentaliti yang mantap disulami dengan disiplin yang tinggi pasti kalian akan dapat perkara yang ke tiga iaitu rutin yang mantap. Konsisten pasti ada hasil. Rutin harian di mana kalian akan menetapkan target harian, mingguan, bulanan dan tahunan.
Matlamat akan jelas dan terang menuju ke arah kehidupan yang kalian impikan. Jadi jangan cuba ubah rutin, jangan cuba ubah disiplin, ubah mentaliti dan kemudian yang lain akan ikut secara tidak langsung.
Semoga bermanfaat!
Leave a Reply