Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok puasa yay! Pasti semua sedang sibuk memyediakan persiapan untuk puasa. Ada juga yang dah mula menyediakan persiapan untuk hari raya nanti. Sesungguhnya bulan Ramadhan pasti di nantikan semua.
Masa Ramadhan la kita diuji menahan nafsu makan dan minum yang paling jelas di mata sahabat non muslim kita. Berpuasa kalau kita selami konteks sebenarnya bukan hanya sekadar tahan nafsu makan, tetapi menyucikan diri dari segi zahir dan batin.
Cabaran utama adalah untuk kekal konsisten dan istiqomah selepas Ramadhan. Tapi bukan aku ingin kongsikan topik tersebut hari ini. Bukan apa, kena penjelasan yang lebih mendalam. Kena ada banyak rujukan dari sumber-sumber lebih sahih. Satu hari nanti aku akan kongsikan.
Cara mudahkan kerja di dapur
Apa yang aku nak kongsikan adalah salah satu cara nak memudahkan kerja para isteri atau para ibu-ibu di dapur. Pada bulan puasa ni kalau yang kerja pasti akan sibuk walau balik awal dari biasa. Nak sediakan juadah berbuka pada keluarga. Mula lah kadang-kadang kecewa sebab bahan tak cukup. Haha!
Mungkin ada yang lebih gemar ke bazar, takda masalah. Aku pun suka ke bazar Ramadhan. Tapi buat yang memasak dirumah, pasti nak memudahkan tugas bukan? Salah satu cara dengan menyediakan pes masakan siap-siap.
Antara pes yang selalu dibuat ialah :
- Pes Sambal.
- Pes Masak lemak cili api
- Pes Rendang
- Pes asas bawang merah, putih dan halia
Pes sambal
Pes sambal guna :
- Cili kering besar atau kecil. Besar kurang pedas, kecil kurang pedas.
- Bawang merah
- Bawah putih
- Minyak ( Minyak untuk pes tahan lama, lagi satu waktu nak masak tak perlu buh minyak lagi.)
Kisar semua skali siap-siap. Simpan dalam peti ais. Bila nak masak, ambil beberapa sudu besar. Terpulang berapa banyak nak pakai untuk masakan hari tersebut.
Pes masak lemak cili api
Pes Masak lemak cili api guna :
- Kunyit
- Cili padi (hijau atau merah terpulang citarasa masing)
Kisar juga sekali, nak buh minyak untuk tahan lama boleh, taknak bubuh pun boleh. terpulang penggunaan dan citarasa masing-masing.
Pes rendang
Pes rendang guna :
- Bawang putih
- Bawang merah
- Halia
- Lengkuas
- Kunyit
Kisar juga, kemudian simpan dalam peti ais. Nak masak ambil je.
Pes Asas
Pes Asas :
- Bawang merah (kisar, bubuh minyak untuk tahan lama)
- Bawang putih (kisar, bubuh minyak untuk tahan lama)
- Halia (kisar)
Yang ni asas andai nak guna yang spesifik untuk masakan masing-masing. Ada setengah orang lebih suka tumbuk sebab lagi sedap masakan nanti. Terpulang pada citarasa masing-masing. Ini semua yang orang rumah aku buat, mungkin kalian ada cara pes yang lain, boleh kongsi di ruang komen.
Pes yang kat atas ini sebab aku suka makan lauk tu. hehe.
Sekian perkongsian aku hari ini.
Semoga bermanfaat dan Selamat Berpuasa!
Leave a Reply